Masa demam tempoh hari punya laaa meleleh air liur nak makan durian pun kena tahan. Merayu rayu kepada sang suaki pun permintaan tak dilayan. Suami kata demam kan tak payah. Hahaha...sedih!
|
Durian di Sungai Serai, Hulu Langat |
Jadi, hari ni selepas meneman Encik Suami mengambil kereta terus balik ikut jalan Hulu Langat. Sambil elak jam saja saja tengok durian. Mana tau kot kot ada yang murah. Dapat 1kg RM5 keeee kannn.
|
Durian di Sungai Serai, Hulu Langat |
|
Musang King |
Sampai di Sungai Serai nampak satu khemah dengan durian melambak. Kebanyakkannya durian kampung. Sekilo RM15-RM20. Kalau durian Musang King harga dalam lingkungan RM27 sekilo. Aku memang tak minat sangat Musang King. Aku hantu doyan kampung. 😂
Tapi kalau dah takde tu aku bedal lah jugak. Cuma tak mampulaa nak makan banyak. Cepat muak. Kalau durian kampung tuuu 5 biji pun aku boleh makan sorang cuma kena makan rilek rilek laa. Layan feel durian tu baru lahhhh boleh habis. Ini kalau kau makan macam kena kejar dengan anjing memang takkan habiss laaa. Gelojoh dan tamak namanya tu.
|
Durian Kampung 1kg/RM12 |
Berbalik kepada kisah durian tadi, aku tak beli laa kat area Sungai Serai tu. Kami masuk lagi ke dalam Hulu Langat tu sampai depan jalan nak masuk IKBN ternampak gerai kecil tepi jalan. Berhenti situ tanya berapa sekilo. Mak cik tu kata RM12. Boleh lah kami suami isteri makan dua biji durian kampung. Aku tengah rushing nak pergi meeting ni. Sempat lagi makan doyan hahaha. Sedaaappp weyhhhh!!
Tengah basuh tangan siap siap nak masuk kereta tetiba ada satu kereta Wira parking kat depan gerai dan tempat kami makan durian. Rupanya pakcik ni owner durian juga. Dia tanya tokey gerai tu nak durian ke tak tapi tokey tu tak jawab. Buat dek je. Apalagi laki aku teruslah approach pak cik tu. Rupanya Ustaz hahaha.
|
Durian kampung beli terus dari orang kampung. Tuan punya dusun. |
Suami aku deal harga RM9/kg dengan dia terus dia jual kepada kami semua durian dalam but kereta dia. Adalah dalam 31kg semuanya. Ambik kau. Mandi durian terus laki aku kasi. 😂
|
Cantikkannisi durian kampung ni |
Alhamdulillah, syukur dapat durian baru jatuh dari pokok. Kecik pun kecik yang penting durian kampung. Dari pagi sampai ke malam kerja aku makan durian. Rezeki. Bukan senang nak dapat. Ini kira first time kami beli durian secara terus dari orang kampung Hulu Langat.
No comments:
Post a Comment