Showing posts with label Shopee. Show all posts
Showing posts with label Shopee. Show all posts

Monday, January 26, 2026

Set buku rujukan Hadif sampai lagi

Haritu kan aku ada story tentang kat mana nak dapat buku rujukan yang lebih murah. Buku-buku yang aku order dua hari lepas dah pun sampai semalam. Dapat baucer untuk "same delivery free" dari Shopee, aku gunakanlah sebaiknya.

Aku order buku Pendidikan Islam, Premium Model Penulisan (Bahasa Melayu), Premium Model Essays (English) dan Buku Tatabahasa. Semuanya dari Pelangi Books.

Ingat lagi zaman sekolah dulu brand yang top masa tu ialah Sasbadi. Tapi aku suka buku dari Pelangi sebab pada aku nota dari buku ni semuanya ringkas, padat then banyak latihan yang menyeluruh. Aku memang banyak beli buku rujukan dari Pelangi.

Pilihan kedua aku ketika itu dari Sasbadi. Sasbadi masa tu harga agak mahal sikit dari buku Pelangi. 

Sekarang, untuk anak-anak aku pun sama. Aku beli dari Pelangi Books. Ada juga aku beli dari publisher lain seperti buku Quick Revision dari EPH Publishing. Okay juga. Tapi kalau yang lebih menarik dan warna warni adalah Pelangi hehe.

Setakat ini Pelangi memang best especially yang FOCUS. Memang Bestseller. Pada aku kalau tak guna buku teks pun tak ada masalah sebab buku FOCUS ni dah macam buku teks cuma versi warna warni. Cuma harga memang agak mahal. Satu buku rujukan dalam RM19.00-RM40 untuk Tingkatan 1 hingga 3. Kalau ada bajet lebih dan adik-adik yang ramai boleh beli. Sebab kalau abang atau kakak dah tak guna boleh pass kepada adik-beradik yang lain. 😊

Macam aku, yang Pendidikan Islam aku beli FOCUS. Yang lain aku beli RANGER. Sebab senang Hadif nak bawak pergi sekolah. Buku pun sederhana je saiznya. Boleh bawa ke mana-mana. Nak buat ulangkaji pun senang. RANGER ni pun dalam kategori Bestseller juga. Yang Quick Revision tu aku beli untuk abang Hanif tiga tahun lepas. 

Okay, kat mana nak dapat murah?

Nak beli di website Pelangi Books pun boleh juga. Kalau beli dari pengedar, ada yang boleh dapat another discount dalam 10%. Ada distributor tak bagi diskaun pun.

👉👉BOOK STATION👈👈

Bila aku check kat shopee, harga memang boleh dapat lebih murah. Boleh jimat dalam RM5.00 macam tu. Korang boleh pergi ke Book Station. Memang murah. Kalau dapat shipping voucher free lagi jimat. Aku jimat dalam RM30 macam tu. Banyak juga kan?

Korang boleh usha dulu kat shopee. Memang berbaloi. Kalau dapat beli di website Pelangi Books lagi murah pun lagi bagus. 

Monday, June 16, 2025

Produk paling laku di Shopee Tahun 2024

Shopee dilancarkan pada tahun 2015 sebelum berkembang ke negara-negara lain termasuk Malaysia dan Asia Tenggara. Disebabkan akses yang mudah dan mesra pengguna Shopee telah menjadi tempat yang ideal untuk membeli dan menjual pelbagai jenis produk. Semua kita boleh cari dan beli di Shopee.

Mesti ada yang tertanya-tanya produk apa yang paling laku di Shopee pada tahun 2024. Dibawah ada enam kategori yang paling banyak mendapat permintaan daripada pembeli di platform ini.



