Wednesday, September 16, 2026

Mammogram Kali Kedua

Last aku buat mammogram tiga tahun lepas. Aku buat pun sebab tiba-tiba rasa sakit sebelah kanan. Jadi, aku terus pergi LPPKN buat pemeriksaan dan nurse kata memang ada biji. Terus nurse buat surat untuk buat mammogram di Pantai Hospital Pandan Indah (dulu dkenali sebagai Hospital Pantai Indah). 

Untuk kos mammogram memang percuma. Subsidized by gomen. Tapi, dengan syarat korang kena pergi LPPKN dulu. Macam aku, lepas buat mammogram aku buat ultrasound. Ultrasound kena bayar sendiri. Lepas buat ultrasound aku pergi sendiri ke Pathlab Pandan Indah untuk buat blood test untuk "breast cancer". Alhamdulillah semuanya okay.

Dan dari dua minggu lepas, tiba-tiba rasa sakit balik di cik b bahagian kanan tapi tempat lain. Membengkak la juga sampai aku rasa berdebar-debar takut. Nak pergi buat mammogram time tu tak boleh. Kena tunggu at least tujuh hari lepas haid. 

Aku pergi Klinik Nur Sejahtera, Ampang 8 September hari tu. Hari Selasa hehe. Just walk in sahaja. Patutnya kena buat appointment. Tapi aku pergi pukul 12 tengahari. Kebetulan masa aku sampai orang dah tak ramai. Aku pun tak tahu kenapa aku tak call buat appointment hahaha. Aku cakap kat nurse, "takpelah saya boleh datang esok..." Tapi nurses kata takpe tak ramai orang dorang okay je boleh layan haha. Terima kasih nurse Klinik Nur Sejahtera, Ampang. 

Cumanya masa tu depa tak boleh buat "breast check" sebab masa tu kebetulan ada doktor. Bilik yang tempat dorang selalu guna untuk buat check-up tu doktor guna, jadi dorang terus buat surat je untuk aku bawa ke hospital. Kemudian kena bayar RM10.00.

Tiga tahun lepas kalau sekali dengan breast checkup kena bayar RM15.00. Sekarang kalau tak silap haritu aku baca rate baru RM25.00. Tak pasti sebab aku haritu tak ada breast check-up jadi kena bayar RM10 je.

Sampai kat hospital terus je buat mammogram. Dah tiga tahun berlalu aku lupa dah rasa sakit bila buat mammogram hahahaha. Serius memang sakit. 😂

Masa buat mammo bahagian kanan tak sakit sangat, tapi bila buat bahagian kiri rasa nak menitik air mata hahahaha. Tapi tarik nafas dan tahan je. Nak buat macam mana kan. Kemudian aku nak buat ultrasound, tapi doktor perempuan dah tak ada. Jadi, aku postponed the next day. Sebab doktor perempuan ada pagi je.

So, aku datang esoknya buat ultrasound. 

Rupa-rupanya, ada empat lump di bahagian kanan, Tiga yang sakit saiz 1.32cm. Tahun ni muncul lmp baru bersaiz 1.48cm yang sakit. Yang lain-lain tu masih kecil lagi. 

Bahagian kiri ada tiga lump. Ada satu yang besar saiz 3cm tapi, tak rasa sakit sebab di bahagian belakang. Patutlah masa buat mammo haritu sebelah kiri cik b aku rasa sakit gila bila kena kepit wakakaka. Rupanya ada seketul lump yang besar.

Aku pun terkejut. Banyak kot lumps aku ada. Alhamdulillah, doktor kata tak ada apa-apa yang suspicious tentang ''lump'' yang aku kata sakit. Mungkin sakit sebab lump tu di bahagian depan. Itu yang terasa.

Overall aku punya results ialah "BIRADS 2" ("Bilateral benign breast cysts (BIRADS II). Continue routine follow up.").

Maksud BIRADS tu adalah Jinak - Selamat (dan bukan kanser). 

Lepas dapat keputusan, aku terus hantar keputusan kepada Klinik Nur Sejahtera yang aku pergi. Hantar guna whatsapp je. Nurse call aku dan bagitahu yang aku tak perlu pun untuk dirujuk ke hospital sebab dia kata tak merbahaya. Tiada rawatan susulan yang diperlukan. Tak perlu nak buat biopsi, tak perlu buang, tak perlu aspirasi unless kalau sakit sangat. Cuma kena buat follow-up rutin sahaja.

Untuk aku punya kes, dua tahun setengah baru boleh datang balik melainkan kalau sakit. 

Apa yang nurse cakap aku punya lumps adalah dari bengkak susu. Anak aku Hanif dan Hadif dua² aku bf. Selalu kena bengkak susu especially time dalam pantang. Sebab baby masa tu kan kecik lagi. Banyak mana sangat dorang minum kan. Siapa yang pernah kena bengkak susu tahulah macam mana rasa. Boleh menangis dan demam dibuatnya. Keras macam batu. Kalau time mengeras tu bila dipam lagi sakit. Jangan bayangkan. Aku pun rasa perit dan ngilu bila ingat balik huhu. 

Kali ini aku tak buat, blood test untuk cancer (cancer-marker).Tiga tahun lepas aku buat. Kalau ikutkan buat mammogram dan ultrasound pun dah lebih dari cukup dah. Tapi kalau ada kemampuan tak ada masalah. Cumanya, tak ada beri perbezaan pun. Jadi kalau result mammogram dan ultrasound okay, InsyaAllah okay. Ultrasound kena buat. Penting. At least masa doktor scan tu kita boleh nampak biji² (lumps) tu di mana. 

No comments:

Post a Comment