Showing posts with label Jurnal Insurans. Show all posts
Showing posts with label Jurnal Insurans. Show all posts

Monday, October 12, 2015

Kenapa perlu ada insurans

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

Sebelum ni ada entri yang berkaitan tapi dah lupa letak as label apa huhu...

Minggu lepas, anak buah saya dikejarkan ke KPJ Bukit Mertajam Penang. Pak cik dengan mak dia kalut sebab insurans takaful atas nama ayah dia which is adik saya. Malam sebelum tu hand phone adik saya hilang. Yang kelakarnya hilang lepas dia call saya hahaha... Orang lalai. Sibuk fikir pasal kereta dia hentam orang. Nak pergi balai polis. Lepas call kakak dia ni, dia boleh letak hand phone atas kereta. Lepas tu start kereta terus jalan. Bijak kan. Tak boleh marah kan sesiapa melainkan memarahi diri sendiri atas kebodohan diri ahahaha...

Esoknya tu anak dia masuk hospital disebabkan asma. Terpaksa pak cik dia mesej adik yang bongsu tu.

Prudential punya prosedur kalau kita nak masuk hospital kena tunggu initial GL (gurantee letter) di mana Prudential akan hantar SMS ke nombor telefon agen atau pemegang polisi. Disebabkan saya bukan agen Prudential lagi jadi saya tak dapat mesej tersebut. Jadi saya pun dah kelam kabut nak buat apa sebab nak call customer service mana boleh dah bukan agen kan. Macam mana nak check.

Tanpa membuang masa saya terus call kawan yang masih lagi dengan Prudential. Minta pendapat samada dia boleh tolong atau kena call ex-boss. Dia kata try je call PBTB (Prudential BSN Takaful Berhad) dulu dan inform yang saya ni ex-agen Pru nak check status GL ex-client.

Saya pun terus call HAS. HAS ni hotline yang memang khas untuk kes-kes yang berkaitan dengan admission ke hospital panel. Saya inform telefonis tu yang saya ex agen Prudential then nak check status Initial GL client. Alhamdulillah... Boleh. Rupanya KPJ belum lagi hantar fax ke Prudential berkenaan dengan admission tu. Tapi anak buah den yang comel tu dah masuk wad. Risau gak kalau GL tak approve naya nak kena bayar bil. Alhamdulillah esoknya abang ipar adik saya inform KPJ kata Initial GL dah approve. 4 hari juga tidur di wad kena nebulized. Kesian...

Bila Initial GL dah approve final GL InsyaAllah takkan ada masalah.

Hari adik saya call dan cakap "syukurlah dorang (anak-anak) ada insurans kak... Kalau tak tu nak kena bayar bila RM4000.00 mana aku ada duit..."

Saya kata "kau jangan cancel insurans tu. Bayar je bukannya banyak pun sebulan RM120.00 je. Dua orang RM240.00. Sayang tau. Sekarang ni pun polisi minimum sebulan untuk anak RM150.00...."

"Pasal kakak kau ni agen dulu lah dapat sebulan RM120..." - ok yang ni tipu Hehe

Lepas tu dia kata "aku nak amik jugak lah nanti..."

Dah dengar bil anak beribu dua tiga kali insurans kompeni bayar baru sibuk nak ambik. Akak kau dah tak jadi agen dah.

Abang ipar dia sendiri macam tak percaya bila dengan insurans anak buah dia cover sampai dorang besar. Siap investment lagi. Alhamdulillah...

Sebenarnya... Tak semua orang ada kesedaran begini. Semua ibu bapa mahu yang terbaik untuk anak. Nak anak selesa masuk wad. Walaupun masuk hospital tapi tetap dapat tempat selesa. Tapi berapa ramai ibu bapa yang mampu.

Saya dah bukan agen Prudential BSN Takaful dan bakal bukan agen AIA Takaful. Tapi InsyaAllah saya akan menulis entri-entri yang berkaitan dengan Takaful. Bukan tentang apa yang dilindungi oleh syarikat insurans takaful. Tapi apa faedah andai kita punya takaful...

Insurans Takaful umpama kapal. Kapal besar coveragenya besar. Kapal kecik coveragenya kecil. Ambil Takaful ikut kemampuan. Jangan amik plan besar lepas tu tak mampu dah nak bayar sebab masalah kewangan. Satu kita perlu ingat komitmen dengan Insurans Takaful ini merupakan komitmen untuk jangka masa yang lama. Jadi, ambil plan mampu milik dan boleh upgrade untuk masa akan datang...!

Wednesday, February 11, 2015

Tabung yang berlubang



Pernah tak fikir yang jumlah perlindungan insurans takaful asas kita ada sekarang cukup atau tidak? Ini tidak termasuk perlindungan tambahan seperti kemalangan atau penghospitalan. Kadang-kadang oleh kerana kita fikirkan kos kita lupa berapa jumlah atau nilai seenar jumlah insurans atau takaful minimum yang perlu disediakan kepada keluarga. Adakah kita menabung? Ya, boleh dikatakan semua pembaca blog saya ini pandai menabung kan? :)


OK...

Bayangkan tabung kita itu ada corong contoh seperti di atas yang simpan semua aset yang dah dikumpul selama kita bekerja suatu ketika dahulu kini dan pada masa akan datang. Kita kumpul harta kita sedikit demi sedikit seperti rumah, kereta, simpanan, pelaburan dan lain lain dan simpan dalam corong tersebut.

Akan tetapi satu yang kita tak sedar yang tabung kita tu ada lubang. Bukan satu tapi "DUA LUBANG" yang berfungsi sebagai tempat di mana kebocoran akan berlaku sama ada kita sedar atau tidak dan dua kebocoran ini ialah yang pertama, Keperluan tunai semasa meninggal dan yang kedua merupakan Halangan semasa hidup.

Keperluan Tunai Semasa Meninggal ialah:

1. Tabung perbelanjaan pengebumian
2. Tabung pelupusan hutang
3. Tabung keperluan kecemasan untuk waris
4. Tabung pinjaman perumahan
5. Tabung pembiayaan sewa rumah (sekiranya anda menyewa)
6. Tabung pembiayaan perbelanjaan/penjagaan anak
7. Tabung pendidikan anak

Halangan semasa hidup:

1. Pelaburan yang tidak menguntungkan
2. Inflasi
3. Cukai
4. Hilang Upaya Bekerja (ini sahaja yang dapat diinsuranskan)
5. Tabiat membelanjakan wang simpanan
6. Kekurangan disiplin

Dua kebocoran di atas merupakan antara sebab musabab yang menyebabkan tabungan kita semakin susut. Tapi sekiranya anda lihat dalam senarai halangan semasa hidup hanya Hilang Upaya Bekerja yang boleh diinsurans atau ditakafulkan.

