Hari ni hari terakhir anak anak bercuti sempena perayaan Tahun Baru Cina. Kebanyakkan sekolah dah mula beroperasi. Sekolah agama lagi awal dah start sekolah. Sekolah Cina masih lagi cuti. Esok barulah start sekolah. Dua minggu lepas dah sekolah ganti pada hari Sabtu. Seronok lah cuti lama sikit. Macam orang kata susah susah dahulu, bersenang senang kemudian ahaha.
Jalanraya pun masih lengang lagi. Tambahan pula hujan dari pagi tadi tak berhenti. Sekejap renyai renyai. Sekejap lebat. Masa pergi hantar stok Kek Lapis Elzha ke booth di Jalan Universiti tadi pun hujan lebat. Alhamdulillah kami dah mula beroperasi semula selepas tiga hari bercuti. Yang nak beli dan teringin makan Kek Lapis boleh ke booth kami di LRT Jalan Universiti - KL Gateway. InsyaAllah harga berbaloi - baloi dengan rasanya.
Dah hantar kek lapis kami anak beranak ke Petaling Jaya. Nak makan kat Kedai Chinese Muslim di Seksyen 19. Sekali kedainya tutup daaaaa. Patahlah balik ke Kampung Pandan terus singgah di Kedai Nasi Ayam Isa.
Kedai Nasi Ayam Isa Kampung Pandan antara kedai yang ramai pengunjungnya. Terutamanya bagi mereka yang bekerja di area Kampung Pandan. Memang sentiasa penuh. Dekat pula dengan kawasan office. Setiap hari menjadi tumpuan ramai. Yang tak bekerja macam aku pun suka juga especially bila semangat memasak kau malas tahap Gunung Everest kikiki. Senang dan mudah. Anak anak pun suka.
Menu paling senang.
Nasi Ayam & ABC
Boleh nampak dalam gambar nasi dia selambak. Hadif pun tak boleh habis. Aku order dua set Nasi Ayam dengan Nasi Ayam kosong. Bila orang tanya sedap tak. Aku pun tak tahu macam mana nak jawab. Definisi sedap bagi setiap orang kan lain. Kalau aku kata sedap bila korang makan kata tak sedap haah macam mana? Bagi aku biasa je. Nasi Ayam dan aku boleh makan dan telan hahaha. What do you expect? Air seperti biasa kami minum air kosong dan air suam. Tadi tambah ABC sebab dah lama sangat tak makan ABC kat sini. Order satu share dengan Hanif. Cukuplah. Nanti makan sorang semangkuk mau seminggu penyesalan. Bukan senang nak bakar kalori setiap hari.
ABC dia sedap. Memang recommended. Pekat. Manis pun cukup. Tak lah tahap sampai potong kaki. Takde rasa klorin hahah. Kacang pun masak. Ada sesetengah tu keras tak cukup masak. Ada pulak yang berlendir macam nak basi. Ada juga yang masam. So far, Alhamdulillah kualiti terjaga.
Okay, Nasi Ayam Isa ni bertempat di Pusat Penjaja, Jalan Thaver, Kampung Pandan. Boleh search je kat google "Isa Nasi Ayam". Keluarlah berderet deret kat google. Yang tak pernah datang dan tak tau Kampung Pandan kat mana guna je Waze atau Google. Search. Confirm sampai.
Nak makan di sini kena datang seawal pukul 11.00 atau 11.30 pagi. Lambat nanti takde tempat duduk. Nak parking pun susah. Kebiasaannya orang ramai park kat tepi jalan during lunch hour. Kalau boleh naik satu kereta ramai ramai lagi bagus. Tak ada lah menyumbang kepada kesesakan melampau. Park jauh lepas tu jalan kaki.
Oh, kat situ pun ada satay sedap dan mur mur. Satay Pak Ayob namanya. Lainkali kita cerita pasal satay pulak okay. Bye. See you soon.
No comments:
Post a Comment