Showing posts with label Pembedahan. Show all posts
Showing posts with label Pembedahan. Show all posts

Tuesday, December 20, 2011

Penjagaan Selepas Pembedahan

Tahniah!! Anda telah menjalani pembedahan dengan selamat. Penjagaan selepas pembedahan adalah amat penting untuk menentukan luka pembedahan sembuh dengan sepenuhnya.

1. Selepas pembedahan
Doktor bius akan menyedarkan anda drai kesan bius. Anda akan merasa loya, mual, muntah dan mengantuk. Anda akan dipindahkan ke ruang/bilik pemulihan, di mana pemerhatian yang teliti akan diberikan sebelum dihantar ke wad. Keluarga anda berpeluang mengetahui keadaan anda.

2. Pemulihan di wad
Sekembali dari Dewan Bedah, tekanan darah, kadar nadi, pernafasan akan diperiksa dan diawasi dengan kerapnya, sehingga keadaan pulih. Kebenaran untuk makan/minum diberikan sekiranya anda telah sedar sepenuhnya, tiada rasa loya, muntah dan tiada masalah kesihatan lain. Jika makanan tidak dibenarkan, cairan serta ubatan diberi melalui saliran intravena. Makan ubat penahan sakit, jika perlu. Anda perlu banyak berehat dan digalakkan menggerakkan anggota yang tidak terlibat dalam pembedahan.

3. Masa melawat
Pihak hospital megalu-alukan kunjungan para pelawat. Waktu melawatdipanjangkan pada hujung minggu dan hari perayaan untuk semua wad-wad, atas budi bicara  pihak pengurusan hospital. Pertimbangan oleh pihak pengurusan hospital untuk membenarkan seorang ahli keluarga bersama anda mungkin boleh diberi bagi kes tertentu.

4. Penjagaan luka dan jahitan
Anda perlu menjaga bahagian luka tempat jahitan akibat pembedahan, agar sentiasa bersih. Pemeriksaan dan cucian akan dilakukan oleh jururawat berdasarkan arahan dari doktor. Anda mungkin dibenarkan pulang sebelum benang jahitan dibuang sebab benang jahitan itu boleh dibuang kemudian hari di klinik.

5. Discaj dari wad
Anda akan dibenarkan pulang etelah keadaan bertambah pulih dan tiada sebarang komplikasi yang dijangka berlaku. Apabila dibenarkan pulang, anda akan diberitahu untuk membolehkan ahli keluarga menemani anda pulang. Anda akan diberi preskripsi ubat, kad temujanji untuk pemeriksaan semula di klinik dan pesanan tertentu sebelum dibenarkan keluare dari wad. Arahan yang diberi perlulah dipatuhi sepenuhnya.

6. Membantu anda berdikari
Anda digalakkan berdikari secepat mungkin setelah diarahkan oleh pihak doktor. Cubalah sedaya upaya menjalankan senaman, menjaga kebersihan dan mengemaskan diri walaupun masih terasa kesakitan. Dengan berusaha dan inisiatif sendiri, anda boleh mengalami pemulihan dengan lebih berkesan.

Sumber: Jabatan Pendidikan Kesihatan HKL

Sunday, December 18, 2011

Persediaan Sebelum Pembedahan

Anda telah diberitahu oleh Pakar Pembedahan tentang perlunya pembedahan. Pastikan kamu dapat maklumat tentang pembedahan tersebut.

1. Maklumat tentang pembedahan
Bertanyalah samada terdapat rawatan cara lain selain dari pembedahan dan akibat tidak menjalani pembedahan. Bahagian anggota mana yang akan dibedah, prosedur pembedahan, kemungkinana risiko yang dihadapi, kesan jangka pendek/panjang selepas pembedahan juga perlu diketahui.

2. Keizinan untuk pembedahan
Anda mesti memahami dan menandatangani borang keizinan sebagai tanda persetujuan diberi bius dan menjalani pembedahan. Bagi pesakit di bawah umur 18 tahu, ibubapa/penjaga perlu menandatangan.

3. Cara pemberian bius
Bius Am: Suntikan dan sedutan gas diberi sehingga anda tidak sedarkan diri sepanjang pembedahan.
Bius Sebahagian: Suntikan diberi di bahagian tulang belakang. Anda akan terus sedar tetapi tidak merasa sakit di bahagian bawah badan.
Bius Setempat: Suntikan diberi di tempat pembedahan. Anda akan terus sedar tetapi tidak berasa sakit di kawasan persekitara.

4. Persediaan mental
Perasaan takut akan berkurangan dengan penjelasan lengkap oleh doktor dan maklumat dari pesakit lain yang melalui pembedahan yang sama.

5. Faktor yang menambahkan risiko
Di antara faktor risiko termasuklah tabiat merokok, menagih dadah, pesakit yang berlebihan berat badan, pesakit jantung, kencing manis dan darah tinggi. Anda akan dirawat sebelum menjalani pembedahan.

6. Persediaan fizikal
Bersihkan badan, rambut dan mencukur bahagian yang akan dibedah. Barang berharga/kemas perlu ditinggalkan di rumah.

7. Persediaan di hospital
Mendaftarlah terlebih dahulu sebelum masuk hospital. Pemeriksaan tekanan darah, kadar nadi, suhu badan, berat badan, ujian darah dan air kencing akan dilakukan. Anda akan diberi ubat yang membuatkan anda rasa mengantuk. Anda dilarang makan/minum mulai tengah malam pada hari sebelum pembedahan.

8. Sebulan sebelum memasuki dewan pembedahan
Anda perlu buang air kecil/besar, menanggalkan gigi/rambut palsu, menanggalkan barang kemas kepada ahli keluarga dan pakai pakaian khas sebelum ke Dewan Bedah.

9. Ketibaan di dewan bedah
Anda sendiri akan disoal tentang nama sendiri serta jenis pembedahan dan samada telah berpuasa (tiada makan/minum).

10. Di dewan bedah
Anda akan diberi ubat bius dan beberapa prosedur mungkin dilakukan seperti pencukuran di bahagian anggota terlibat (jika belum dilakukan), kemasukan saliran intravena atau kemasukan tiub untuk saliran air kencing.

11. Kaum keluarga yang menunggu
Keluarga anda boleh menunggu di ruang menunggu. Anda akan ditempatkan di bilik pemulihan sebelum dihantar ke wad yang berkenaan. Kesabaran menunggu adalah sangat dihargai.

Sumber: Jabantan Pendidikan Kesihatan HKL