Jadi bagaimana untuk mengekalkan wang tabungan-tabungan kita supaya kita dapat menahan kebocoran itu tadi?

Semak balik berapa Perlindungan Asas ANDA atau selalu kita dengar Basic Protection/Sum Assured yang selalu kita ada.

Berapa sepatutnya kita dilindungi.

Adakah kita under-insured atau over-insured?

Tahniah kalau anda OVER-INSURED.

Kepada yang UNDER-INSURED jangan rasa susah hati. Anda masih ada peluang. Boleh hubungi saya untuk penerangan lanjut.


CARA KIRA BASIC PROTECTION YANG DIPERLUKAN

Thursday, February 5, 2015

Insuranskan hutang anda...


Hutang adalah memberikan sesuatu barang atau manfaatnya kepada seseorang. Barang atau manfaat perlu dikembalikan dengan syarat orang yang berhutang membayar dengan jumlah yang sama. Jadi tak kira sama ada kita hidup atau meninggal dunia hutang tetap kena bayar. Bukan semua hutang terlunas begitu sahaja sekiranya kita sudah meninggal dunia. Yang menanggung beban hutang kita nanti ialah waris kita seperti suami, isteri dan anak-anak yang ditinggalkan.

Sanggup kita membiarkan hutang kita ditanggung oleh orang yang tersayang? Mungkin ya kalau kita dari keluarga yang kaya raya. Kalau kita datangnya dari keluarga yang sederhana? Bagaimana waris kita nak langsaikan hutang kita dengan pendapatan yang tak seberapa. Anak-anak pula kecik lagi. Adakah mereka juga dikelilingi hutang piutang kita? Tahukah anda seandainya suatu hari kita meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab waris untuk membayar hutang si mati.

Oleh itu, takaful ini bukan sahaja setakat untuk anda mengambil perlindungan perubatan seperti medical card. Kita juga boleh mengambil pelan takaful untuk melindungi liabiliti kita seperti hutang rumah, hutang bank, hutang kereta dan bermacam-macam jenis hutang. Kirakan berapa jumlah nilai hutang kita. Contoh seandainya kita mempunyai liabiliti sebanyak RM1juta jadi kita haruslah mengambil perlindungan takaful dengan nilai RM1juta untuk melindungi liabiliti kita pada masa akan datang. Sekiranya terjadi apa-apa seperti cacat kekal atau kematian terhadap kita, waris kita tak perlu menadah tangan untuk melangsaikan hutang piutang kita. Ini kerana dengan adanya perlindungan takaful waris kita akan mendapat sejumlah wang pampasan dan wang itu akan digunakan untuk menyelesaikan hutang kita yang tidak dapat kita langsaikan itu tadi.

HUTANG WAJIB BAYAR WALAUPUN TIDAK DITUNTUT...


Wednesday, February 4, 2015

Langkah pertama untuk jadi usahawan Takaful


Ramai anda di luar sana ingin menjadi agen-agen Takaful atau menjadi konsultan Takaful. Tapi bila nak jadi agen Takaful je terus blurr sebab anda tak tahu apa yang perlu anda buat untuk melayakkan diri anda menjadi seorang agen Takaful yang bertauliah. Jadi di sini saya akan menerangkan serba sedikit tentang apa yang perlu anda lakukan sebelum menjadi agen Takaful yang bertauliah.

Yang pertama...apa yang harus anda buat ialah berjumpa dengan saya hehehe... Ye lah macam mana nak jadi agen kalau tak jumpa dengan agen betul tak? Saya akan memberi tunjuk ajar dan berkongsi dengan anda apa yang perlu dilakukan.

Yang kedua...

Anda perlu menduduki peperiksaan Takaful yang dikenali sebagai Takaful Basic Examination (TBE). Ini merupakan langkah yang paling penting untuk sesiapa pun yang ingin berkecimpung dalam dalam industri insurans Takaful di Malaysia ini. Jadi, untuk lulus TBE anda hendaklah menjawab 55 soalan dengan betul daripada 100 soalan yang diajukan. Susah? Tak susahkan... Dapat C pun boleh jadi Agen Takaful dah.

TBE ini merupakan peperiksaan secara online dan kita akan mendapat terus keputusan peperiksaan sejurus selepas habis peperiksaan. Dulu la kan saya mengambil peperiksaan TBE ini dengan menggunakan pensel. Buat jawapan ala-ala kerta peperiksaan SPM. Dapat keputusan selepas dua minggu dari tarikh peperiksaan tu. Memang tak senang duduk menanti keputusan dua minggu tu. Ye lah kalau gagal nak kena daftar lagi. Lpas tu tunggu lagi dua minggu untuk peperiksaan lagi. Tambah lagi dua minggu untuk tunggu keputusan. Sebulan setengah masa terbuang di situ. Kalau online ni kita dah tahu gagal terus boleh daftar lagi untuk peperiksaan semula. Jimat sebulan...

Wednesday, January 28, 2015

"Jangan rasa kedekut untuk membeli insurans medical..."

Gambar dari beautifulnara.com

Chef Wan kata...

"My presidential suite room at the Gleneagle hospital is like a hotel pulak. It has its own office, two kitchen area siap dua peti sejuk and 3 TV, Bedroom, Living and asst or Maid TV area jugak. I was told all for RM3,800 a night. When I was told mula-mula almost nak jatuh pitam terus. Tapi my wonderful AIA Insurance will take care of all that lah. Jika tidak saya sewa maid room tu sahajalah..."

"This is the beauty of having a good medical coverage. U will never know your rainy days. Sediakan payung sebelum hujan kan. Thank you to my wonderful friend Puan Laila Johari from AIA Insurance that always take care of my insurance need. When you are sick u also want a bit of style and glamour which u are accustomed with. Takkan holiday sahaja nak tidur di hotel best best 5 star sahaja. Jika sakit un mesti selesa."


"Especially if u worked superhard for your money. So jangan rasa kedekut untuk membeli insurance medical tau. Its for your own good and family. Nasihat orang tua yang dah lama makan garam..."


