Satu patah ayat yang sudah cukup melambangkan kepenatan, kekecewaan, kejutan, tekanan, kesedihan, kemarahan dan rasa bercampur baur semalam.
Boleh dikatakan agak kecewa dengan apa yang terjadi. Boleh juga kata agak terkejut dan marah. Pada masa yang sama rasa kasihan dan simpati itu ada.
Selepas beberapa kejadian di pejabat, balik rumah terus rasa sakit kepala. Hendak makan pun tidak berselera. Mood kelaut. Orang kampung aku kata "emotionally drain" huhuhu.
Walaupun hilang kepercayaan tapi masih lagi bersangka baik. Bersangka baik yang manusia boleh berubah. Tapi berapa kalikah peluang patut diberi? Sekali? Dua kali? Tiga kali??
Tapi, manusia memang melakukan kesilapan. Tapi berapa kali boleh berlaku kesilapan yang akan membuatkan kita sedar dan tahu bahawa perkara yang kita telah buat itu adalah salah? Bertahun-tahun membuat kesilapan yang sama agak sukar untuk terus meninggalkannya. Sekali dua pasti tergelincir. Adakah kita mahu menyalahkan nasib dan takdir? Tidak. Kerana hidup ini ialah pilihan.
Cara terbaik ialah kita sendiri yang perlu 'menegur' kesilapan tersebut agar tidak diulangi lagi.
Kalau kita sendiri tidak berusaha untuk menegur kesilapan diri sendiri agak susah untuk kita berubah.
Sekian, luahan hati yang tidak dapat digambarkan dengan kata². 😅
No comments:
Post a Comment