Showing posts with label My Stories. Show all posts
Showing posts with label My Stories. Show all posts

Thursday, September 17, 2026

Selamat Hari Malaysia Yang Ke - 63



SELAMAT HARI MALAYSIA YANG KE-63

Cantik kan corak tandatangan "Kita Kontijen Malaysia". 
Ni haritu lepas balik dari bayar saman aku singgah My Town dengan laki aku. Nak cari tempat sejuk. Mula-mula ingat nak makan kat Kedai Uncle kat Petaling Jaya. 

Tapi sebab panas sangat kita dua-dua tak tahan. Kena cari tempat yang ada aircond.
 



Ada banyak sebenarnya aktiviti kat sini kalau weekeen.
Kita Kontijen Malaysia ni kempen Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia. 




Aktiviti & Acara Utama

Kita Kontinjen Malaysia Doodle Contest: 
Pertandingan melukis doodle peringkat kebangsaan yang terbahagi kepada
kategori Sekolah Rendah, Sekolah Menengah,
dan Dewasa dengan tawaran hadiah baucar tunai.

Bengkel Kreatif & Community Doodling Wall:
Ruang aktiviti seni interaktif dan dinding lukisan terbuka untuk pengunjung.

Perarakan Hari Malaysia (Malaysia Day Parade):
Persembahan kebudayaan dan perarakan khas sempena Hari Malaysia.




Tapi itulah, time aku nak sign tak ada marker pen. Pen aku sendiri pun tak bawa.
Jadi dapat ambil gambar je la.


Wednesday, September 16, 2026

Makan makan Laksa Sarawak dan potong kek

15 September 2026,

Kak Roslina datang bawa Laksa Sarawak kali ni untuk kita orang di office. Kak Roslina ni sangat rajin memasak untuk kita orang. Macam macam menu yang Kak Roslina bawak. Dah macam kita kat ofis ni anak-anak dia pulak. Apa nak buat je sekarang Kak Roslina dah tinggal jauh di Nilai. Kadang-kadang je datang KL. Kalau tidak dulu sebulan sekali dia akan masak.

Semalam bukan Laksa Sarawak je dia bawak. Nasi goreng ikan, sambal ikan ayer, keropok lekor etc. Aku just makan Laksa Sarawak je. Memang sedap Kak Roslina punya Laksa Sarawak. Lebih sedap dari tempat aku selalu makan Kafe Sarawak. Dah homemade kan. Tambah pulak Kak Roslina memang pandai memasak. Orang yang pandai masak ni, dia masak apa pun semuanya sedap hahaha.

Jadi, bila Kak Roslina dah datang bawak makanan, kita pun plan nak potong kek birthday aku pada hari yang sama. Tak adanya nak seprais seprais.

Habis awal lah kita orang live semalam.


Alhamdulillah, terima kasih tak terhingga kepada Aidil, Anas, Che Nizam, Ili Athirah, Izwan,Richard, Abang Zam & Eddy atas segala doa dan kebaikan korang selama ni. Nak tulis semua terlalu banyak. Dorang inilah team aku di ofis.


Terima kasih kak Roslina ku sayang yang selalu masak sedap² untuk kami semua. Terima kasih Budiman Cahya yang selalu datang dan selalu belanja kita. Terima kasih Luthfi. Terima kasih adikku Syafiq Minato.

Dikelilingi oleh team yang seperti family pun adalah satu rezeki.


Tak lupa juga terima kasih sahabat² Demi Negara diatas segala doa dan sokongan. Kalau tak ada support dari sahabat-sahabat TDN kita pun takkan dapat buat bermacam-macam projek komuniti.

Semoga kalian semua sentiasa dilindungi dan dilimpahruahkan rezeki selalu. Amin. 


Bayar saman lapuk, kalau nak renew lesen memandu

Expiry lesen memandu ikut tarikh lahir. Aku cuma renew 2 tahun je. Masa Covid 19 dulu aku pernah lupa nak renew lesen. Hampir setahun aku drive tanpa lesen. Syukurlah tak ada apa-apa yang buruk terjadi huhu.

Sebenarnya mula² aku pergi Pejabat Pos sebab nak mengelat pergi JPJ. Tapi sampai Pejabat Pos tak boleh nak renew lesen sebab nama dah dalam senarai hitam. 