Bukan paksa-paksa nak beli takaful. Ikut kemampuan masing-masing sebab keperluan setiap individu berbeza. Kapal kecik kita masuk muatan kecik. Kapal besar kita boleh masuk muatan besar. Tapi di AIA Public Takaful walaupun bajet anda terhad InsyaAllah anda akan tetap mendapat yang terbaik. Tak semestinya yang mahal itu bagus yang murah itu sebaliknya. Saya rasa sangat terharu andaikata anda kata "saya sangat berpuas hati dengan pelan ini sebab boleh cover satu family dengan bajet yang saya ada..." saya cuma mampu berkata "Alhamdulillah..."

Semoga Chef Wan semakin bertambah sihat dan boleh masak-masak lagi. Sebenarnya masa kecik-kecik dulu Chef Wan ni lah satu-satunya Chef yang aku kenal huhu... Suka sangat tengok dia masak main campak-campak je kan...


Thursday, September 25, 2014

Tiada lagi ING di Malaysia

Sebenarnya dah lama aku nak karang entri ni. Tapi disebabkan masa yang terhad dan ketidakrajinan aku postpone lah dulu. Kebetulan di kala ada idea ni bolehlah aku buat.

ING Insurance ni pernah popular suatu ketika dulu. Asal sebut pasal masuk hospital je orang ingat ING. Sebut je medical card pun orang akan ingat ING walaupun masa tu Prudential dah bertapak lama di Malaysia. ING ni glamer disebabkan medical card mereka dengan syarikat-syarikat di Malaysia ni. Untung tau dapat kerja kat company yang best dan dapat medical covered by company.

Okay. Ini ceritanya.


"KUALA LUMPUR 17 Jun - Perniagaan penyedia insurans hayat Malaysia, AIA, telah disepadukan dengan operasi insurans tempatan, ING Group, selepas AIA Group Ltd. memuktamadkan pengambilalihan perniagaan insurans ING di Malaysia pada Disember tahun lepas, demikian menurut AIA dalam satu kenyataan hari ini. Mulai hari ini, perniagaan berkenaan akan beroperasi di bawah lesen dan jenama tunggal yang dikenali sebagai AIA Bhd. Jenama insurans 'ING' akan dikeluarkan dari pasaran.

 Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd, Bill Lisle berkata: "Kami akan terus fokus menyelaraskan produk dan proses kami bagi memastikan standard perkhidmatan yang lebih tinggi bagi 2.6 juta pelanggan kami." Proses penyepaduan AIA-ING bermula 18 Disember tahun lepas apabila AIA Group Ltd. selesai melakukan pengambilalihan perniagaan hayat, insurans am dan manfaat pekerja ING Group di Malaysia. Jualan itu juga termasuk kepentingan 60 peratus ING Group di dalam ING PUBLIC Takaful Ehsan Bhd. yang sedang menjalani pengintegrasian dengan AIA AFG Takaful Bhd dan kini dikenali sebagai AIA PUBLIC Takaful Bhd."

Oeh kerana penggabungan dua syarikat insurans ini makanya AIA dah jadi No 1 market leading insurance company di Malaysia ni.

Strong tak? Strong kan? =)

Sunday, December 9, 2012

Keikhlasan seorang kawan - Penjual Insurance

Masa tengah mencari bahan-bahan rujukan untuk blog tiba-tiba saya terjumpa satu blog ni http://adiharriman.com bercerita diri dia yang hampa dengan kawan dia yang merupakan seorang agen insurans.

"Saja nak kongsi, so semua boleh evaluate sendiri.

 Aku ada sorang member penjual insurance prudential yang mana merupakan geng golf aku. Hampir setiap minggu main golf dengan dia. Selalunya dia yang call ajak. Yang cerdiknya penjual insurance ni, dia tak approach direct. Lepas berkawan hampir setengah tahun baru dia sembang pasai insurance. Aku kata tak nak involve anything yang tak Islamic.


Dua tiga bulan kemudian dia cakap yang Prudential dan keluarkan Islamic insurance team up dengan BSN dengan nama Predential BSN Takaful. Lepas fikir panjang, akupun ambil satu famili. Lepas sign semua, dia masih main golf dengan aku. Lepas tu melalui aku, dia approach boss aku. Lepas sebulan, boss aku pun ambil insurance dengan dia. Lepas tu aku sibuk main golf dengan geng lain. Tapi bila aku tak cukup orang, aku call dia, dia kata dia sibuk dengan produk baru. Aku tak syak apa2.

Sebulan kemudian, aku call lagi – ada conference pulak. Dan macam-macam alasan. Dah hampir 2 tahun aku tak main dengan dia. Tapi kerap juga nampak dia main dengan orang lain. Aku tak marah cuma kecewa. Kita ikhlas berkawan tapi dia berkawan ada sebab.

Moral of the story: Berhati-hati bila berkawan. Keikhlasan adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat tapi akan terserlah juga bila tiba masanya."

p/s: kawan ada makna, semoga saya tidak begitu. In Sha Allah...

Tuesday, January 24, 2012

Jenis Pelan Insurans Berkaitan Pelaburan

Terbahagi kepada dua iaitu, Pelan premium tunggal dan pelan premium berkala.

1. Pelan Premium Tunggal
>> Bayaran premium tunggal secara sekaligus

>> Perlindungan kematian atau hilang upaya kekalenyeluruh adalah di dalam lingkungan 125% daripad premium yang dibayar.

>> Bayaran manfaat adalah jumlah diinsuranskan atau nilai unit pelaburan semasa membuat tuntutan, mengikut mana yang lebih tinggi.

>> Bahagian premium yang lebih besar boleh segera dilaburkan untuk menghasilkan pulangan.

2. Pelan Premium Berkala
>> Bayaran premium dibuat secara bulanan, suku-tahunan, setengah tahunan atau tahunan.

>> Perlindungan insurans asas bagi kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh biasanya berlipat ganda daripada bayaran premium.

>> Bayaran manfaat adalah jumlah diinsuranskan dicampur nilai unit pelaburan.

>> Bahagian premium yang lebih kecil disediakan untuk pelaburan pada awal tahun polisi kerana caj permulaan adalah lebih tinggi.

