Showing posts with label Kanak-Kanak. Show all posts
Showing posts with label Kanak-Kanak. Show all posts

Thursday, July 19, 2012

Perkembangan Anak 3 - 4 tahun

Antara yang menjadi kegemaran si kecil

Sering terdapat beberapa alasan yang dikatakan mampu mengurangkan selera makan si kecil. Antaranya
ialah ibu bapa tidak mempunyai masa untuk masak di rumah. Mereka lebih gemar makan di luar sehingga menyebabkan anak-anak tidak berpeluang menikmati kelazatan makanan ibu. Pengambilan snek (makanan ringan) dua jam sebelum waktu makan akan mengganggu selera makan anak. 

Waktu makan yang berubah-ubah dan memaksa anak makan hanya akan membuatkan mereka hilang selera. Ada juga ibu bapa yang cuba berleter, mengancam atau memarahi anak supaya menghabiskan makanan akan membuatnya takut dan menjauhi waktu makan dan hidangan makanan yang sama setiap hari menyebabkan anak tidak kurang menikmati aneka jenis diet. Begitu juga dengan gangguan muzik, televisyen dan barang mainan yang dibawa ke meja makan menyebabkan anak hilang minat untuk makan.

Hakikatnya pada usia satu hingga enam tahun merupakan tempoh tumbesaran kritikal bagi setiap kanak-kanak. Ia termasuklah keupayaan menguasai daya keseimbangan badan dan pergerakan teratur untuk melakukan aktiviti kompleks yang memerlukan koordinasi minda serta otot termasuk menari dan bermain bola. Ketika ini mereka memerlukan nutrien mencukupi untuk pembangunan kemahiran fizikal dan kesejahteraan sosio-emosi. Begitu juga untuk kematangan saraf otak juga sistem imun (pertahanan) yang cekap untuk mempertahankan tubuh badan dari serangan virus, bakteria dan parasit.

 Makanya, pemakanan yang sihat mampu memberi impak secara positif secara langsung terhadap kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak. Malah, konsep pemakanan dan tumbesaran sempurna sebenarnya perlu dimulakan dari rumah. Aspek pemakanan merupakan faktor paling penting dalam proses tumbesaran anak termasuk berapa banyak dan kerap mereka makan.

Untuk memastikan anak kita mencapai proses tumbesaran sepenuhnya, penting bagi ibu bapa memberi makanan sesuai dalam jumlah yang sepatutnya. Ia juga bagi mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat, menyebabkan bukan sahaja anak berisiko dilanda penyakit malah menjejaskan tumbesaran mental dan fizikal mereka.

 Penting bagi setiap ibu bapa untuk memahami asas amalan pemakanan baik untuk anak mereka seperti pengambilan pelbagai jenis zat, perubahan keperluan zat apabila anak membesar, keseimbangan diet, kuantiti pemakanan sederhana dan sentiasa memantau pertumbuhan corak pemakanan anak supaya daya tumbesaran fizikal, penglihatan sihat, kecergasan fizikal dan pembangunan emosi kanak-kanak tidak terganggu.

Friday, April 13, 2012

Perkembangan Bahasa Anak

Penglibatan dalam pemupukan bahasa kepada anak-anak adalah penting dari 6 hingga 8 bulan seterusnya. Beberapa pendekatan perlu diberi perhatian supaya dapat memupuk perkembangan bahasa anak.

1. Persekitaran kasih sayang
Bercakap, membaca, menyanyi dan bermain dengan bayi. Berinteraksi dan mewujudkan satu persekitaran kasih sayang akan membantu si kecil mempunyai perasaan ingin tahu, membina keyakinan dan menggalakkan satu kemesraan dengan bahasa. Sifat-sifat ini menyediakan satu asas yang kukuh untuk ucapan dan perkembangan bahasa. Sediakan tempat untuk membaca dalam ruang rumah agar ia adalah satu pengalaman selesa dan tidak berselerak. Jika menonton tv atau video bersama, berinteraksi dengan anak tentang apa yang dilihat dan apa yang terjadi pada karakter tersebut.

2. Melibatkan anak dalam perbualan
Cuba bercakap tentang nama mainan kegemaran dan lain benda-benda yang biasa sekitar rumah. Bercakap dengan perlahan dan jelas, dan memuji percubaan anak menyebut. Hadkan waktu menonton tv sebaliknya banyakkan bacaan untuk anak setiap hari dan melebihkan melawat zoo, akuarium, muzium dan taman-taman permainan agar merangsang lagi pembesaran kognitif dan bahasa mereka.

