Showing posts with label Projek Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Projek Ramadhan. Show all posts

Sunday, January 26, 2025

Projek Ramadhan 2025


Gambar semasa Potluck Kasih Sayang
Pada 01 Januari 2025

Selama aku dah terlibat dengan kawan² untuk buat kerja amal dan menyantuni anak² yatim tak pernah aku buat projek amal pada bulan Ramadhan. 

Tahun ini kali pertama kita akan buat Projek Ramadhan (Projek Komuniti Kita) dengan menaja sahur untuk golongan asnaf, jalanan, pusat transit dan rentan selama sebulan. 

Jangan memandang rendah. Ramai yang asnaf atau jalanan ini berpuasa. Ramai yang mengadu untuk sahur mereka makan makanan yang dah basi. Jangan skeptikal. Kita yang memandang rendah ni belum tentu masuk syurga.

Kita faham kenapa makanan tu basi. Jangan salahkan yang memberi. Ramai yang masak untuk bulan puasa seawal 12 tengahari. Ada yang memberi makanan Percuma untuk berbuka.

Potluck Kasih Sayang
01 Januari 2025

Perlu kita ketahui, asnaf dan jalanan ni mana ada kemudahan seperti peti ais atau microwave. Tinggal cuma di bilik sewa kecik dengan bayaran harian. Jadi, untuk sahur memang sah makanan tu basi. Kecuali kuih muih seperti donut, cekodok dan yang seangkatan dengannya.

Jadi, sebab itu kita buka 1000 SET KOMBO TEH MORINGA + SAFFRON untuk kita menampung perbelanjaan pada bulan puasa nanti. 
Kita dah mula buka Set Kombo beberapa hari yang lepas dan Alhamdulillah terima kasih atas sambutan. Kita masih ada berbaki 30 Hari lagi sebelum Ramadhan 2025. Terima kasih atas sokongan semua. Doakan semoga Projek Ramadhan pertama kami ini berjaya. ❤

Saturday, July 4, 2015

Projek Ramadhan 2015

Assalammualaikum Salam Nuzul Quran dan Salam Satu Malaya... Tidak dinafikan saya amat sibuk bulan Ramadhan tahun ini. Antara yang paling sibuk. Sibuk baking, sibuk melayan anak-anak, sibuk menjadi isteri, sibuk menjadi driver tetap tak bergaji dan sibuk menjadi surirumah. Cuba untuk menjadi yang terbaik untuk semua. Walaupun hanya bekerja dari rumah. Masa itu terhad. Kebetulan tempoh hari salah seorang dari agen kami mendapat mesej dari seorang Fan Fezrul Khan di mana mereka mencari sponsorship gift untuk Majlis Berbuka Puasa Bersama anak-anak yatim pada tarikh hari ini. Hati begitu berat dek kerana order yang melambak. Ditambah pula stok cookies Syawal pun harus disediakan. Boleh ke? Lama juga ambil masa untuk berfikir. Tetapi bila meletakkan situasi anak-anak yatim itu kepada situasi anak sendiri rasa serba salah juga. Ibu bapa tiada, hanya harapkan insan yang prihatin. Rasa macam ohh sedihnya... Saya berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan saya. Dan Alhamdulillah 100 packs mini gift dapat disiapkan walaupun tanpa pekerja. Allah telah mudahkan segala urusan saya.



Jadi siap sudah malam tadi. Hanya menanti tuan punya majlis untuk datang collect. Semoga dengan pemberian yang tak seberapa ini dapat menggembirakan hati anak-anak yatim itu...