Tuesday, December 20, 2011

Pelan Insuran Pelaburan | Insurans Berkaitan Pelaburan

Pelan insurans pelaburan adalah pelan insurans hayat yang menggabungkan pelaburan dan perlindungan. Premium yang kita bayar bukan sahaja menyediakan kita perlindungan insurans hayat tetapi pada masa yang sama, sebahagian premium juga akan dilaburkan dalam dana pelaburan khusus pilihan kita. Sebagai pemegang polisi kita harus memilih bagaimana membahagikan premium insurans kita untuk perlindungan dan pelaburan.

Perlindungan insurans yang disediakan termasuklah manfaat sekiranya berlaku kematian, hilang upaya dan penyakit kritikal.

Dana pelaburan dibahagikan kepada unit yang nilainya sama. Harga unit-unit ini disiarkan setiap hari di dalam akhbar bagi membolehkan kita mengikuti perkembangan nilai pelaburan kita mengikuti perkembangan nilai pelaburan.

Ciri unik pelan insurans berkaitan pelaburan

Sebagai pelan insurans yang menggabungkan pelaburan dan perlindungan, insurans berkaitan pelaburan mempunyai ciri-ciri berikut:-

- Kita diberi fleksibiliti untuk memilih sendiri paras perlindungan dan pelaburan kita.

- Kita boleh memilih untuk mengubah jumlah bayaran premium atau perlindungan kita mengikut perubahan kedudukan kewangan kita.

- Kita boleh pilih daripada berbagai dana untuk melabur, bergantung kepada paras risiko yang selesa untuk kita.

- Pelaburan dana pertumbuhan atau dana berkaitan ekuiti mungkin akan memberi pulangan yang lebih tinggi daripada pelan insurans hayat tradisional dalam tempoh jangka panjang. Walau bagaimanapun, kita harus ingat bahawa pulangan yang tinggi adalah disertai dengan risiko yang lebih besar.


Wednesday, December 14, 2011

Panduan Penting Membeli Insurans atau Pelan Takaful

Sebelum membeli pelan Takaful atau insurans, antara panduan penting yang kita harus ambil kira ialah dengan:-

- Memahami polisi atau pelan termasuk ciri-ciri produk, syarat-syarat, had manfaat dan pegecualiannya.

- Memastikan premium insurans atau caruman takaful akan dibayar adalah berpatutan.

- Memastikan amaun perlindungan adalah mencukupi dan sesuai dengan keperluan kita sendiri.

- Pastikan semua fakta penting didedahkan sepenuhnya.

- Berurusan hanya dengan ejen berdaftar/broker berlesen atau secara terus dengan syarikat insurans atau pengendali takaful.

- Memantau tempoh perlindungan dan masa untuk membayar premium atau caruman.

Cara untuk membuat tuntutan

Semak polisi atau sijil
=> Semak sama ada kerugian atau kerosakan tersebut dilindungi

=> Semak perkara yang dikecualikan atau bahagian kerugian yang kita perlu tanggung sendiri.

=> Sekiranya kita tidak pasti tentang prosedur-prosedur yang harus diikuti, kita hendaklah mendapatkan nasihat daripada syarikat insurans atau pengendali takaful, ejen atau broker kita.

=> Minta borang tuntutan dan dapatkan nasihat tentang dokumen yang diperlukan untuk menyokong tuntutan kita.

=> Dalam sesetengah kes, laporan polis mungkin diperlukan. Bagi kemalangan motor, laporan polis mesti dibuat dalam tempoh 24 jam.

Sediakan maklumat yang lengkap dan betul
=> Bekerjasama dan berikan semua maklumat yang diperlukan oleh syarikat insurans atau pengendali takaful atau wakilnya (biasanya pelaras kerugian)

=> Maklumat yang tidak betul atau tidak lengkap akan mengakibatkan kelewatan dalam pemprosesan tuntutan data

Simpanan salinan semua dokumen
=> Simpan salinan semua dokumen dan rekod seperti bil, laporan dan surat-menyurat.

Sentiasa berkomunikasi
=> Syarikat insurans atau pengendali takaful perluy mengesahkan penerimaan tuntutan dalam tempoh tujuh hari.

=> Sentiasa berhubung dengan syarikat insurans atau pengendali takaful sehingga tuntutan diselesaikan.

=> Sekiranya tawaran yang dibuat tidak memadai atau tidak seperti yang diharapkan, bersedialah untuk berunding. Kedua-dua pihak hendaklah berunding secara baik.

Produk dan Perkhidmatan Takaful

Terdapat dua jenis perniagaan takaful:-

1. Takaful Keluarga

Kombinasi perlindungan dan tabungan jangka panjang, biasanya untuk tempoh lebih dari setahun

Memberi manfaat kewangan sekiranya kita ditimpa musibah, serta memberi keuntungan pelaburan.

Perlindungan termasuk:
- kematian dalam tempoh polisi
- penyakit atau hilang upaya kekal
- pendapatan tetap ketika persaraan

Pembayaran caruman berkala - bulanan, suku-tahunan, setengah tahun atau tahunan.

Produk utama:
- pelan keluarga biasa (gadai janji, kesihatan, pendidikan dan "rider")
- pelan anuiti (pendapatan tetap ketika persaraan)
- pelan berkaitan pelaburan

2. Takaful Am

Perlindungan termasuk:
- kerugian atau kerosakan harta benda
- liabiliti berpunca daripada kerosakan yang disebabkan oleh anda ke atas pihak ketiga
- kematian atau kecederaan akibat kemalangan ke atas pihak ketiga

Pembayaran caruman sekali gus

Produk Utama:
- pelan motor
- pelan kebakaran/empunya rumah/isi rumah
- pelan kemalangan diri

Prinsip asas takaful

- Kita mesti mempunyai kepentingan kewangan yang sah dalam subjek berkenaan untuk menyertai pelan takaful.

- Kontrak takaful adalah berdasarkan prinsip penuh percaya mutlak (amanah) di mana kita perlu mendedahkan semua maklumat penting yang diperlukan.

- Kita hanya boleh memperoleh semula kerugian kewangan kita dan bukan untuk mendapat keuntungan berikutan sesuatu kerugian yang boleh ditentukan nilainya.

- Dalam menentukan pampasan, pengendali takaful akan mengenal pasti sebab yang paling penting yang sebenarnya menyebabkan kerugian tersebut.

- Setelah kita dibayar pampasan bagi kerugia kita, pengendali takaful berhak untuk menuntut daripada pihak ketiga yang bertanggungjawab terhadap kerugian tersebut.