Luangkan masa bersama anak-anak dengan bergurau dan bermesra dengan mereka ketika memandu atau mandi atau atau sebelum tidur dan sebagainya. Contohnya ketika anak menyebut /ba, ba/ dan ketika itu beliau ingin mencapai abahnya, tiru bebelan anak dan bila ia memberi respons /ba/ lengkapkan /ba/ dengan perkataan 'baba' yang bermaksud 'bapa'. Bermain sembunyi-sembunyi dengan anak dan bila bermain mainan dengan anak sertakan dengan bunyi-bunyian untuk menarik minat si kecil tersebut.

3. Ajaklah anak untuk bercakap tentang orang yang disukainya
Dengan penuh kasih sayang galakkan anak untuk bercakap dengan orang lain, termasuk kanak-kanak sepermainannya dan sebaya dengannya. Membetulkan bahasa anak dalam cara-cara yang positif dengan membuat ayat lain, berulang kali. Libatkan dirinya ketika membeli bahan bacaan. 

Jika si anak menunjukkan objek kegemaran tanpa bahasa, sampingkan istilah yang betul dan jelas untuk dijadikan contoh. Jadikan satu kebiasaan mengadakan perbualan yang interaktif dan bukan satu hala dengan anak-anak. Contohnya bercerita tentang apa yang anak buat hari itu atau memberi permasalahan kecil dalam perbualan bagi anak menyelesaikan seperti "hari ini kalau hujan, kita tak jadi pergi taman. Macam mana ya adik?". Teknik berikut agak sesuai bagi anak yang berumur 2 hingga 3 tahun.


Sumber: Majalah Pa&Ma 

Thursday, March 8, 2012

10 cara bina keyakinan diri anak

Memupuk harga diri anak kecil adalah satu tanggungjawab yang perlu dilakukan secara konsisten. Ia begitu penting untuk membina rasa keyakinan diri kanak-kanak yang menjadi asas untuk masa depan mereka. Menurut terapi keluarga dari California yang juga pengarang buku Positive Discipline series, keyakinan diri apabila mempunyai kepercayaan bahawa kita mampu dan mengetahui nilai dan tindakan yang boleh dilakukan.

1. Memberi kasih sayang tanpa had
Perkembangan harga diri kanak-kanak sentiasa wujud apabila ucapan kasih sayang sentiasa yang diucapkan kepadanya. Ucaplah "Mama (atau papa) sayang adik". Sentiasa pelukan, ciuman dan pelukan pada bahu. Dan jangan lupa untuk memberitahu dia betapa dirinya disayangi.

2. Memberikan perhatian
Kanak-kanak suka apabila dirinya diberikan perhatian. Mereka merasakan dirinya begitu berharga kepada ibu bapanya. Sehubungan itu, anak kecil ini suka menunjukkan hasil kerjanya kepada anda. Contohnya menunjukkan hasil lukisannya. Berikan pujian walaupun hasil kerjanya tidak begitu menarik, tetapi pada masa yang katakan, jika dia berusaha lagi hasil kerjanya akan menjadi bertambah baik.

3. Mengajar had-had
Mewujudkan beberapa peraturan munasabah kepada anak kecil ini. Misalnya, memberitahu jangan makan di dalam bilik sebaliknya hanya dibenarkan di dapur untuk menjaga kebersihan bilik. Begitu juga pakaian kotor, sediakan, sediakan bekas khas untuk si kecil mudah memasukkan pakaian kotor. Katakan sikap suka sepahkan pakaian adalah sikap yang tidak elok. Lakukan secara konsisten supaya dia memahami had-had yang diajar kepadanya.

4. Galakkan penerokaan
Menggalakkan anak kecil melakukan penerokaan baru dalam dirinya. Misalnya mencuba permainan baru atau pergi ke taman untuk dia bermain. Apabila anak kecil ini cuba melakukan penerokaan baru, jangan mudah menawarkan diri untuk membantunya. Cara ini mengurangkan rasa keyakinan dalam dirinya. Biarkan dia melakukannya sendiri. Dia tidak akan jemu mengulangi penerokaannya sehingga dia berjaya. Sikap ingin tahu dalam diri kanak-kanak begitu tinggi maka sudah pasti dia ingin melakukannya dengan sendiri.

5. Membiarkan kesilapan-kesilapan terjadi
Kadang kala membiarkan anak kecil melakukan kesilapan adalah satu keperluan. Ini adalah pengajaran bernilai untuk keyakinannya supaya dia akan berfikir setiap manusia tidak akan terlepas melakukan kesilapan dan menerima hakikat akan kelemahan dirinya. Tindakan akan membantu mengelak dirinya berasa kurang yakin apabila dia melakukan kesilapan.

