Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Monday, February 23, 2026

Salam Ramadhan 2026

Aku harap masih tak terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Berpuasa untuk semua. 

Tahun ni adalah tahun pertama aku tak buat biskut raya selepas 11 tahun berhempas pulas gigih menyiapkan kuih raya. Kiranya, tahun ini sangat bertenang. Tak perlu nak pening-pening fikir nak kira kos, nak fikir letak harga berapa. Nak beli barang kat mana. Semua tu tak perlu fikir dah.

Kalau tidak, tahun ni puasa hari pertama je aku berbuka puasa dengan keluarga. Selain tu semua berbuka puasa kat kedai atau kat ofis. 

Tapi bila tak buat kuih aku rasa macam kosong pulak hahaha. 

Sebab dah biasa sibuk. 

Jadi mula lah aku mencari kerja, nak buat congo bars la, nak buat kek laa, nak buat biskut.

Harini, aku pack sikit sikit barang baking kat ofis bawak balik rumah. Kononnya, nak buat biskut. Kita tengoklah tercapai ke tidak cita-cita aku.

Setakat harini masih bersemangat nak buat. Oven kat rumah tu cinonet je. Tak tahulah tahap kesabaran aku macam mana.

Friday, January 9, 2026

Imbas kembali kenapa aku suka berblog dulu

Throwback moreh gambar Ramadhan 2025 dengan suami somewhere in Bangsar hehe..

Aku ingat lagi aku mula menulis blog pada tahun 2009. Masa tu tengah fikir kat mana lah aku nak simpan memori dengan anak bila mereka dah besar. Apa kenangan aku dengan anak-anak nanti. Umur dah makin menua hehe.

Ramai blogger famous ketika itu. Kita ni biasa-biasa. Menulis untuk hobi suka-suka. Dari berblog aku kenal blog redmummy, cik epal, hanis zalikha, maria elena, ben ashaari, beautiful nara dan banyak lagi.

Semakin berkembang teknologi bila dah mula ada Facebook dan Instagram dah kurang orang menulis di blog. Aku dulu lebih banyak habiskan masa di Instagram. Sama juga seperti blogger yang popular ni macam cik epal etc mereka fokus di Instagram.

Bila dah mula berniaga dan belajar personal branding, barulah aku banyak bersosial media di Facebook. Sampailah bila Instagram peribadi aku kena delete, blog dot com aku tak boleh renew, aku terus fokus di Facebook. Merajuk.😒

Mau tak merajuk. Stress semua ada sebab trafik masuk ke blog masa tu tengah menaik. Sakit hati. So aku stop berblog. Cuma bila dah biasa menulis rasa akan janggal la kalau tak update blog. Jadi, aku tulis lah entri dengan niat untuk buang sawang.

Lama - kelamaan, seperti biasa teruskan hidup sampai dua tahun aku tak update blog langsung atas sebab masa tu sibuk. Memang tengah sibuk. Sibuk meniaga, Sibuk anak-anak sekolah. Sibuk dengan hal keluarga. Mak mertua aku meninggal, ayah kandung aku meninggal. Semuanya aku tak update di sini,

Tapi sekarang bila naik satu persatu memori di Facebook, rasa menyesal pula aku tak tulis semuanya. Kalau aku tulis semua kisah penting dalam kehidupan aku, mesti aku sendiri pun seronok membacanya hahaha. 

Dan segala aktiviti yang aku buat, isu-isu politik dan sosial serta isu Kepentingan Awam semuanya aku akan tulis di blog aku lagi satu: szoofficial.blogspot.com

Wednesday, July 8, 2015

Jalan-jalan di Jalan TAR

Tempoh hari, Sabtu malam satu family anak beranak berjalan-jalan di Jalan TAR. Apa mimpi pun tak tahun. Bukan ada nak beli apa pun. Saja nak menempuh kesesakan lalulintas dan kesesakan manusia di sana. Kebetulan hari Sabtu tu Nuzul Quran pulak tu. Memang tak pernah dibuat oleh Encik Iqbal mengajak satu keluarga berjalan-jalan gitu.

Kali terakhir ke sana di bulan Ramadhan masa tu Hanif berumur Setahun lebih kot. Itupun malam Raya. Lupa dah. Lepas tu tak ada dah. Sekarang Hanif umur 7 tahun baru lah menjengah lagi. Sebelum ni shopping pun siang je. Takde terjah masuk ke dalam bazaar jalan TAR.

Layan... Ada group busker best jugak layan. Tak berubah aktiviti malam mereka. Lelaki lelaki memakai baju kurung lepas tu panjat pegang pembesar suara dok promo harga murah harga murah! He he...

Tiada apa yang menarik untuk dikongsikan. Bagi saya biasa biasa saja. Untuk yang first time pergi tu best! Especially nak carik baju raya. Haihh...tak mampu memilih dalam kesesakan yang sebegitu rupa. Itupun kami jalan sehingga Semua House je lepas tu papa ajak patah balik ahahaha...

Pegi pukul 11 malam, balik 1 pagi. Encik Hadif mengamuk nak jalan sendiri. Tak nak dipegang. Mata dah ngantuk. Tak sempat nak lepak minum dah balik....

Kalau anda pelancong datang dari jauh saya sarankan anda mesti pergi!