- Sekiranya sesuatu kerugian, ditanggung oleh lebih daripada satu pelan takaful atau polisi insurans, pengendali takaful yang telah membuat pembayaran kepada kita boleh meminta pengendali takaful atau syarikat insurans lain yang terbabit untuk menyumbang mengikut kadar bahagian masing-masing.

Dimanakah boleh mendapatkan produk insurans atau takaful?

Kita boleh membeli polisi insurans atau menyertai pelan takaful:

- secara terus daripada syarikat insurans atau pengendali takaful;

- melalui ejen berdaftar atau broker berlesen;

- melalui institusi perbankan yang mempunyai urusan bankasurans dengan syarikat insurans atau pengendali takaful; dan

- melalui internet

Tentang Takaful

Takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip syariah. Kita mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru'). Kita memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkan kita menjadi salah seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian  yang ditetapkan.

Perkongsian lebihan

- Satu ciri yang unik bagi pelan Takaful adalah perkongsian lebihan dana antara kita dengan pengendali takaful berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui.

- Lebihan tersebut diperolehi setelah ditolak belanja seperti tuntutan, takaful semula, rizab teknikal dan belanja pengurusan.

- Kita layak berkongsi lebihan ini sekiranya kita tidak membuat apa-apa tuntutan dalam tempoh takaful.

Majlis pengawasan syariah

Sebagai langkah memastikan pematuhan prinsip-prinsip Syariah:

-  Pengendali-pengendali takaful dikehendaki menubuhkan Majlis Pengawasan Syariah untuk memberi nasihat kepada pihak pengurusan dan memastikan bahawa aktiviti-aktiviti mereka mematuhi prinsip-prinsip syariah.

- Majlis Penasihat Syariah Kebangsaan bagi Perbankan Islam dan Takaful telah ditubuhkan di Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memberi nasihat kepada BNM tentang aspek-aspek Syariah bagi operasi institusi perbankan Islam dan pengendali-pengendali takaful serta produk dan perkhidmatan mereka.

Tuesday, December 13, 2011

Prinsip Asas Insurans

Terdapat empat prinsip asas insurans. Antaranya ialah:-


1. Kepentingan boleh insurans
Kita harus mempunyai kepentingan terhadap barang atau hayat yang diinsuranskan di mana sesuatu kerosakan atau kehilangan kepada harta benda atau hayat yang diinsuranskan akan mengakibatkita menanggung kerugian kewangan.

Sebagai contoh, sekiranya kita menjual kereta, kita juga sepatutnya berhenti daripada menginsuranskan kereta tersebut kerana kita tidak lagi mempunyai kepentingan boleh insurans. Sekiranya kita terus menginsuranskanmnya, sudah tentu company insurans tak akan bayar pampasan kepada kita kalau jadi apa-apa kerugian tau kerosakan kat kereta tersebut.

2. Penuh percaya mutlak
Kontrak insurans adalah konrak atas dasar penuh percaya mutlak. Kita, sebagai pemegang polisi mesti mendedahkan semua fakta penting bila beli polisi. Kegagalan mendedahkan mana-mana fakta penting contoh seperti sejarah kesihatan, kemungkinan polisi yg dibeli tadi itu akan menjadi tidak sah. Contoh, kita ada sakit jantung tapi tak declare. Then bila sumthing happen kita nak claim. Dah tu sebelum nak bayar claim tu dah tentu company insurans ni akan investigate then it happens they found out kita tak declare. Jangan salahkan company insurans kalau premium korang di bayar balik kesemuanya macam Prudential.

3. Indemniti
Hanya digunapakai untuk kerosakan fizikal sesuatu harta benda (contoh; kerosakan ke atas bangunan atau kenderaan bermotor) di mana kerugian tersebut boleh dinilai dari segi kewangan. Kita tidak boleh mendapat keuntungan dari polisi insurans. Sekiranya kita mengalami kerugian, syarikat insurans akan membayar atau meletakkan kita kepada keadaan yang sama sebelum berlaku kerugian.

4. Sumbangan
Tidak perlu membeli lebih dari satu polisi untuk melindungi sesuatu harta. Kalau beli lebih daripada satu polisi, kita cuma boleh buat satu tuntutan sahaja apabila berlaku kerugian atau kerosakan terhadap harta tersebut, Amaun yang boleh dibayar tersebut akan disumbangkan oleh syarikat-syarikat insurans yang terlibat. Walau bagaimanapun, kita boleh membeli lebih dari satu polisi sekiranya kita ingin melindungi hayat kita.

Monday, December 12, 2011

Soalan Yang Sering Ditanya | Polisi Pendidikan Anak

S: Sekiranya membeli polisi dalam nilai yang kecil sekarang, dan ingin menambah simpanan saya kemudian, bagaimanakah caranya?

J: Kefleksibelan meningkatkan amaun simpanan akan bergantung pada jenis polisi yang kita beli. Polisi berkaitan pelaburan membenarkan kefleksibelan untuk meningkatkan simpanan melalui penambahan premium bulanan pada bila-bila masa, manakala polisi endowmen yang biasa, lazimnya kurang fleksibel. Walau bagaimanapun, beberapa polisi endowmen juga menawarkan pilihan penambahan premium bulanan. Dapatkan maklumat daripada syarikat insurans atau ejen tentang terma dan syarat yang berkaitan dengan penambahan premium bulanan dan berapa banyak daripada penambahan itu akan diagihkan kepada simpanan atau pelaburan.

S: Bagaimanakah caranya membuat pengeluaran apabila tiba masanya?

J: Pilih polisi yang mempunyai kefleksibelan memandangkan kos pendidikan biasanya ditanggung dalam tempoh beberapa tahun. Terdapat polisi endowmen yang akan membenarkan anda menerima sebahagian daripada manfaat insurans sebelum polisi matang, contohnya bayaran 30% daripada manfaat insurans tiga tahun sebelum polisi matang dan selebihnya dibayar apabila polisi matang. Sekiranya polisi itu merupakan pelan berkaitan pelaburan, pengeluaran boleh dibuat pada bila-bila masa dengan menebus unit saham.

S: Apakah kriteria polisi pendidikan untuk layak mendapat potongan cukai pendapatan?

J: Polisi pendidikan yang memenuhi tiga kriteria berikut layak mendapat potongan cukai pendapatan tahunan sehingga 3000.

- polisi pendidikan mestiulah dibeli oleh ibu bapa/penjaga yang sah;
- polisi itu mestilah matang apabila anak mencapai umur antara 13 hingga 25 tahun; dan
- rider manfaat pembayar mestilah diambil sepanjang tempoh polisi.