6. Tindakan positif
Semua orang sukakan galakkan termasuk kanak-kanak. Sediakan aktiviti yang membolehkan pujian diberikan kepadanya. Contohnya, meminta anak membantu mencuci buah-buahan. Setelah itu, berikan kata pujian kepadanya. "Rajinnya sayang mama hari ini. Macam inilah anak yang baik". Cara ini akan meningkatkan pencapaian dan harga diri sekaligus memberikan panduan kepadanya untuk melakukan tindakan positif seterusnya.

7. Pendengar yang baik
Jika anak kecil ingin memperkatakan sesuatu, dengarlah apa yang ingin diberitahu kepada anda. Ini kerana dia juga perlu tahu mengenai perkara seperti idea, perasaan, keinginan dan pendapat. Dengan cara ini, ia akan membantu kanak-kanak merasa selesa dengan emosinya sendiri. Dia akan berasa gembira apabila percakapannya diberi perhatian.

8. Perbandingan
Jika kanak-kanak sudah boleh membandingkan dirinya dengan adik-beradik atau teman sebaya (Mengapa saya tidak pandai menangkap bola seperti Aqil?) ini akan menunjukkan rasa harga dirinya. Katakan kepadanya "Betul cakap adik. Aqil pandai tangkap bola dan adik pula pandai melukis gambar". Cara ini akan membantunya belajar bahawa setiap manusia mempunyai kekuatan dan kelemahan dan dia tidak perlu menjadi orang lain untuk berjaya, sebaliknya menjadi dirinya sendiri.

9. Menyediakan galakkan
Setiap kanak-kanak memerlukan sokongan penuh kasih sayang. Misalnya "mama yakin adik boleh lakukannya. Teruskan!" Berikan galakkan bukan hanya memberikan ganjaran kepadanya tetapi melalui ucapan galakkan. Dia akan mengetahui kejayaan yang diperoleh hasil daripada usahanya sendiri.

10. Penonjolan diri
Memberi peluang kepada dirinya untuk menunjukkan kebolehan. Jika di tadika, dia belajar membaca doa, cuba berikan tugasan baru kepadanya untuk mengetuai bacaan doa makan apabila makan bersama keluarga. Cara latihan ini memberi rasa dirinya dihargai dan dipercayai. Penonjolan diri seperti ini membuatkan anak kecil ini merasakan pencapaian positifnya diterima oleh ahli keluarga lain.

Sumber: Majalah Pa&Ma

Wednesday, November 24, 2010

Bagaimana untuk mengendalikan ragam kanak-kanak

Seperti biasa, kanak-kanak memang penuh dengan seribu satu macam ragam. Kadang-kadang kita pun tak tau macam mana nak kendalikan ragam mereka ni. Tetapi ibu-ibu, bapa-bapa jangan risau sebab ada caranya nak handle anak-anak yang suka meragam ni. Di bawah ni antara sebahagian ragam anak yang boleh kita kendalikan:


1. Tangisan yang tidak terkawal
Cara yang terbaik ialah dengan tidak menghiraukannya. Anda juga boleh menarik perhatiannya kepada perkara lain seperti memberikan mereka buku atau permainan.

2. Mambaling barang
Cara yang terbaik adalah dengan melakukan prosedur biasa. Jika dia membaling kepada anda, beritahu bahawa ianya menyakitkan dan letak mereka di tempat lain sehingga mereka sudah tenang.

3. Menggigit
Jika anak anda menggigit, beritahu mereka bahawa menggigit adalah tidak dibenarkan dan berikan mereka masa untuk bertenang. Dalam masa yang sama, jangan hiraukan mereka dan fokus kepada kanak-kanak yang telah digigit. Jangan sesekali menggigit mereka kerana ini bermakna mereka boleh menggigit sesuka hati.

4. Perkataan Kasar
Jangan memarahi mereka kerana ini hanya akan menarik perhatian mereka. Jika mereka menyebutnya di khalayak orang ramai, kata dengan tenang "kita tidak bercakap begitu" kemudian tarik perhatian mereka. Dengan tegas, jelaskan kepada mereka ayat manakah yang tidak seharusnya disebut.

5. Tidak mahu memakai baju
Berikan mereka dua pilihan pakaian dan berikan mereka lebih masa supaya mereka tidak rasa tertekan. Jika mereka benar-benar tidak mahu menukar baju, bawa baju yang hendak ditukar tersebut bersama ke destinasi yang ingin dituju.

Sumber: Majalah Mami&Baby