Friday, November 1, 2019

Taman Buaya Langkawi - Edisi Langkawi 2019

Keesokkan harinya, pukul 10.30 dah check out dari Danna sebab nak kejarkan masa pergi Taman Buaya Langkawi. Pukul 11.15 pagi dah ada show. Syukur lah Danna dengan Taman Buaya Langkawi tu tak jauh sangat. Dalam 20 minit sampai. Beli tiket apa semua ngam ngam masa dah masuk ke dalam Taman Buaya show dah mula.







Kalau dulu panggil Taman Buaya Langkawi sekarang dah ada nama lain, sekarang selepas penjenamaan semula dah jadi Crocodile Adventureland Langkawi. Dah nama pun Grand haruslah tiket pun mahal hihi.

Untuk jadual aktiviti di Taman Buya Langkawi boleh tujuk jadual dibawah. Rancang masa betul betul. Nak pergi pagi, pergi awal pagi.




Sejarah Taman Buaya Langkawi:
Dibuka pada 25 tahun yang lalu dan boleh dikatakan 15,000 pengunjung setiap tahun. Ada 4000 buaya dipelihara yang membabitkan empat spesis iaitu Siamensis (Thailand), Novaeguniea (Indonesia), Tembaga dan Jejulung (Malaysia). - Sumber: Metro Harian

Dulu ada Buaya Kawi, tapi Buaya Kawi dah mati. Bila buat post mortem mendapati ada botol kaca, wang syiling (3 plastik) dan sampah kat dalam perut. Kesian kan. Tak dapat nak tunjuk kat Hanif dan Hadif. Berat dalam 450kg kalau tak silap. Sekarang dah ada buaya berat 1000kg. Bujang Lang namanya. Panjang 15 kaki 3 inci.

Inilah Bujang Kawi. Buaya cacat yang tiada gigi. 

Gambar dari SINI


Pertunjukkan Buaya:
Yang ini best. Pertunjukkan Manusia vs Buaya. Buaya excited semua ada bila tengok. Mengenangkan kalaukau jatuh dalam tu memang tak sempat lari. Tak perlu nak fikir ada trainer tu selamat. Kena ada rezeki yang tidak disangka bukan boleh control. Fresh meat pulak tu kan.

Yang buaya kecil senang je trainer tu nak angkat. Bila masuk Bujang Lang haah kau meremang bulu roma. Besar giler. Masa pergi tengok Taman Buaya Teluk Sengat, Kota Tinggi tu lagi takut. Buaya buaya di dalam tu lagi agresif. Yang Bujang Lang ni cool je. Nak tau laju ke tak cuba kau terjun masuk dalam kolam pertunjukkan tu haha.











Kolam Buaya:
Buaya-buaya di sini diasingkan mengikut ke dalam tiga kolam yang berlainan iaitu kolam pembiakan, kolam pemakanan dan kolam pertunjukkan.

Masa pergi haritu ada dua tiga kolam sedang dibina. Ye lah, buaya dah makin banyak. Kolam besar tu dah terlalu penuh. Tak muat dah. Nak berenang sikit pun dah gaduh sesama sendiri. Manusia pun sama gak perangai. Suka gaduh. Tetiba je kan.







Mesyuara Persatuan Buaya-buaya Taman Buaya Langkawi.



Usha aku snap gambar dia huhu... Seriau mengenangkan kalau HP terjatuh kat dalam tu. Mau nangis tak berlagu.




Aktiviti:
Kami cuma tengok Crocodile Show je. Feeding Time tak tengok. Papa kata dah tengok banyak kali dah buat apa nak tengok lagi hahaha. Ishhh rugi lah tak tengok. Tiket dah lah mahal. Macam tu bila tiba waktu makan. Berebut naik tunggu.

Gambar dari google

Pusing pusing kawasan Taman Buaya ni sekejap je. Kejar masa nak ke Bird Park pulak. Tapi sempat lah tengok buaya cacat dua ekor. Dulu masa pergi kecik lagi. La ni dah makin besar. Yang lain biasa je. Tak banyak perubahan. Ada Crocodile Cafe. Kalau tak larat nak jalan, lapar ke boleh duduk minum dulu hilangkan penat dan basahkan tekak.


Buaya cacat dua ekor. Kandang sebelah menyebelah.


Ada juga sesi mengambil gambar bersama buaya. Aku tak ambik. Satu gambar tu RM50 kalau tak silap. Memang tak lah. Ambik gambar dengan anak buaya. Bukan buaya besar pun hahahaha ayat mintak lempang 1000 kali kan. Kat Taman Buaya Teluk Sengat ambil gambar dengan anak buaya RM5.00 aje.

Harga Tiket:
Kalau dulu aku masuk harga tiket RM6.00 tau. Haritu terkejut jugak tengok. Macam tak percaya je. Terasa lah mahal sebab sebelum ni bayar murah je kan. Tapi kali ni ada Combo 1, Combo 2, Combo 3 dan Combo 4. Pilih lah yang mana mengikut kehendak. Kalau kau first time datang dan tak tau apa apa mengenai buaya. Bolehlah ambik Pakej Combo 4.






On the way nak ke parking tu kena lalu sekali lagi kedai cenderamata. Ada jual leather handbag & purse kulit buaya. Handbag harga RM35,000 pun ade uols. Nak tercekik nengok rega. Ada juga yang harga ratus ratus.  Harga dompet pun dah sama macam aku punya harga Tote Bag hahaha. Walaupun kata ada diskaun 10%-20% kan. Tetap laaa mahal bagi aku weyh.

Bila aku cakap macam tu kat kakak ipar aku terus staff promoter situ pandang sling bag yang aku pakai kikiki. Sling beg mak mur mur je dik. Beli kat Sungei Wang je hihi.

Nak ada kenangan Taman Buaya Langkawi 2019 bergambar itu mesti. Nanti datang lagi macam mana nak bandingkan kalau takde gambar.

Biar baju besar asal tetap kurus (:p)
Okay, habis sudah. Jom kita ke Bird Park pula.

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...