S: Saya tidak mempunyai anak, tetapi ingin membeli polisi untuk anak saudara saya. Bolehkah saya berbuat demikian?

J: Tidak boleh. Hanya ibu bapa/penjaga yang sah boleh membeli polisi untuk anknya. Walau bagaimanapun, kita masih boleh mengatur pembelian dan pembayaran polisi dengan kerjasama ibu bapa/penjaga yang sah. Dalam kes ini, kita terpaksa memberikan semua kuasa atas polisi kepada empunya polisi, iaitu ibu bapa/penjaga yang sah.

S: Apakah akan terjadi kepada polisi itu sekiranya anak meninggal dunia sebelum polisi matang?

J: Sekiranya anak meninggal dunia lebih awal, manfaat kematian akan dibayar kepada empunya polisi (ibu bapa/penjaga yang sah) dan polisi berkenaan akan ditamatkan. Walau bagaimanapun, bergantung pada jenis polisi pendidikan anak yang telah kiat beli, manfaat kematian sepenuhnya akan hanya dibayar sekiranya anak meninggal dunia selepas umur tertentu (biasanya selepas empat tahun). Kita boleh menyemak terma dan syarat polisi untuk mengetahui bila kita layak menerima bayaran manfaat.

Petua-petua Ketika Membeli Polisi Pendidikan Anak | Polisi Pendidikan Anak

Pastikan kita memilih rider manfaat pembayar
Pilih polisi yang mengecualikan bayaran premium sekiranya ibu bapa/penjaga yang sah tidak lagi berupaya membayar premium polisi tersebut apabila berlaku peristiwa seperti kematian yang tidak dijangka, didiagnosis berpenyakit kritikal atau hilang upaya menyeluruh dan kekal. Dengan memimilih rider manfaat pembayar, dana pendidikan anak akan terjamin sekiranya sesuatu berlaku ke atas kita sebagai ibu bapa/penjaga yang sah.

Pastikan kita mampu membayar premium
Menabung melalui insurans mendisiplikan seseorang untuk terus memperuntukkan sejumlah wang secara tetap tahun demi tahun. Ia merupakan proses jangka panjang, dan dengan yang demikian kita perlu realistik apabila membuat anggaran jumlah premium yang kita mampu bayar berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan semasa kita. Sekiranya kita bermula dengan amaun yang lebih besar daripada kemampuan, kita mungkin terpaksa menamatkan polisi lebih awal dan menanggung kerugian kewangan. Oleh itu, sekiranya kita tidak mampu membayar banyak pada masa sekarang, mulakan dengan amaun yang kecil.


Pantau dana
Setelah membeli sesuatu polisi, kita perlu memantaunya bagi memastikan kita akan dapat mencapai matlamat kita. Perlu diingat bahawa pulangan sebenar yang diisytiharkan oleh syarikat insurans mungkin berbeza daripada ilustrasi awal (terutamanya bagi polisi sertaan dan polisi berkaitan pelaburan) berikutan perubahan dalam pasaran kewangan. Kita juga mungkin mendapati bahawa kos sebenar pendidikan tinggi mungkin berbeza kerana kursus yang anak kita pilih berbeza daripada perancangan awal, atau sekiranya pendidikan di luar negara dipilih, kadar pertukarn mata wang mungkin turun atau naik. Seandainya berlaku kekurangan dana yang diperlukan, sesetengah polisi memperuntukkan manfaat tambahan dalam bentuk pinjaman pengajian.

Jangan tambah perlindungan yang tidak perlu
Banytak polisi pendidikan juga menawarkan tambahan perlindungan seperti insurans perubatan hospital dan pembedahan atau perlindungan penyakit kritikal. Berhati-hati dengan tambahan terlalu banyak perlindungan insurans kerana kos itu akan mengurangkan amaun simpanan. Tambahan lagi, harus diingatkan bahawa kita menginsuranskan hayat anak kita.

Semak sama ada polisi itu layak mendapat insentif cukai
Satu daripada manfaat menggunakan insurans hayat sebagai alat tabungan untuk polisi pendidikan anak ialah manfaat cukai. Manfaat kewangan insurans adalah bebas cukai dan kita juga boleh mendapat pelepasa cukai tahunan sehingga RM3000 bagi bayaran premium insuirans pendidikan, tertakluk kepada kelulusan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Untuk layak mendapat pelepasan cukai, pelan pendidikan perlu dibeli oleh ibu bapa/penjaga yang sah dan mesti matang apabila anak mencapai umur antara 13 hingga 25 tahun. Juga penting bagi kita untuk memilih rider manfaat pembayar pada sepanjang tempoh polisi.

Jenis Polisi Pendidikan Anak Yang Ada | Polisi Pendidikan Anak

Terdapat dua jenis polisi pendidikan anak yang utama iaitu, polisi endowmen dan polisi berkaitan pelaburan. Beza di antara dua polisi ini addalah dari segi struktur dan juga jenis pelaburan.

Polisi Endowmen
Menggabungkan komponen simpanan dengan perlindungan. Polisi ini mungkin berbentuk sertaan atau tanpa sertaan. Sesuai dengan namanya, polisi tanpa sertaan tidak berkongsi keuntungan kumpulan wang insurans hayat tetapi semua manfaat insurans dijamin sepenuhnya. Sebaliknya polisi sertaan, sebahagian manfaat insurans dijamin. Walau bagaimanapun, amaun manfaat yang akhirnya diperoleh pada masa polisi matang tidak dijamin kerana ia tertakluk kepada prestasi kumpulan wang insurans hayat sertaan syarikat insurans berkenaan.

Polisi berkaitan Pelaburan
Menggabungkan unsur pelaburan dan perlindungan berdasarkan keperluan kita selaku empunya polisi. Ia menawarkan kefleksibelan kerana kita boleh menambah caruman premium bulanan atau menambah simpanan kita apabila pendapatan kita meningkat. Sekiranya kita ingin lebih agresif dengan instrumen pelaburan, polisi berkaitan pelaburan juga membolehkan kita memilih jenis dana yang kita ingin laburkan. Walau bagaimanapun, seperti mana-mana pelaburan lain seumpamanya, ia melibatkan risiko yang lebih tinggi dan tidak ada jaminan pulangan pelaburan yang mungkin lebih tinggi atau lebih rendah daripada yang diunjurkan.

