Showing posts with label Restoran Hamza Taman Nirwana. Show all posts
Showing posts with label Restoran Hamza Taman Nirwana. Show all posts

Friday, February 6, 2026

Makanan tengahari kegemaran di kedai mamak

Lepas buka akaun bank haritu, terus pergi makan kat dapur nombor dua kami sekeluarga. Aku memang dah tahap kebulur sebab aku last makan pun awal. Pagi pula memang aku tak sarapan. Haih susah betul nak diet sekarang ni. Syukur juga aku memang bukan jenis yang makan banyak. Kalau tidak aku rasa badan aku mesti makin montel.

Macam aku, kalau tengahari tu aku dah makan nasi, aku akan kenyang sampai ke malam. Cumanya, malam-malam tu laki aku suka ajak aku melepak kedai mamak. Aku pulak memang suka gila dengan Teh Tarik dan Teh Ais serta Neslo Ais sejak akhir-akhir ni. 


Kalau makan di Hamza, Nasi putih dengan Ayam, memang kegemaran anak-anak aku. Tambahan pulak kat sini makanan dia punya harga memang berpatutan. Macam Hanif makan ni Nasi putih, Ayam goreng, Bawang goreng dengan Kuah campur depa caj RM8.00. Kalau tak ada bawang harga dalam RM7.50 - RM8.00.


Macam aku punya menu, setiap kedai mamak aku pergi aku akan makan ikan, sebab aku selalu terkena ayam goreng yang kurang masak hahaha. Bila aku teringin aku makan juga nasi dengan ayam goreng tapi cuma di Restoran Hamza je. Kedai mamak lain tak berani.

As usual menu aku Nasi putih, Ikan tenggiri goreng, Bawang goreng dan kuah kari kambing. Biasanya depa akan caj RM11.00 atau RM12.00.

Ini aku dah minta nasi separuh. Pun aku masih tak boleh nak habiskan. Biasa laki aku akan tolong aku habiskan. Atau kalau dia order nasi aku takkan order nasi. Cukuplah aku makan nasi dia. Mintak dia tolong suapkan hahaha.

So, kalau korang lalu area Ampang, Kampung Pandan, Taman Nirwana, silalah datang ke Restoran Hamza. Boleh dikatakan air yang dorang buat semua sedap. Tak menyesal. Cuma kalau kau nak minum Teh Ais, pergi Ali Food Corner je.

Saturday, May 17, 2025

Makan di Restoran Hamza Nasi Kandar, Taman Nirwana

Lepas anak-anak dan suami makan, aku pun bersiap-siap nak ke office. Baju pun tak basuh hari ini sebab semua aku dah habis cuci semalam. Hmmm...efficient jugak aku minggu ni. Biasanya, Sabtu Ahad baju kami anak-beranak banyak kena cuci.

Sebelum ke office, aku singgah makan kat Hamza. Hamza ni kira dapur nombor dua aku. Kalau aku malas nak masak je aku akan bawak anak-anak makan kat sini atau aku tapau je hehe. 


Aku suka makan kat sini sebab yang utamanya, Hamza ni ada tempat makan yang berhawa dingin hehe. Aku memang sukaaaaa tempat-tempat sejuk begini. Dan memang aku suka lepak kat sini lama-lama. Dulu pun aku suka buat kerja kat sini sambil buka laptop. Buat konten pun kat sini.

Yang keduanya, sebab makanan dan air dia pun tidaklah terlalu mahal. Kira okaylah untuk rate dikawasan taman - taman perumahan yang berdekatan. Nak mahal mana pun kan. Lainlah kedai mamak tu kat sebelah KLCC hahaha.


Yang ketiga, sebab Restoran Hamza ni bersih. Meja bersih, lantai bersih. Semua bersih. Dan sangat sesuai untuk kita bawa keluarga ramai-ramai datang makan di sini. Aku punya kekerapan datang kat sini sampai pekerja kaunter dia dan yang ambil order pun tahu apa aku nak makan setiap hari.

Dah kenyang kena ikut juga meneman aku

Untuk aku apa yang sedap kat sini ialah air dia. Aku suka Teh Tarik dia. Kaw dan tak terlalu manis. Milo ais pun sedap. Nescafe tarik dan kopi tarik pun sedap. Macam Hanif dan Hadif kedua-duanya suka Limau Ais dan Lemon Ais. Untuk Teh Ais aku dah pernah try tak sesedap Ali Food Corner Cheras Indah punya. Tapi kalau nak try boleh je. Hamza ni kekadang satu je, ada kekadang Teh Tarik dia tak berapa sedap sangat. Yelah mungkin orang lain yang buat. Setakat ni, adalah dua kali aku terkena Teh Tarik dia yang agak kurenggg sikit rasanya. Tidaklah kerap sangat.

Paper Tosai Tiada Gula

Menu makanan yang aku suka ialah Paper Tosai dia cicah dengan Kuah Kambing. Aku dah pergi banyak kedai mamak lain aku rasa Paper Tosai Hamza paling cun ditekak aku. Even kuah kari kambing dia pun lebih sedap dari kedai - kedai mamak lain yang aku pernah pergi. Aku selalu je terkena kuah kari yang tak berapa nak masak. Terasa rempah kari mentah huhu. 

Selain dari Paper Tosai dia, aku suka makan nasi kat sini. Biasa kalau aku makan nasi aku punya lauk ialah ikan tenggiri goreng dengan kuah kari kambing. Anak-anak aku kalau makan nasi kat sini, Hadif punya lauk ialah ayam, bawang dengan kuah kari kambing. Yang Hanif punya kuah biasanya kuah campur. Serious sedap. Kalau anak-anak aku ambik nasi putih, ayam dengan kuah semuanya RM7.00. Kira okaylah kan. Aku punya sebab ikan tenggiri akan jadi mahal sikit dalam RM9.00 - RM10.00 ikut saiz ikan. 

Dan bila makan kat sini kau tak payah nak makan malam dah. Boleh kenyang satu hari. Lagi satu, pada waktu malam mereka ada serve Western Food. Harga pun dalam kategori okay. Goreng-goreng, tom yam, sayur goreng etc semua pun ada.

Telur Tiga Suka Masak

Untuk telur, mana-mana kedai mamak aku pergi, aku akan minta telur tiga setengah masak walaupun aku nak makan telur setengah masak. Sebabnya, kalau kita minta telur setengah masak, telur tu akan jadi suku masak je. Selalu je terkena. Bila minta tiga suku masak barulah kau akan dapat telur yang setengah masak hehe...faham tak apa aku cuba terangkan ni? 😅

Kalau korang nak datang sini boleh guna Waze. Search "Restoran Hamza Taman Nirwana" pun okay dah. Untuk pengetahuan korang Restoran Hamza ni adalah sama dengan Restoran Ameer Ehsan. Kira satu company. Aku tak pernah makan lagi kat Ameer Ehsan even Ameer Ehsan ada satu cawangan di Desa Pandan. Aku tak suka sangat vibe Ameer Ehsan Desa Pandan. Tepi jalan besar, terlalu sibuk dan sempit.

Tapi, ramai tau kat Ameer Ehsan Desa Pandan, malam paling ramai. Kalau korang jenis suka vibe malam lepak tepi jalan besar dengan kereta lalu lalang okay je. Macam aku suka tempat yang ada aircond dan sejuk. 😆