Bila aku pergi JPJ dan check tak ada saman JPJ. Tapi nama dah kena blaclisted. Rupa-rupanya ada saman trafik. Pegawai JPJ kata kena bayar saman kat Balai Trafik dulu barulah boleh renew lesen.

Terpaksalah pergi trafik Jalan Bandar sebab sama tu rupanya dah keluar surat mahkamah. 😅

Syukurlah kerani kaunter kata boleh bayar saman yang dah kena blacklist tu dulu. Barulah boleh renew lesen. Terbanglah duit aku RM300. Nak buat macam mana. Dah bayar saman aku renew lesen untuk 3 tahun je.
Terserempak dengan seorang pakcik yang bayar saman parking. 

Pakcik tu tanya, "Ko kena saman apa dik, parking ke? " "Takdelah pakcik, saya kena saman accident."

Pakcik tu kata, "uish tahun bila tu? "
Aku jawab, "Tahun 2017..." 🤣 

Pakcik tu kata, "Mak aih, lama tu, dah tu macam mana ko tahu ni??? " 
Aku kata, "Sebab semalam saya nak renew lesen tak boleh kena blacklist." 

"Dah tu pergi JPJ? " 
"Saya pergi JPJ semalam, tapi takde saman JPJ. Tapi ada saman trafik. Itu yang kena datang sini bayar."

Geleng kepala je pakcik tu hahaha. 

Terus masuk My Town

Lepas tu aku pergi cari tempat sejuk kejap untuk tenangkan diri sebab dah bayar saman. Jerebu teruk gila sampai tak dapat bernafas aku dibuatnya. 😭

The busiest day of the month

14 September 2026, hari sibuk sedunia. Tekejar sana sini. Kira harini free aku update la kat blog.

Destinasi pertama masa hari lahir Klinik Gigi hahaha. 

Masa tengah register, staf kaunter tegur. "Eh...harini puan punya birthday ya?"

Aku jawab, "Ya..."

Kemudian dorang cakap, "Baguslah ingat hari lahir ingat Doktor Gigi".

Aku cakap, kena ada penambahan. "Ingat hari lahir, Ingat JPJ sebab kena renew lesen memandu..." hahahaha...

Lepas tu semua gelak. 😂


Tunggu tidak lah lama sangat. Klinik Kesihatan KL kan. Doktor pun ramai. 
Disebabkan ada fracture di bahagian akar terpaksalah cabut. Aku cakap kat doktor, "Doktor saya tak kisah nak inject kat mana pun tapi jangan dalam mulut... " 

Sebenarnya, fracture tu dah 4 tahun. Lama kan aku tahan sakit. Masa mula-mula aku pergi Klinik Gigi Taman Nirwana doktor tak dapat detect. Ingatkan sakit gusi biasa.

Kemudian aku pergi Klinik Pergigian UM. Fracture di gigi aku memang tak nampak. Sangat halus. Bila dah X-ray barulah nampak. 


Lepas kena bius

Berborak dengan doktor dah macam kenal lama. Sakit ooo cabut gigi geraham. 
Kena inject dengan bius memang menitik air mata weyh. Kalau dulu masa aku buat root canal di UM sebelum kena inject dengan bius depa akan sapu gel kebas. Tapi hari tu tak ada. Kalau dulu kena inject bahagian depan. Ngilu je bila ingat balik sakitnya macam mana. Aku memang fobia.😭

Dah lepas cabut barulah boleh datang lagi sekali untuk buat "scaling". Alhamdulillah, doktor gigi saangat baik. Habis kapas yang diberi. Banyak juga darah yang keluar. 

Lepas kena cabut gigi, dalam mulut ada kapas

Kemudian pergi pejabat pos nak renew lesen memandu sekali tak boleh

sebab ada saman. Dah lah app JPJ tak boleh masuk. 


Singgahlah ke UTC Keramat pergi JPJ reset My JPJ.
Rupa² data dalam JPJ tak sama dengan JPN. 

Kena ambil nombor dalam app

Rekod JPJ tak ada saman. Tapi aku ada saman trafik. So kena bayar. Kalau tak, nanti tak boleh nak renew lesen. Lepas selesai isu dengan aplikasi My JPJ lepak makan tengahari dengan kawan aku. Lama tak melawat kawasan kan.🤣

Live hari tu pun aku tak banyak sangat cakap sebab rasa nyut nyut kat gusi tu sampai ke kepala. Mata pun macam nak tutup je. 

