Showing posts with label Tutorial Blog. Show all posts
Showing posts with label Tutorial Blog. Show all posts

Thursday, September 24, 2020

CARA-CARA SENANG NAK SIMPAN FAIL DALAM KOMPUTER SUPAYA MUDAH INGAT



Sejak masuk umur 30-an bila nak save file dalam komputer tak boleh nak guna short form atau nama pelik pelik. Memang susah nak ingat. 

Bila nak masuk 40-an dia jadi lagi teruk hahaha. Jadinya aku buat apa? Kalau personal file aku akan buat satu folder untuk personal jadi semua nota dan kelas, copywriting akan ada dalam folder tu. 

Nota e book dalam file e book. Kalau contoh nak save file pun tak boleh nak guna CW. Mesti nak tulis penuh COPYWRITING. Supaya mudah nak cari akan datang. 

Maklumlah Vitamin L tu banyak sangat. Terlalu mujarab. 🤣 

Dulu mader pernah tulis ebook tapi macam tak habis. Dah save file tu tapi sekarang bila nak cari tak jumpa. 😅 

Kalau untuk produk Sugarmello aku akan save as Sugarmello lepas tu gambar akan jadi sugarmello1, sugarmello2, sugarmello3. 

Kalau produk Elzha pulak aku akan buat benda yang sama elzha1, elzha2, elzha3 dan seterusnya. 

Gambar banyak sangat sampai bila nak cari dalam folder download tu pun tak sanggup. So bila nak download cuma seacrh keywords je. Kalau taip Elzha maka akan keluar berderet-deret gambar elzha1, elzha2, elzha3, elzha4 dan seterusnya haha. Mudah kannn.

Cara ni sangat berkesan untuk mak yang pelupa ni. 😂 

Faktor usia sungguh kan. Korang yang ada penyakit L boleh guna cara ni hihihi.... Mana tau kot kot berkesan.

Monday, December 31, 2012

"Google Code Subversion Repository"

Tension beb, bila bukak blog. Tetiba je keluar macam ni:


Mana taknya, sebab bila asyik keluar je orang pun akan malas nak visit blog & automatically traffic akan drop. Dah la tukar domain, pastu ada pulak macam ni memang tak de sape nak datang jenguk. Orang malas nak "click2".

Alhamdulillah cari punya cari, godek punya godek barulah
tahu sebab apa jadi begitu. Rupanya saya ada add RECENT COMMENT gadget. The problem is coding kat situ dah rosak aka ada error. Tu yang menyebabkan asyik keluar je benda alah tu. Ingat saya seorang je yang kena. Rupa-rupanya semua visitor yang datang menjengah ke blog ni akan face the same thing.

Bahaya tau sebab nanti orang tak nak datang dah blog kita sebab mesti depa kata ada virus huhuhu...

How to solve is, saya just delete je gadget RECENT COMMENT tu tadi. Alhamdulillah semua dah ok.

;)


Friday, January 13, 2012

Blogwalking Salah Satu Cara Tingkat Trafik Blog

Kalau nak translate ke Bahasa Melayu, bunyinya macam kelakar sikit sebab maksudnya "blog berjalan" heheh. Tapi kepada sesiapa yang terlibat dalam dunia blogging ini, haruslah tahu apa yang dimaksudkan dengan "Blogwalking".


Blogwalking is one of a good way untuk meningkatkan trafik blog terutamanya bagi yang baru berjinak-jinak dalam dunia blogger ni. Ini penting kerana sambil melawat blog orang lain kita juga boleh mempromosikan blog kita dengan meninggalkan komen di chatbox yang terdapat di dalam blog tersebut. Kalau tak ada chatbox tak apa. Boleh tinggalkan komen di bawah post entry. Dengan itu, tuan punya blog akan melawat blog kita begitu juga pembaca blog lain.

Bagi saya, orang yang blogwalking ini adalah orang yang amat bagus dan rajin. Selain dari mempromosikan blog sendiri, kita juga boleh mendapat pengetahuan dari bloggers lain. Kebanyakan bloggers ni memang up to date. Secara jujurnya, sungguh saya prefer baca blog dari suratkhabar.

Walaupun saya blogger, saya bukanlah di kalangan orang yang rajin blogwalking. Ini kerana masa yang ada memang tidak mencukupi. Update blog pun kadang-kadang terkucil hehehe. Saya bukannya bekerja di pejabat yang duduk depan komputer ataupun pegang iPhone je 24hrs. Masa saya memang emas. Mungkin bagi korang Isnin-Jumaat itu terlalu lama akan tetapi, bagi saya ia sungguh cepat. Walau bagaimanapun, saya sayang blog saya...

Kepada bloggers yang baru, saya memang galakkan untuk membuat aktiviti blogwalking. InsyaAllah kalau rajin selalu, korang boleh jadi blog otai dengan sekelip mata sahaja

=))

Monday, November 28, 2011

Nama Website Untuk Download Template Blog Untuk Blogspot

Mungkin anda sudah bosan dengan template blog yang sedia ada dan mencari kepelbagaian dalam design blog. Anda boleh dapat banyak template dengan percuma mengikut kesuaian blog dengan mendownload template tersebut dalam format .xml (jika anda download file dalam bentuk zip/rar, pastikan anda extract dahulu file tersebut.).

