Monday, October 12, 2015

Kenapa perlu ada insurans: Cerita 01

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

Sebelum ni ada entri yang berkaitan tapi dah lupa letak as label apa huhu...

Minggu lepas, anak buah saya dikejarkan ke KPJ Bukit Mertajam Penang. Pak cik dengan mak dia kalut sebab insurans takaful atas nama ayah dia which is adik saya. Malam sebelum tu hand phone adik saya hilang. Yang kelakarnya hilang lepas dia call saya hahaha... Orang lalai. Sibuk fikir pasal kereta dia hentam orang. Nak pergi balai polis. Lepas call kakak dia ni, dia boleh letak hand phone atas kereta. Lepas tu start kereta terus jalan. Bijak kan. Tak boleh marah kan sesiapa melainkan memarahi diri sendiri atas kebodohan diri ahahaha...

Esoknya tu anak dia masuk hospital disebabkan asma. Terpaksa pak cik dia mesej adik yang bongsu tu.

Prudential punya prosedur kalau kita nak masuk hospital kena tunggu initial GL (gurantee letter) di mana Prudential akan hantar SMS ke nombor telefon agen atau pemegang polisi. Disebabkan saya bukan agen Prudential lagi jadi saya tak dapat mesej tersebut. Jadi saya pun dah kelam kabut nak buat apa sebab nak call customer service mana boleh dah bukan agen kan. Macam mana nak check.

Tanpa membuang masa saya terus call kawan yang masih lagi dengan Prudential. Minta pendapat samada dia boleh tolong atau kena call ex-boss. Dia kata try je call PBTB (Prudential BSN Takaful Berhad) dulu dan inform yang saya ni ex-agen Pru nak check status GL ex-client.

Saya pun terus call HAS. HAS ni hotline yang memang khas untuk kes-kes yang berkaitan dengan admission ke hospital panel. Saya inform telefonis tu yang saya ex agen Prudential then nak check status Initial GL client. Alhamdulillah... Boleh. Rupanya KPJ belum lagi hantar fax ke Prudential berkenaan dengan admission tu. Tapi anak buah den yang comel tu dah masuk wad. Risau gak kalau GL tak approve naya nak kena bayar bil. Alhamdulillah esoknya abang ipar adik saya inform KPJ kata Initial GL dah approve. 4 hari juga tidur di wad kena nebulized. Kesian...

Bila Initial GL dah approve final GL InsyaAllah takkan ada masalah.

Hari adik saya call dan cakap "syukurlah dorang (anak-anak) ada insurans kak... Kalau tak tu nak kena bayar bila RM4000.00 mana aku ada duit..."

Saya kata "kau jangan cancel insurans tu. Bayar je bukannya banyak pun sebulan RM120.00 je. Dua orang RM240.00. Sayang tau. Sekarang ni pun polisi minimum sebulan untuk anak RM150.00...."

"Pasal kakak kau ni agen dulu lah dapat sebulan RM120..." - ok yang ni tipu Hehe

Lepas tu dia kata "aku nak amik jugak lah nanti..."

Dah dengar bil anak beribu dua tiga kali insurans kompeni bayar baru sibuk nak ambik. Akak kau dah tak jadi agen dah.

Abang ipar dia sendiri macam tak percaya bila dengan insurans anak buah dia cover sampai dorang besar. Siap investment lagi. Alhamdulillah...

Sebenarnya... Tak semua orang ada kesedaran begini. Semua ibu bapa mahu yang terbaik untuk anak. Nak anak selesa masuk wad. Walaupun masuk hospital tapi tetap dapat tempat selesa. Tapi berapa ramai ibu bapa yang mampu.

Saya dah bukan agen Prudential BSN Takaful dan bakal bukan agen AIA Takaful. Tapi InsyaAllah saya akan menulis entri-entri yang berkaitan dengan Takaful. Bukan tentang apa yang dilindungi oleh syarikat insurans takaful. Tapi apa faedah andai kita punya takaful...

Insurans Takaful umpama kapal. Kapal besar coveragenya besar. Kapal kecik coveragenya kecil. Ambil Takaful ikut kemampuan. Jangan amik plan besar lepas tu tak mampu dah nak bayar sebab masalah kewangan. Satu kita perlu ingat komitmen dengan Insurans Takaful ini merupakan komitmen untuk jangka masa yang lama. Jadi, ambil plan mampu milik dan boleh upgrade untuk masa akan datang...!

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...