Balik rumah husband dan anak² ajak makan. Aku mampu minum kopi mocha je. Nak makan paratha pun sakit. Sebab siang tu aku dah makan kerepek bawang. Boleh pulak serpihan kerepek bawang tu terkena gusi yang gigi dah kena cabut tu.

Favourite Cafe

My second baby

Mocha Frappe

Paratha

Chicken Fingers

Terima kasih kepada petugas² kesihatan Klinik Pergigian KL,
yang jaga kaunter dan especially
Doktor dan Nurse Bilik No 8. 
Terima kasih kepada pegawai JPJ UTC Keramat,
tak ingat kaunter mana.

Terima kasih kepada kawan²,

sahabat handai yang wish birthday aku harini. 

Ada yang wish depan², ada yang komen, 

ada yang whatsapp, ada yang hantar melalui messenger, ada yang call.

Nanti saya reply. 🥰

Semoga doa yang baik² berbalik kepada anda semua. 

Sayang semuanya.💛

Monday, February 23, 2026

Salam Ramadhan 2026

Aku harap masih tak terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Berpuasa untuk semua. 

Tahun ni adalah tahun pertama aku tak buat biskut raya selepas 11 tahun berhempas pulas gigih menyiapkan kuih raya. Kiranya, tahun ini sangat bertenang. Tak perlu nak pening-pening fikir nak kira kos, nak fikir letak harga berapa. Nak beli barang kat mana. Semua tu tak perlu fikir dah.

Kalau tidak, tahun ni puasa hari pertama je aku berbuka puasa dengan keluarga. Selain tu semua berbuka puasa kat kedai atau kat ofis. 

Tapi bila tak buat kuih aku rasa macam kosong pulak hahaha. 

Sebab dah biasa sibuk. 

Jadi mula lah aku mencari kerja, nak buat congo bars la, nak buat kek laa, nak buat biskut.

Harini, aku pack sikit sikit barang baking kat ofis bawak balik rumah. Kononnya, nak buat biskut. Kita tengoklah tercapai ke tidak cita-cita aku.

Setakat harini masih bersemangat nak buat. Oven kat rumah tu cinonet je. Tak tahulah tahap kesabaran aku macam mana.

Monday, February 9, 2026

Hanif ambil suntikan Typhoid

Semalam, sebelum pergi ke rumah kakak ipar, aku hantar Hanif pergi klinik untuk ambil Typhoid Injection. Kira tak jauh lah dari rumah. Klink Adnin, Pandan Utama. Memang murah RM60.00 sahaja. Susah nak dapat harga macam ni sekarang. Minimum pun RM71.00 kalau klinik kerajaan. Klinik swasta pulak RM80.00 - RM90.00.

Tengok gambar kat bawah ni. Influenza pun RM60.00. 


Sampai kat parking, aku suruh dia keluar. Aku tanya, "Hanif pergi sendiri ke klinik boleh ke? Mama tunggu dalam kereta."

Dia jawab, "Bolehhhh..."

Tapi dia tak keluar lagi dari kereta. Aku cakap, "Pergilah..."

Dia sengih-sengih tengok muka aku.

Aku tanya dia, "Aik, nak mama pergi jugak ke?" Lepas tu dia sengih lagi.

Aku pun haah jom lah, "Nanti kalau ada girlfriend nak pergi dating ajak mama sekali tau, mama duduk kat hujung restoran teman Hanif..."

Sekejap je pun. Tapi itulahkan, baik anak lelaki ke anak perempuan semua sama. Takut dan malu tu tak tahu nak cakap. Adik-adik perempuan aku pun macam tu. Tapi pergi dating dengan kekasih takde pulak nak minta teman hahaha.

Alhamdulillah, sekarang dah cukup. Typhoid injection pun dah ambik. Sijil Pengendalian Makanan pun dah ada. Kalau katalah nanti dapat sambung belajar Kulinari ke atau apa-apa dalam bidang makanan tak perlu kalut dah.

Surirumah pun digalakkan untuk ambik suntikan typhoid ya. Bukan apa, kita sebagai surirumah ni banyak memasak untuk keluarga.Lagi satu banyak kebaikan ambil suntikan typhoid ni. Surirumah pun berisiko menyebarkan kuman juga.


Monday, February 2, 2026

Pencapaian Januari tahun ni

Cita-cita aku tahun ini nak update entri baru blog setiap hari. 

Dah masuk bulan Februari, aku punya pencapaian mampu menulis 27 entri untuk Januari 2026 hahaha. Itu pun sebab ada sehari tu aku tulis sampai dua atau tiga entri.

