Semalam, Hari Malaysia.
Macam biasa masuk ofis. Team lain cuti, tapi kita yang buat live mana ada cuti. Lagipun kalau nak duduk rumah pun buat apa. Bukannya boleh pergi mana-mana pun.
Aku nak balik rumah mak aku pun alang-alang. Duduk rumah kerja aku adalah. Lipat kain hahaha. Kerja paling malas aku nak buat kat dunia ni.
Dah sampai ofis kawan aku pulak kata dia tak berapa sihat untuk buat live sebab batuk dan mengantuk. Jadi, okaylah takpe. Nak cancel live nak balik awal. Sebelum balik tu kawan aku ajak pergi cari pastry nak kopi kopi.
Kita orang pergi KL East Mall, ingat nak lepak Kenny Hills Bakers. Parking pulak penuh. So, patah balik ke Melawati, masuk Melawati Mall. Lepak Lapisan Patisserie. Kira first time aku masuk.
Banyak juga pilihan pastries dia. Ada juga kek. Rate harga standard. Tak boleh nak kata mahal. Tak boleh nak kata murah. Kalau boleh bayar lagi maksudnya kira okaylah. Sekali sekala kan. Lagipun semalam kawan aku yang belanja hihi.
Nak kata tahap kesedapan kek itu aku tak tahu. Sebab aku tak makan kek dia. Kawan aku pernah makan Mango Cake. Dia kata sedap. Apa yang aku makan semua ada dalam gambar. Untuk Almond Croissant aku rasa setakat ni, banyak tempat aku dah pergi tetap KHB juga sedap.
Chocolate Baton pun okay. Biasa sahaja. Tapi boleh makan.
Nak kata sedap tu tidak. Untuk akula.
Kek Lapisan yang Tiramisu dan Red Velvet aku rasa menarik. Macam sedap. Tapi aku tak rasa. Aku sekarang dah kurang makan kek. Dah dua hari aku makan kek. Itu pun tak habis. Tekak sekarang lebih kepada pastries. ๐
Yang bulat tu Apple apa entah. Tak ingat nama. Rasa okay. Aku makan sikit. Yang Pan Au Chocolate dan Strawberry Pastry aku tak rasa. Tapi aku pasti Pan Au Chocolate memang KHB lebih sedap hahaha.
Teh ni untuk tenangkan diri. Tapi aku tak tenang pun. Rasa macam Teh Jamu. Tak habis aku minum. ๐
Rate keseluruhan aku tak boleh bagi sebab aku tak rasa semua. Tak adil untuk Lapisan. Tapi kalau nak datang sini untuk makan Pastries aku rasa tak kot untuk rasa dan harga. Lebih baik pergi KHB.
Maybe next time aku datang untuk rasa coffee dia. Dan order Almond Croissant je.
Kalau untuk saja beli makan roti dan pastries beli sahaja di Komugi. ๐
No comments:
Post a Comment