Monday, June 16, 2025

Produk paling laku di Shopee Tahun 2024

Shopee dilancarkan pada tahun 2015 sebelum berkembang ke negara-negara lain termasuk Malaysia dan Asia Tenggara. Disebabkan akses yang mudah dan mesra pengguna Shopee telah menjadi tempat yang ideal untuk membeli dan menjual pelbagai jenis produk. Semua kita boleh cari dan beli di Shopee.

Mesti ada yang tertanya-tanya produk apa yang paling laku di Shopee pada tahun 2024. Dibawah ada enam kategori yang paling banyak mendapat permintaan daripada pembeli di platform ini.



Shopee Malaysia



  • Barangan isi rumah
  • Produk Kecantikan & Penjagaan Diri
  • Produk Elektronik
  • Pakaian & Fesyen
  • Kesihatan & Kesejahteraan
  • Barangan Runcit
Barangan Isi Rumah
Barangan isi rumah ialah perkakas rumah seperti kelengkapan rumah, perkakasan elektrik atau peralatan rumah pun boleh dibeli dalam talian. Ini termasuk pelbagai jenis item, dengan storan & pengatur, mop dengan dispenser dan periuk gas mudah alih yang kini antara barangan yang dicari di Shopee.


Produk Kecantikan dan Penjagaan Diri
Produk kecantikan dan penjagaan diri sentiasa mendapat permintaan yang tinggi kerana produk kecantikan sangat banyak digunakan oleh kaum wanita. Bermula dari produk penjagaan kulit , badan, rambut dan mekap, boleh dikatakan semuanya ada dijual di Shopee. Harga pun tidak terlalu mahal kerana pihak Shopee akan menawarkan bermacam-macam baucar untuk pelanggan mereka. Aku sendiri pun suka membeli produk kecantikan di Shopee kerana harganya lebih murah dan pada masa yang sama boleh dapat kos penghantaran yang percuma.


Barangan Elektrik dan Elektronik
Peralatan elektronik seperti komputer, telefon pintar, powerbank dan televisyen antara yang kerap dicari oleh pengguna Shopee. Barangan elektrik yang banyak dijual seperti periuk nasi, air fryer, mesin basuh dan sebagainya pun banyak juga dicari di Shopee. Ini kerana mudah untuk membuat perbandingan harga dan spesifikasi produk. Aku pun adalah pengguna Shopee yang tegar aku banyak beli barangan elektrik dan elektronik di Shopee. Banyak juga aku beli hahaha. Dan aku sangat berpuas hati dengan harga yang ditawarkan di Shopee.


Pakaian dan Fesyen
Sejak COVID 19, tidak dinafikan semakin ramai pengguna gemar membeli belah pakaian dan aksesori dalam talian terutamanya di Shopee. Lagipun, pelbagai pilihan fesyen pakaian daripada pelbagai jenama memberikan pembeli lebih banyak pilihan. Penjual Shopee juga sering menawarkan harga yang lebih kompetitif dan lebih murah kerana peniaga tidak perlu menanggung kos sewa dan kos pekerja yang ramai untuk menjaga kedai. Pada yang sama kita sebagai pelanggan boleh membuat perbandingan harga sebelum membuat pembelian.


Kesihatan dan kesejahteraan
Produk kesihatan yang dijual secara dalam talian ialah seperti ubat-ubatan contohnya, ubat kurus, ubat kuat, ubat pemutih, ubat penyakit kronik. Makanan tambahan adalah seperti seperti suplemen vitamin dan mineral, herba dan lain-lain yang berkenaan juga ada dijual. Tidak ketinggalan, peralatan kesihatan contohnya seperti alat pemantau kesihatan, alat terapi serta alat penjagaan diri dijual secara dalam talian di Shopee.


Barangan runcit
Barangan runcit juga semakin mendapat permintaan yang tinggi di Shopee. Contoh barangan runcit yang banyak dijual di Shopee ialah makanan kering seperti mee segera, makanan dalam tin, beras, susu dalam tin, susu formula, serbuk minuman, sabun dan lain lain. Ini kerana semakin ramai orang yang malas mahu keluar bersesak di dalam pasaraya dan beratur panjang hanya untuk membeli satu atau dua barangan keperluan runcit. Lagipun, dengan membeli secara dalam talian lebih menjimatkan masa dan tidak perlu bersusah payah kerana barangan yang kita beli terus sampai ke rumah.


Ada lagi beberapa kategori produk lain yang dijual di Shopee, tetapi trend produk yang laku di Shopee tidak banyak berubah setiap tahun. Produk yang tersenarai di atas masih lagi mempunyai permintaan yang tinggi. 

Dengan kemudahan teknologi yang ada, semakin ramai orang memberi secara dalam talian dari keperluan harian, elektrik, pakaian hingga ke produk penjagaan diri tanpa kita perlu keluar dari rumah. Ini menjadikan perniagaan secara online semakin popular.




No comments:

Post a Comment