Apakah jenis polisi yang patut kita beli?
Jenis polisi yang kita beli bergantung pada matlamat kita dan toleransi kita terhadap risiko. Sebelum kita membeli sesuatu polisi, pastikan ejen kita menjalankan proses penilaian berdasarkan fakta untuk membantu menentukan polisi yang paling sesuai dengan keperluan dan kemampuan kewangan kita. Penting bagi kita untuk memilih polisi yang membolehkan kita mendapatkan akses kepada dana apabila diperlukan, iaitu polisi akan matang apabila anak kita memulakan pengajian tinggi atau polisi membolehkan kita menerima sebahagian daripada manfaat insurans sebelum polisi matang.

Saturday, December 10, 2011

Apakah Polisi Pendidikan Anak? | Polisi Pendidikan Anak

Polisi pendidikan anak ialah produk insurans hayat yang direka khusus sebagai satu cara menabung untuk menyediakan sejumlah wang apabila anak kita mencapai umur untuk memasuki kolej (18 tahun dan ke atas). Dana ini boleh digunakan bagi membiayai sebahagian daripada perbelanjaan pendidikan tinggi untuk anak kita.

Selain itu, sekiranya kita memilih rider manfaat pembayar, polisi pendidikan memberi jaminan bahawa sekiranya ibu bapa atau penjaga yang sah meninggal dunia, anak kita akan mempunyai akses kepada dana untuk membiayai perbelanjaan pendidikannya, contohnya seperti movie Harry Porter di mana ibu bapa dia meninggalkan sejumlah wang di Gringots(bank untuk wizards) untuk pendidikan & perbelanjaannya walaupun mereka meninggal semasa dia masih bayi lagi.

Di bawah polisi pendidikan anak, anak ialah hayat yang diinsuranskan sementara ibu bapa/penjaga yang sah ialah yang empunya polisi.
Mengapa kita perlu membuat perancangan awal untuk pendidikan anak?
Kos pendidikan semakin meningkat, disebabkan sama ada oleh inflasi atau faktor ekonomi lain. Kos yang kian meningkat boleh mengakibatkan ibu bapa/penjaga yang sah menanggung beban kewangan apabila anak mereka memulakan pendidikan tinggi.

Oleh itu, penting bagi ibu bapa merancang lebnih awal untuk menyediakan peruntukan secukupnya bagi perbelanjaan pendidikan tinggi anak. Lebih awla kita membeli insurans, lebih banyak masa untuk wang kita bertambah dan menjadi berlipat ganda supaya dapat membiayai pendidikan tinggi anak kita dengan lebih baik.

Terdapat lebih kefleksibelan berhubung dengan amaun yang perlu kita carum secara tetap ke dalam pelan simpanan atau pelaburan yang kita pilih, iaitu kita boleh mula mencarum dengan amaun yang kecil dan beransur-ansur menambah amaun itu selaras dengan peningkatan pendapatan kita. Penting bagi kita memilih polisi yang memberikan kefleksibelan untuk meningkatkan amaun simpanan pada masa hadapan.
Berapa banyak perlindungan yang kita perlukan?
Langkah pertama dalam menentukan amaun perlindungan adalah dengan menetapkan matlamat kita. Apakah matlamat kita berhubung dengan pendidikan kepada anak kita? Berikut ialah beberapa faktor yang mungkin perlu kita pertimbangkan apabila menentukan tahap perlindungan:-

Tempat belajar - luar negeri atau tempatan? Sekiranya di luar negara, negara manakah yang dipilih dan kos sara hidup yang berkaitan?

Tahap kelayakan - diploma atau ijazah?

Universiti yang dipilih - kos memasuki universiti yang lebih terkemuka biasanya lebih mahal.

Bidang pengajian - Kursus dalam bidang perubatan biasanya melibatkan kos yang lebih tinggi berbanding dengan kursus yang lain.

Jangka masa pengajian - tempoh yang lebih panjang akan melibatkan lebih perbelanjaan. Dengan mengkaji faktor-faktor si atas, ia boleh membantu kita membuat anggaran kos yang dijangkan.

Sebagai panduan, kita boleh mencampurkan yuran tahunan kursus dengan jangkaan perbelanjaan sara hidup, dan mendarab amaun tersebut engan bilangan tahun pengajian. Ini akan memberikan gambaran tentang jumlah kos yang ditanggung hari ini.

Memandangkan kos pendidikan anak akan ditanggung pada masa hadapan, kita jugfa perlu mengambil kira inflasi. Setelah mengambil kira inflasi, amaun yang kita perlukan mungkin diluar kemampuan kita. Walau bagaimanapun, kita tidak perlu bimbang kerana sekiranya kita menyimpan wang secara bijak melalui pelan simpanan atau pelaburan, pulangan daripada pelaburan atau simpanan itu boleh dikumpulkan dalam ja ngka masa beberapa tahun untuk membantu kita membiayai kos pendidikan tersebut.

Thursday, December 1, 2011

Ciri-ciri Insurans Yang Baik

1. Melindungi pendapatan sedia ada sekiranya berlaku musibah
Kematian atau kemalangan berlaku tanpa diduga. Oleh itu, persediaan awal perlu dilakukan bagi melindungi pendapatan sedia ada sekiranya berlaku musibah. Ia menjadi lebih penting sekiranya anda adalah ketua keluarga. Kerana isteri dan anak- anak bergantung sepenuhnya dengan anda.

Ia juga penting bagi para lepasan ijazah kerana anda adalah harapan ibubapa. Setelah mereka membayai pembelajaran anda semenjak kecil kini mereka sudah tua dan pastinya teringin merasa hasil titik peluh anda pula. Sekiranya anda ditimpa musibah, apakah persediaan anda untuk mereka?

2. Menabung untuk masa depan
Ramai orang membuat tabungan di dalam bank. Namun kini adalah pilihan yang lebih baik iaitu menabung di takaful. Takaful merupakan satu bentuk tabungan untuk masa hadapan di samping menyediakan perlindungan untuk pesertanya.
Contohnya, jika seseorang yang menabung di bank RM2,000 setahun, berapa lamakah yang dia perlukan untuk mempunyai sejumlah RM100,000? Betul – 50 tahun yang mana ia merupakan satu jangkamasa yang agak panjang.

