Showing posts with label My Baking Story. Show all posts
Showing posts with label My Baking Story. Show all posts

Monday, May 30, 2022

ECHTE BOTER BUTTER

Salah satu butter kegemaran baru ada stok. Bayangkan dari bulan January tau menanti stok butter ni tak sampai². Ni pun baru sampai semalam.


Barang baek memang selalu jadi rebutan. 😆


Butter ni kalau buat brownies dan cake memang sedap. Dia punya butter tu memang terasa. Kek pun rasa lebih berlemak. Even buat biskut pun sedap. Inilah butter yang selalu kita guna untuk buat biskut selain dari Lurpak. 


Apa beza dengan Lurpak? Takde beza banyak kecuali Echte Boter ni dalam kategori Organic Butter. Dan premium Lactic Butter. Atau bahasa lainnya European style butter. Bukan American Butter. European butter ni kebiasaannya mengandungi kandungan lemak susu up to 82%. Biasa kita guna Lurpak untuk biskut dan Echte Boter untuk cookies. 


Dan untuk yang request brownies atau congo bars organic kita akan guna Echte Boter juga.


Kalau nak buat kek lapis nak sama level sedap macam Golden Churn boleh gantikan dengan Echte Boter ni. Golden Churn kan mahal. 


Ada banyak jenis butter yang ada dipasaran. Bukan setakat Lurpak, SCS, Golden Churn, Anchor, Tatura, Emborg, Lescure Butter dan President. Ini antara yang famous. 


Banyak lagi brand butter lain yang sedap. 


Sebagai baker kita memang dah cuba semua jenis butter. Dari yang semahal mahal butter dalam tin sampailah ke butter yang sederhana mahal. Jadi awak memang tak boleh tipu kita dalam bab² testing dan rasa kuih kuih ni. Dan yang pelik tekak aku sekarang memang tak boleh telan biskut selain dari pure butter. 


Makan je kat hidung tu boleh terasa marjerin. Tak pun masin. Takde rasa lemak langsung. Marjerin ni ada satu after taste yang tertinggal kat lidah walaupun ko dah telan biskut tu habis. Begitulah cerewetnya tekak mak.


Yang jual kuih² sampai RM20 sebekas tu memang kompom tak guna butter. Nak sorok rasa marjerin ni senang je. Lebihkan gula. Kalau biskut coklat cip. Lebih kan cekelat cip dia. Boleh kabur la rasa marjerin tu. Tapii, kalau orang yang biasa bergelumang dengan butter boleh beza rasanya.


Nantilah key kalau rajin dan ada masa aku cerita tentang perihal butter ni. Masih ramai yang tak tahu beza butter dan marjerin. 


Kalau pandai sah sah bila biskut tu sedap dan harga pun mahal korang takkan kata kami baker ni letak harga Yahudi. 😆


#EchteBoter

#purebutter

Sunday, May 22, 2022

ARLA BUTTER DI KEDAI BAKERI

Assalamualaikum uols,

Hari ini adalah hari yang penuh dan padat dengan jemputan open house. Disebabkan kerja yang memanggil (walaupun dah declare tempoh hari yang kami cuti) tetap kena menunaikan tanggungjawab gituuu. Jadinya, tak dapat nak join rumah terbuka sana sini.

Seperti biasa, bila dah curi opkos banyak bahan² mentah yang habis. Nak tak nak, suka tak suka kena pergi juga beli barang topup stok. Butter nang licin habis. Begitu juga gula. Tepung adalah sekotak.

Sebagai seorang pem"baker" kental dan setia sah sah aku ni supporter tegar Bake With Yen. 😂

Kemana lagi aku nak sopink kan.

Okay. Misi datang BWY kali ni nak berdiri depan chiller dia dan decide nak beli butter apa hahahaha. Rasa bosan dengan Lurpak nak try butter lain. Sebenarnya, aku mencari Echte Boter. Butter yang best pada aku. Tapi dah berbulan Sold Out kat BWY.

Bila ternampak ARLA BUTTER aku pun syok. Bukan senang nak jumpa Arla Butter di kedai bakeri. Korang tengok rega Arla Butter kat supermarket macam mana kan. Sama level dengan Anchor dan Lurpak. Aku pernah try butter ni sebab kat Giant Pandan Indah masa tu ada PROMO penghabisan stok.

Bayangkan masa tu harga Arla Butter ni RM3.30 per 250gm. 100 block dihangkut bawak balik rumah. Habis lah kat rak chiller tu. Kalau barang murah bila membeli selagi rak tu tak licin bukan Siti namanya. Suami sendiri pun sudah sedia maklum perangai tak senonoh ini. 😅

Arla Butter satu company dengan Lurpak iaitu dibawah Arla Foods. Diperbuat dari krim tulen dan sudah semestinya dari lembu bukan dari kambing. Butter ni mudah mencair. Sama macam butter Lurpak. Dah mak ayah pun sama kan hehehe. Bau dia wangi bau susu sama macam Lurpak. Letak seharian kat kuar boleh basi dan bau masam. Kalau untuk sapu kat roti janganlaa letak kat luar lama sangat. Untuk baking bila dah adun tepung tu terus buat. Jangan biar sampai berbau masam. Tak habis buat adunan tersebut simpan dalam freezer.

Ada juga sesetengah butter walaupun buat dari cream tak kuat bau susu. Salah satunya butter  Carnapole. Tapi bila buat kuih tu adalah rasa creamy nya.

Orang yang tak biasa bermain dengan butter memang takut nak cuba butter lain selain dari yang pernah mereka makan.

Tapi, jangan risau selagi namanya butter, lemak tinggi, kalori tinggi itu kira mentega asli. Masa aku mula² belajar nak kenal butter mana yang okay aku banyak membaca food labelling bahagian Nutrition Facts.

Okay. Harga untuk Arla Butter di BWY adalah RM9.50 per block (250gm). Kat pasaraya harga dia boleh tercekik nak bayar. Yang ni pun dah tersedak sedak.

Yang Golden Churn tu untuk makan sendiri. Bukan untuk buat kuih. Guna untuk buat kuih pengsan laa tokey macam ni. Mau dapat title Yahudi tu sampai matey. Kalau korang nak buat kuih untuk makan sendiri boleh beli Golden Churn. Silap haribulan kuih tu awak buat, awak makan sorang. 🤭🤣🙄

#arlabutter
#goldenchurn
#szobakerstory