Ikutkan banyak je aku boleh tulis. Tapi ada masa aku tak sempat. Ada masa otak aku tepu dan serabut. Ada masa aku ke laut sebab terjebak dengan short drama dan social media.

Semalam aku dah terjebak dengan Jeffry Eipstein punya kes. Lepas tu aku nak kena habiskan module yang aku sedang belajar. Tak termasuk dengan siri berchit chat dengan AI.

Sudahnya, aku mengantuk. Itu je lah kerja aku semalam. Nak hantar buku yang aku dah pinjam ke Perpustakaan Negara pun tak boleh sebab Public Holiday.

Maka berlalulah hari yang tak produktif. 😅

Wednesday, January 28, 2026

First time guna Amap, semua dalam satu, bukan sekadar aplikasi peta biasa

Dua tiga hari orang dok kecoh tentang Amap. Aku pun baru install dua hari lepas sebab kawan ofis yang sebut tentang Amap ni. Dia kata macam best. Aku pun terjebak install sekali. FOMO kan. Then semalam masa on the way ke ofis baru aku teringat nak guna.


Aku baru tahu sebenarnya Google Maps ni tak berfungsi di Tanah Besar Cina (China Mainland). Jadi AMap dibangunkan di China. Dikenali juga sebagai Gaode Map. Merupakan salah satu peta navigasi digital terbesar di China dan dimiliki oleh Alibaba Group. Digunakan oleh rakyat China sebagai sistem navigasi utama.

Dilancarkan pada tahun 2011oleh Gaode Software Co Ltd. Tahun 2014, Alibaba Group beli Gaode Software dan jadi anak syarikan penuh Alibaba. 

Pada tahun 2023, lancarkan sistem AI bersepadu yang gunakan teknologi dari Alibaba Cloud untuk perancangan perjalanan pintar.


So far aku guna semalam, aku suka. Sangat memudahkan. Dan kita takkan salah masuk simpang. Amap akan tunjukkan laluan mana yang perlu kita ikut lebih awal sebelum nak masuk simpang. Sangat sesuailah untuk orang yang selalu terlepas simpang. Jadi, untuk kita yang tinggal di Lembah Klang (KL/Selangor) sangat sesuai. 

Visual Amap pun 3D. Boleh rujuk gambar yang aku letak. Yang best, Amap ada fungsi untuk kesan kamera had laju dan "speed trap". Tetapan bahasa pulak, nak guna Bahasa Melayu pun boleh, English pun boleh. Bila dah install tu, buka je aplikasi terus pilih "Bahasa". 

Terus terang aku katakan, Amap ni memang lebih best dari Waze. Amap lebih terperinci, tunjuk lorong spesifik yang kita nak masuk tu lebih awal, visual 3D, struktur jalan yang ditunjukkan di screen macam keadaan sebenar, maklumat kat screen lengkap dan tak tersusun. Kalau Waze lebih focus kepada trafik dan laporan pengguna.

So, bye bye Waze dan Google Maps.

Aku malas nak terangkan macam mana nak log in, tukar bahasa etc tu. Pandai-pandaiklah korang setting sendiri. Sama je macam aplikasi yang lain hahaha.

Korang pula bagaimana? Kekal dengan "Waze", "Google Maps" atau berhijrah ke "Amap"?😆


Dah daftar MyDigital ID?


Fuhh, hari ini aku register MyDigital ID beb! Rasa macam suatu kejayaan pulak hahaha...

Sebelum ni memang aku tak setuju pun dengan MyDigital ID. Even PADU pun aku tak daftar. Tapi yang membuatkan aku terpaksa mendaftar MyDigital ID dalam keadaan terpaksa rela kerana bila aku nak masuk aplikasi agensi kerajaan seperti MyJPJ tu kena guna MyDigital ID. 

Daripada apa yang aku baca, MyDigital ID dibangunkan MIMOS pada tahun 2016. Tetapi MyDigital ID Sdn Bhd ditubuhkan secara rasmi di Jabatan Perdana Menteri pada 15 Januari 2024. Yang mana pengurusannya perlaksanaannya dibuat oleh Jabatan Perdana Menteri. Berfungsi sebagai satu log masuk tunggal yang selamat untuk sistem MyNIISe dan dilancarkan pada Ogos 2024.