Anda boleh dapatkan template blog secara percuma di website seperti yang terdapat di bawah:-










Thursday, November 24, 2011

Letak Facebook Share Button Dalam Blog


Button share dalam blog berfungsi untuk  memudahkan para pengunjung sesebuah blog berkongsi apa yang mereka suka dengan rakan-rakan Facebook yang lain.

Anda boleh lihat penggunaan Facebook Share Button di blog ini dan boleh tolong klik 'Share' sekali :p.

Anda boleh ikut tutorial di bawah untuk meletakkannya di blog anda.

Jom kita mula:

1. Pilih jenis facebook share button yang anda kehendaki, kemudian copy code yang diberi.


Coding untuk Full:
<div style="float:right;padding:4px;">
<a expr:share_url='data:post.url' name='fb_share' rel='nofollow' type='box_count'/> 
<script type="text/javascript" src="http://static.ak.fbcdn.net/connect.php/js/FB.Share"/>
</div>

Coding Untuk Compact:
<div style="float:right;padding:4px;">
<a expr:share_url='data:post.url' name='fb_share' rel='nofollow' type='button_count'/> 
<script type="text/javascript" src="http://static.ak.fbcdn.net/connect.php/js/FB.Share"/>
</div>

2. Login akaun blogger ANDA, Klik Dashboard > design > Edit HTML > Expand Widget Templates (Jangan lupa backup template)

3. Menggunakan fungsi find (ctrl + F), cari kod ini.

<div class='post-header-line-1'/> 

jika tidak jumpa, cari kod ini.

<div class='post-header-line-1'> 

4. Selepas itu paste Coding share button di bawah kod di atas.

5. Jangan lupa preview hasil kerja anda, kalau sudah ok anda boleh SAVE dan siappp.

6. Selamat mencuba ;)


Tuesday, November 22, 2011

Tutorial Letak Tweet Button Di Setiap Post


Okey, sekarang ni kita try lak Tutorial ni yang mana Tweet Button boleh diletak di setiap entri atau post yang anda buat. Kalau anda ikut langkah demi langkah InsyaAllah akan menjadi. Jom kita mula:-

(1) Pergi ke Dashboard > Design > Edit HTML

(2) Sila Back Up template anda

(3) Klik Expand Widget

(4) Kemudia tekan (Ctrl + F)

(5) Dan taip atau copy code ini :- <data:post.body/>

(6) Copy code di bawah dan letakkan di bawah kod di atas.

<!-- Twitter tweet button Start -->
<b:if cond='data:blog.pageType != &quot;static_page&quot;'>
<div style='text-align:left;padding:5px 5px 5px 0;'>
<a class='twitter-share-button' data-count='vertical' expr:data-text='data:post.title' expr:data-url='data:post.url' data-via='@syzulaikha' data-related='' href='http://twitter.com/share'>Tweet</a>
<script src='http://platform.twitter.com/widgets.js' type='text/javascript'></script>
</div>
</b:if>
<!-- Twitter tweet button End -->

(6) Untuk Button Configuration
Pilih butang yang disukai dan ikuti langkah-langkah untuk menukar sesetengah coding di bawah:-

Button typeAttributeValue
               Twitter tweet with counterdata-countvertical
          tweet counter on sidehorizontal
              tweet stand alonenone
Follow recommendation 1
data-viaYour Twitter username 
Follow recommendation 2
data-relatedSecond Twitter username

(7) Ketika Preview anda boleh melihat Tweet Button anda di sebelah kiri. Anda boleh menukar kedudukan Tweet Button mengikut kesukaan anda.

(8) Untuk kedudukan sebelah kanan, tukar 'text-align:left kepada 'text-align:right

(9) Untuk kod static di page anda boleh buang kod yang berwarna merah di line 2 dan 11

(10) Untuk butang tweet yang hanya dipaparkan di page entry, gantikan kod di line 2 (warna merah), dengan kod <b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'> dan delete kod expr:data-text='data:post.title' di line 4.

Preview dulu hasil kerja anda.

Sekiranya sudah ok anda boleh Save

Selamat Mencuba (",)

Tutorial Cara Nak Buat Blog Untuk Blogspot


Sebenarnya untuk membuat blog dengan menggunakan blogspot bukanlah sesusah yang disangka. Hanya dengan beberapa langkah asas sahaja anda sudah bergelar blogger.

Sebelum mendaftar untuk akaun blogspot, pertama sekali anda haruslah mempunyai akaun google. Akaun lain? Boleh, tak ada masalah tetapi kalau ada akaun google ia akan jadi lebih mudah kerana blogger.com merupakan produk dari google.

Sekiranya anda sudah mempunyai akaun google sila sila sign in dulu di SINI dan jika belum mempunyai akaun google anda boleh klik di sini untuk sign up.

1. Buka link www.blogger.com

2. Apabila paparan sudah keluar, klik pada 'CREATE A BLOG'



3. Masukkan maklumat yang dikehendaki. Untuk "E-mail Address" (sila masukkan e-mail akaun google anda). Selepas semua maklumat diisi sila klik "CONTINUE"


4. Kemudian masukkan blogname dan blog address
• Blog name lebih merujuk kepada trademark sesebuah blog (Contoh: Siti Zulaikha)
• Blog address adalah digunakan oleh pengunjung untuk membuka blog anda. Blog address antara perkara paling penting bagi sesebuah blog (Contoh: www.aleyanazuriq.com)


5. Pilih template yang sesuai dengan anda, kemudian klik 'CONTINUE'


6. Okey siap. Anda sudah mempunyai blog sendiri dan bolehlah mula menaip entri-entri anda.