3. Sebagai persediaan untuk pendidikan anak-anak
Kos pendidikan kian meningkat saban tahun. Jesteru melalui Pelan PruBSN Smartlink contohnya ia merupakan salah satu langkah persediaan ibu bapa untuk anak-anak mereka. Ia juga dapat mendisiplinkan ibu/bapa untuk membuat tabungan selain memberi perlindungan untuk anak-anak. Tabungan pendidikan tersebut juga adalah terjamin walaupun ibu/bapa tidak dapat meneruskan sumbangan samaada diakibatkan oleh kematian atau keilatan kekal.

4. Untuk mendapatkan kemudahan hospital dan perubatan
Jumlah pampasan ini dapat membantu peserta sekiranya disahkan menghidap penyakit kritikal bagi menambah kos untuk mendapatkan kemudahan hospital dan perubatan. Manakala manfaat harian hospital sekurang-kurangnya dapat menggantikan pendapatan harian sekiranya dimasukkan ke wad.

5. Mendapat bantuan sekiranya berlaku kecacatan kekal (disability)
Apabila seseorang itu mendapat kecacatan kekal, maka dia sudah tidak mampu untuk mencari pendapatan untuk menampung kehidupannya. Dengan adanya pampasan, ia dapat meringankan beban dan dapat menampung kos rawatan akibat kecacatan tersebut.

6. Menunjukkan sikap kasih sayang dan perihatin kepada ahli keluarga
Dengan membeli insurans, ia dapat menunjukkan sikap kasih sayang dan perihatin kepada ahli keluarga. Ini bermaksud, sekiranya di timpa musibah, kita telah menyediakan satu dana untuk keluarganya, Jesteru, mereka tidak perlu meminta-minta atau menunggu belas ehsan dari orang lain.

7. Mendapat pengecualian cukai
Di dalam Budget 2005, Perdana Menteri telah mengumumkan pelepasan cukai bagi KWSP, takaful dan insurans hayat sebanyak RM6,000. Manakala pelepasan untuk pendidikan anak-anak tetap pada kadar RM3,000. Ini menunjukkan kerajaan turut memberi penekanan tentang pentingnya setiap individu untuk mempunyai sekurang-kurangnya satu pelan takaful sebagai salah satu cara menabung untuk masa hadapan.

8. Membina tabung untuk persaraan
Sekiranya tidak berlaku musibah, peserta akan menerima manfaat tempoh matang yang merupakan simpanan mereka yang disertakan Mudharabah (perkongsian keuntungan). Ini secara tidak langsung telah membina satu tabung untuk persaraan peserta.

10. “Peace of Mind”
Sekiranya musibah menimpa tiada apa yang perlu dirisaukan kerana telah membuat persediaan awal. Seperti kata pepatah “Sediakan payung sebelum hujan”. Dengan wang pampasan yang diterima sekurang-kuranya dapat meringankan beban ahli keluarga yang ditinggalkan.

11. Perbelanjaan untuk pengkebumian
Pada kebiasaannya, di kampung-kampung satu tabung khairat akan diwujudkan apabila seseorang Muslim itu meninggal dunia. Dengan penyertaan peserta bersama takaful, dana tersebut memang telah diwujudkan sejak dari awal sebagai persediaan perbelanjaan pengkebumian.

12. Membantu peserta yang ditimpa musibah
Musibah datang tanpa mengira siapa dan tidak kira bila dan dimana. Jadi, wang pampasan dapat membantu peserta yang ditimpa musibah.

13. Kerana masih boleh menyertai (belum terlambat)
Oleh kerana anda mempunyai kesedaran awal, jadi masih belum terlambat untuk anda mengambil salah satu pelan takaful. Jangan sampai sudah jatuh ditimpa tangga, barulah anda merasa menyesal kerana tidak menyertai pelan ini semasa anda masih sihat dan mempunyai kemampuan. Sesungguhnya malang tidak berbau!

KM Terkejut Bil Perubatan RM109,000


Terus terang saya katakan sekiranya saya berada pada situasi ini sudah tentu saya tiada kemampuan untuk membayar bil perubatan yang sebegitu mahal. Kepada sesiapa yang sudah mempunyai Kad Perubatan/Medical Card Alhamdulillah. Anda boleh pindahkan beban anda ke atas insurans yang ada. Kepada sesiapa yang belum mempunyai satu pun insurans, meh la kita fikir sama-sama. Hari tidak selalunya cerah, ada masa mendung ada masa hujan. Sebelum tu baik kita sediakan payung sebelum hujan.

Apa Yang Perlu Kita Ingat Tentang Insurans

Pertama dan yang paling penting bila kita membeli polisi untuk diri kita sendiri, kita harus ingat bahawa INSURANS bukanlah suatu pelaburan. Ia merupakan satu instrumen untuk memindahkan sesuatu risiko kepada syarikat insuran. Jadi sebelum kita membeli mana-mana insuran, haruslah kita kaji keperluan kita sekeluarga dahulu.

1. Siapakah yang bekerja atau mencari pendapatan bagi menyara keluarga kita? Individu inilah yang patut diutamakan dalam pembelian insuran nyawa untuk menjamin cara hidup kita sekeluarga sekiranya individu ini hilang keupayaan bekerja.

2. Bagi insuran kesihatan, carilah skim insuran yang terbaik yang boleh memenuhi keperluan kita sekeluarga.

3. Lihat budget dan tentukan berapa peratus daripada pendapatan bulanan sekeluarga yang boleh kita peruntukkan untuk membayar premium insuran. Premium ini akan menjadi satu perbelanjaan tetap setiap bulan. Pastikan jumlah premium tidak membebankan. Seandainya kita tahu betapa pentingnya insurans masa kini kita tidak akan rasa terbeban tetapi ikut kemampuan. Jangan bayar sebulan dua lepas tu tak bayar dah. Penting.

3. Contoh budget bulanan adalah seperti berikut :

a. 10% daripada pendapatan bersih sebulan adalah untuk tujuan simpanan/pelaburan masa depan.

b. 10% drpd pendapatan bersih sebulan untuk tujuan pembayaran insuran nyawa dan kesihatan.

c. 80% drpd pendapatan adalah untuk perbelanjaan kehidupan harian yang lain-lain.

Seperti kita membeli barang-barang lain, 'shopping' dulu skim-skim yang terdapat di pasaran sebelum membuat keputusan. Sekiranya terjadi apa-apa kepada keluarga atau individu yang menanggung keluarga 10% itulah yang akan menjadi jaminan untuk kita menerukan kehidupan bila kita di timpa kesusahan selain dari berdoa kepada Allah S.W.T