Thursday, November 24, 2011

Resepi Wantan Soup Simple

Assalammualaikum dan salam sejahtera untuk rakan-rakan semua. Hari ni saya nak share tentang Resepi Wantan Soup Simple untuk semua kawan-kawan saya. Sebenarnya ini resepi mak saya. Acik dah adjust sikit-sikit je. Tak pernah seumur hidup saya nak buat resepi step by step by my own. Kira boleh berbanggalah dengan diri sendiri hehe... Apa-apa pun jom kita mula.

Bahan-bahannya:-

Daging Ayam (Chicken Fillet lagi senang) - 500/600 gram
Wantan Pastry - 1/2 paket (boleh beli kat Tesco, Giant, Hero)
Bawang merah (1 biji) - hiris nipis
Bawang Putih (1 biji) - hiris nipis
Air (1 liter atau lebih)
Minyak (2 sudu makan)
Lada Sulah
Garam atau
Serbuk perasa yang lain

Cara-cara membuatnya:-
(1) Cincang Chicken Fillet sehingga lumat, boleh letak garam, dan lada. Jangan banyak sangat. Secukup rasa okey.

(2) Ni Wantan Pastry ye, rasanya dalam ni ada 100 keping.

Untuk memudahkan kerja, anda cerai-ceraikan wantan tu piece by piece macam ni.

(3) Letak daging ayam yang dah dicincang, kat atas "Kertas Wantan" itu tadi seperti kat bawah ni dan sapu sikit air kat atas tu.



(4) Lepas tu lipat dua dan klip kan wantan tadi. Tujuan sapu sikit air supaya senang nak klip. Kalau tak sapu air nanti dia terbukak. Kalau dah expert tak yah letak pun takpe. (Note:jangan sapu air banyak sangat nanti terkoyak pulak bila klip)


(5) Dan akan jadi bentuk ni

(6) Yang dah siap diklip

(7) Kalau boleh habiskan Wantan Pastry tu, sebab tak boleh simpan balik. Melainkan esok lusa nak masak balik then no issue. Kalau ada balance jugak then ayam pun dah habis boleh potong kecik-kecik macam kat bawah ni, pastu tu masak sekali dengan wantan yang dah siap.

Cara-Cara memasak:
(1) Masukkan minyak ke dalam kuali.
(2) Dah panas goreng bawang merah dan bawng putih sehingga kekuningan.
(3) Masukkan air.
(4) Selepas menggelegak masukkan wantan yang dah siap diklip ke dalam kuali.
(5) Tunggu sehingga masak tapi jangan terlalu masak nanti wantan paper tu hancur.
(6) Boleh check daging kat dalam dah masak ke belum
(7) Dah masak, boleh hidangkan dan tabur bawang goreng, daun sup, daun bawang dan cili untuk hiasan.

Wantan yang dah siap di masak

Okey, done. Selamat mencuba!!

Kalau suka boleh like atau share, thanks a million ;)

2 comments:

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...