Kenapa tidak diurus dan dilaksanakan dibawah JPN? Nanti aku cari maklumat lebih lanjut keyh. 😆

MyDigital ID ini berfungsi sebagai identiti digital nasional untuk pengesahan dalam talian yang selamat tanpa menyimpan data biometrik katanya hehe.

Tapi kalau kau suka ke tidak, setuju ke tidak, tetap juga kena daftar macam aku. Suami aku dah daftar awal. Dari zaman PADU lagi. Aku ketinggalan jugak. Sebenarnya, ramai lagi yang tak daftar tu kan?😅

Kiosk MyDigital ID di Tealive, My Town

Selepas buat pendaftaran di aplikasi MyDigital ID, aku kena pula pergi ke Kiosk MyDigital ID untuk pengesahan "thumbprint". Macam-macam kan. Kita ni nak jadi rakyat yang patuh. Kalau tak melecehkan kita bukan gomen namanya.

Nak tahu lokasi kiosk MyDigital ID boleh klik sini. Semua out Tealive ada kiosk MyDigital ID. Yang paling dekat dengan ofis aku ialah Tealive Melawati Mall. Yang paling dekat dengan rumah aku ialah Tealive Ampang Point. 

Disebabkan aku rindu nak makan croissant dan hot chocolate, aku saja gatal pergi Tealive My Town Cheras hehe. 

Senang je, masukkan IC terus
Sekejap je nak buat pengesahan "thumbprint". Tak sampai 3 minit dah selesai. Masa nak buat tu berdebar juga sebab takut salah. Tapi ikut je arahan yang tertera. Cuma macam aku tadi macam cakap sorang². Nak masuk IC kat mana, nak thumbprint kat mana. 

Yelah, nak tanya adik kerja kat Tealive tu dia tengah sibuk. Takpelah, aku cakap je dengan Kiosk tu. Berjaya jugak. 🤣

Ikut je arahan, dah thumbprint, keluarkan IC

Thumbprint verification successful, Boleh Klik "done"
Dah selesai semua aku pergi beli croissant, beli barang sikit kat Mr Dollar, then balik huhu. Hot chocolate yang aku nak dah habis. 

Saturday, January 24, 2026

Sesi membalut buku rujukan Hadif

Gigih tak mak

Semalam, selepas sesi membeli Buku Rujukan, balik rumah aku terus cari plastik pembalut buku. Syukurlah aku tak beli. Melambak plastik pembalut buku yang aku beli untuk Hanif dulu. Rasanya, aku boleh balut semua buku Hadif sampai dia Tingkatan 5 nanti , punya banyak aku beli hahaha.

Gigih juga aku membalut buku semalam. Satu aku perasan, aku memang suka membalut-balut ni. Dulu masa mula-mula kerja kat Xtra Supermarket (sekarang dah tak wujud dah), aku suka balut gift customers. Aku macam suka buat kerja macam tu. Bila kaunter customer service tak ada orang jaga, akulah yang akan ganti staf di situ buat sementara waktu. Dan aku belajar membalut gift dengan kakak-kakak kaunter customer service. Dan setiap kali kalau aku pergi pasaraya beli hadiah dan minta tolong customer service balut aku akan perhati je macam mana mereka buat. Sebab lain orang lain caranya. 

Sampai sekarang, kat ofis pun aku juga yang membalut sabun. Macam satu kepuasan. Kalau ada orang berkebun untuk hilangkan stress, aku pulak akan hilang stress dan leka bila membalut apa-apa barang. Membalut ni perlukan skill. Bila aku tengok hasil kerja sendiri mesti akan puas. Sebab itu, kalau korang tengok adik-adik yang kerja customer service tu cara balutan dorang lain-lain. Asas sama. Tapi kreativiti tak sama.

Antara buku yang aku beli semalam

Tapi itulah, tak ku sangka dari sekolah sampai ke tua balut buku. Dulu balut buku sendiri. Sekarang balut buku anak². Nak tunggu dorang balut sendiri memang tak laa. Alasannya, mama balut lagi cantik. Pandai kan dorang bodek aku. Akulah yang tolong balut. Aku jugak tolong tuliskan nama dengan tarikh beli sekali. 

Tuan punya buku baring depan TV layan movie Avatar. 🥴

Malam tadi aku dah order buku Pendidikan Islam, Tatabahasa, Karangan Bahasa Melayu dan English. Memang murah dari aku beli kat distributor. Dah sampai nanti aku share okay.