Enam hari telah berlalu sejak Aidiladha, dan baru hari ini aku ada kesempatan untuk menulis entri baru. Akhirnya, aku dapat menarik nafas lega. Sebenarnya, ketika cuti Raya Haji yang lalu, banyak hal yang ingin aku buat, namun entah mengapa aku merasa enggan untuk menulis apa pun.
Pada akhirnya, aku menghabiskan waktu dengan menonton film dan drama seram.
Tapi, walaupun sudah terlambat aku masih mahu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua. Maaf zahir dan batin. π
Dibawah adalah antara Family photo Raya Aidiladha 2025 kami sekeluarga. Tahun ni Raya Haji semua gambar macam tak tahulah nak kata apa hahaha.
Gambar yang sekadar okaylah ada. At least bila orang tanya takde gambar Raya Haji ke? Ehh ada. Ni haah. Camera setting semua ke laut. π
Semua ambik gambar entah apa². Sibuk nak bekejar ke surau. Macam gambar tak siap terutamanya anak-anak dan suami. π
Syukur juga gambar aku dengan kakak ipar lawa sikit haha. Tidaklah rasa stress sangat. Lagipun kita memang ratu bergambar dalam rumah .
Tengok gambar anak-anak aku. Macam ni lah. π
Gambar kami tiga beranak suami aku ambikkan. Tak tahu nak.ketawa ke nak nangis. Tak ada jiwa betul. Suka tak suka kena redho awak huhuhu. Lagi parah kalau dia tidak mahu bekerjasama. π
π€£
No comments:
Post a Comment