Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Saturday, November 26, 2011

Malaysia vs Bahrain 27 November | Kelayakan Olimpik London 2012


Walaupun telah tewas di tangan Syria, permainan Skuad Harimau Muda bawah 23 tahun masih boleh dibanggakan di atas usaha mereka terutamanya prestasi Khairul Fahmi Che Mat (Apek) memang membanggakan apabila banyak menggagalkan cubaan yang berbahaya daripada pasukan Syria.

Untuk perlawanan Malaysia VS Bahrain Ahad ini, pasti menyaksikan pertarungan hebat antara kedua-dua negara ini.

Jangan lupa saksikan perlawanan Kelayakan Olimpik London 2012 Malaysia vs Bahrain keesokkan harinya secara live di TV1 atau secara Online Streaming di Portal RTM.

Semoga Malaysia mampu menewaskan Bahrain. Malaysia BOLEH!!!!!

Thursday, November 24, 2011

Malaysia Tewas Kepada Syria

"golllllll!!!!"

Skuad bawah 23 tahun telah tewas di tangan Syria 0-2 kepada Syria pada perlawanan kedua pusingan ketiga kumpulan C kelayakan Olimpik 2012 yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi. Sungguh kesian kan.

Apakah penyebabnya? Adakah kepenatan masih belum hilang lagi atau Skuad Harimau Muda masih terbayang-bayang kejayaan menumpas Indonesia pada Perlawanan Akhir Bolasepak Sukan SEA 2011 tempoh hari? Hanya pemain dan Ong Kim Swee yang dapat menjawabnya.

Sekali lagi Khairul Fahmi menjadi wira apabila berjaya menyelamatkan beberapa cubaan berbahaya yang dilakukan jentera serangan Syria.

Apa-apa pun "We Proud Of You" Harimau Muda. Jangan ada yang marah pulak.

Ahad ini, Skuad Harimau Muda akan bertemu Bahrain pula yang sebelum ini kalah kepada Jepun 0-2 di Stadium Al-Riffa, Bahrain pada Selasa lepas.

Make sure win ya ;)

Wednesday, November 23, 2011

Live Streaming Malaysia vs Syria Kelayakan Olimpik London 2012 | 23 November 2011


Belum sempat lagi letih dan penat menghilang, Skuad Harimau Muda akan meneruskan perjuangan menentang Syria pada malam ini. Walaupun sebelum ini dikalahkan Jepun 2-0 di Stadium Tosu, tetapi Skuad Negara pasti lebih bersemangat rentetan kemenangan Malaysia vs Indonesia di mana Skuad Negara menang pada Sukan SEA, 21 November 2011 tempoh hari.

Perlawanan live Malaysia vs Syria akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada jam 8.45 malam. Adakah Malaysia mampu menewaskan Syria untuk mara ke perlawanan seterusnya untuk melayakkan mereka ke Olimpik London 2012? Marilah kita sama-sama memberi sokongan kepada pasukan Skuad Harimau Malaya supaya lebih bersemangat dan cemerlang. Siaran langsung Malaysia VS Syria boleh disaksikan di Astro Arena 801 dan RTM TV2.

Tuesday, November 22, 2011

Malaysia Tewaskan Indonesia Pada Perlawanan Akhir Bola Sepak Sukan SEA 2011

Walaupun menang 'emas' dengan menewaskan pasukan tuan rumah Indonesia menerusi penentuan penalti dengan 4-3 selepas terikat 1-1 pada perlawanan sepenuh masa di Stadium Gelora Bung Karno, tetapi ia amat membanggakan kerana dengan kemenangan ini Skuad Harimau Malaya mampu melonjak nama negara di dalam arena bolasepak. Tahniah buat para pemain.


Walaupun Indonesia mendahului melalui jaringan Gunawan seawal minit perlawanan, Malaysia mampu menyamakan kedudukan melalui tandukan Asraruddin Putra Omar pada minit ke-35.

Sebelum perlawanan berlangsung dan ketika cuba memasuki perkarangan Stadium, mereka terpaksa tindakan ganas penyokong fanatik Indonesia di mana ribuan penyokong Indonesia berbaju merah mengetuk bas skuad negara dengan menggunakan kayu sambil ada di antara mereka mengejek dan menunjukkan isyarat lucah.


Skuad negara tidak menaiki Barracuda kerana pihak penganjur dipercayai pihak penganjur memberi jaminan keselamatan tetapi mereka gagal mengawal tindakan ganas para penyokong Indonesia.

Walaupun begitu, Alhamdulillah setelah setengah jam terkandas, pasukan serta penyokong Malaysia berjaya memasuki stadium dengan selamat.

Mungkin tidak dapat menerima kekalahan, majlis penyampaian hadiah pun tidak begitu meriah. Stadium Gelora Bung Karno menjadi lengang sejurus selepas perlawanan berakhir. Yang tinggal hanya para pemain Myanmar, Indonesia, beberapa penyokong Indonesia, pemain Malaysia serta penyokong-penyokong negara.

Skuad Bawah 23 Tahun (B-23)akan dibawa pulang dengan menggunakan pesawat sewa khas pada malam ini juga dan akan menentang Syria pada perlawanan kelayakan Olimpik di Kuala Lumpur pada Khamis ini. Mereka dijangka tiba pada seawal pagi ini.

Mari kita sama-sama doakan agar Pasukan Bola Sepak Negara pulang dengan selamat.

*Kepada para blogger, sila back-up blog anda sebelum kena hacked.

Monday, November 21, 2011

Live Streaming Perlawanan Akhir Malaysia vs Indonesia 21 November 2011

Malam nanti kita bakal menyaksikan Perlawanan Bolasepak Sukan Sea Peringkat Akhir Malaysia vs Indonesia. Walaupun Indonesia pernah tewas di tangan Harimau Malaya dengan 1-0 disuku akhir tapi itu tidak menghalang mereka untuk terus berjuang memberikan cabaran buat pemain-pemain Malaysia.


Indonesia pasti akan menampilkan pemain utamanya dan pasti memberi cabaran yang berbeza pada kali ini. Perlawanan ini akan berlangsung pada 8.45 malam. Siapakah yang bakal bergelar juara Asia Tenggara pada kali ini? Malaysia atau Indonesia?