Shopee Malaysia



  • Barangan isi rumah
  • Produk Kecantikan & Penjagaan Diri
  • Produk Elektronik
  • Pakaian & Fesyen
  • Kesihatan & Kesejahteraan
  • Barangan Runcit
Barangan Isi Rumah
Barangan isi rumah ialah perkakas rumah seperti kelengkapan rumah, perkakasan elektrik atau peralatan rumah pun boleh dibeli dalam talian. Ini termasuk pelbagai jenis item, dengan storan & pengatur, mop dengan dispenser dan periuk gas mudah alih yang kini antara barangan yang dicari di Shopee.


Produk Kecantikan dan Penjagaan Diri
Produk kecantikan dan penjagaan diri sentiasa mendapat permintaan yang tinggi kerana produk kecantikan sangat banyak digunakan oleh kaum wanita. Bermula dari produk penjagaan kulit , badan, rambut dan mekap, boleh dikatakan semuanya ada dijual di Shopee. Harga pun tidak terlalu mahal kerana pihak Shopee akan menawarkan bermacam-macam baucar untuk pelanggan mereka. Aku sendiri pun suka membeli produk kecantikan di Shopee kerana harganya lebih murah dan pada masa yang sama boleh dapat kos penghantaran yang percuma.


Barangan Elektrik dan Elektronik
Peralatan elektronik seperti komputer, telefon pintar, powerbank dan televisyen antara yang kerap dicari oleh pengguna Shopee. Barangan elektrik yang banyak dijual seperti periuk nasi, air fryer, mesin basuh dan sebagainya pun banyak juga dicari di Shopee. Ini kerana mudah untuk membuat perbandingan harga dan spesifikasi produk. Aku pun adalah pengguna Shopee yang tegar aku banyak beli barangan elektrik dan elektronik di Shopee. Banyak juga aku beli hahaha. Dan aku sangat berpuas hati dengan harga yang ditawarkan di Shopee.


Pakaian dan Fesyen
Sejak COVID 19, tidak dinafikan semakin ramai pengguna gemar membeli belah pakaian dan aksesori dalam talian terutamanya di Shopee. Lagipun, pelbagai pilihan fesyen pakaian daripada pelbagai jenama memberikan pembeli lebih banyak pilihan. Penjual Shopee juga sering menawarkan harga yang lebih kompetitif dan lebih murah kerana peniaga tidak perlu menanggung kos sewa dan kos pekerja yang ramai untuk menjaga kedai. Pada yang sama kita sebagai pelanggan boleh membuat perbandingan harga sebelum membuat pembelian.


Kesihatan dan kesejahteraan
Produk kesihatan yang dijual secara dalam talian ialah seperti ubat-ubatan contohnya, ubat kurus, ubat kuat, ubat pemutih, ubat penyakit kronik. Makanan tambahan adalah seperti seperti suplemen vitamin dan mineral, herba dan lain-lain yang berkenaan juga ada dijual. Tidak ketinggalan, peralatan kesihatan contohnya seperti alat pemantau kesihatan, alat terapi serta alat penjagaan diri dijual secara dalam talian di Shopee.


Barangan runcit
Barangan runcit juga semakin mendapat permintaan yang tinggi di Shopee. Contoh barangan runcit yang banyak dijual di Shopee ialah makanan kering seperti mee segera, makanan dalam tin, beras, susu dalam tin, susu formula, serbuk minuman, sabun dan lain lain. Ini kerana semakin ramai orang yang malas mahu keluar bersesak di dalam pasaraya dan beratur panjang hanya untuk membeli satu atau dua barangan keperluan runcit. Lagipun, dengan membeli secara dalam talian lebih menjimatkan masa dan tidak perlu bersusah payah kerana barangan yang kita beli terus sampai ke rumah.


Ada lagi beberapa kategori produk lain yang dijual di Shopee, tetapi trend produk yang laku di Shopee tidak banyak berubah setiap tahun. Produk yang tersenarai di atas masih lagi mempunyai permintaan yang tinggi. 

Dengan kemudahan teknologi yang ada, semakin ramai orang memberi secara dalam talian dari keperluan harian, elektrik, pakaian hingga ke produk penjagaan diri tanpa kita perlu keluar dari rumah. Ini menjadikan perniagaan secara online semakin popular.