Thursday, September 17, 2026

Selamat Hari Malaysia Yang Ke - 63



SELAMAT HARI MALAYSIA YANG KE-63

Cantik kan corak tandatangan "Kita Kontijen Malaysia". 
Ni haritu lepas balik dari bayar saman aku singgah My Town dengan laki aku. Nak cari tempat sejuk. Mula-mula ingat nak makan kat Kedai Uncle kat Petaling Jaya. 
Tapi sebab panas sangat kita dua-dua tak tahan. Kena cari tempat yang ada aircond.
 



Ada banyak sebenarnya aktiviti kat sini kalau weekeen. Kita Kontijen Malaysia ni kempen Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia. 




Aktiviti & Acara Utama

Kita Kontinjen Malaysia Doodle Contest: 
Pertandingan melukis doodle peringkat kebangsaan yang terbahagi kepada
kategori Sekolah Rendah, Sekolah Menengah,
dan Dewasa dengan tawaran hadiah baucar tunai.

Bengkel Kreatif & Community Doodling Wall:
Ruang aktiviti seni interaktif dan dinding lukisan terbuka untuk pengunjung.

Perarakan Hari Malaysia (Malaysia Day Parade):
Persembahan kebudayaan dan perarakan khas sempena Hari Malaysia.




Tapi itulah, time aku nak sign tak ada marker pen. Pen aku sendiri pun tak bawa.
Jadi dapat ambil gambar je la.


Wednesday, September 16, 2026

Makan makan Laksa Sarawak dan potong kek

15 September 2026,

Kak Roslina datang bawa Laksa Sarawak kali ni untuk kita orang di office. Kak Roslina ni sangat rajin memasak untuk kita orang. Macam macam menu yang Kak Roslina bawak. Dah macam kita kat ofis ni anak-anak dia pulak. Apa nak buat je sekarang Kak Roslina dah tinggal jauh di Nilai. Kadang-kadang je datang KL. Kalau tidak dulu sebulan sekali dia akan masak.

Semalam bukan Laksa Sarawak je dia bawak. Nasi goreng ikan, sambal ikan ayer, keropok lekor etc. Aku just makan Laksa Sarawak je. Memang sedap Kak Roslina punya Laksa Sarawak. Lebih sedap dari tempat aku selalu makan Kafe Sarawak. Dah homemade kan. Tambah pulak Kak Roslina memang pandai memasak. Orang yang pandai masak ni, dia masak apa pun semuanya sedap hahaha.

Jadi, bila Kak Roslina dah datang bawak makanan, kita pun plan nak potong kek birthday aku pada hari yang sama. Tak adanya nak seprais seprais.

Habis awal lah kita orang live semalam.


Alhamdulillah, terima kasih tak terhingga kepada Aidil, Anas, Che Nizam, Ili Athirah, Izwan,Richard, Abang Zam & Eddy atas segala doa dan kebaikan korang selama ni. Nak tulis semua terlalu banyak. Dorang inilah team aku di ofis.


Terima kasih kak Roslina ku sayang yang selalu masak sedap² untuk kami semua. Terima kasih Budiman Cahya yang selalu datang dan selalu belanja kita. Terima kasih Luthfi. Terima kasih adikku Syafiq Minato.

Dikelilingi oleh team yang seperti family pun adalah satu rezeki.


Tak lupa juga terima kasih sahabat² Demi Negara diatas segala doa dan sokongan. Kalau tak ada support dari sahabat-sahabat TDN kita pun takkan dapat buat bermacam-macam projek komuniti.

Semoga kalian semua sentiasa dilindungi dan dilimpahruahkan rezeki selalu. Amin. 


Bayar saman lapuk, kalau nak renew lesen memandu

Expiry lesen memandu ikut tarikh lahir. Aku cuma renew 2 tahun je. Masa Covid 19 dulu aku pernah lupa nak renew lesen. Hampir setahun aku drive tanpa lesen. Syukurlah tak ada apa-apa yang buruk terjadi huhu.

Sebenarnya mula² aku pergi Pejabat Pos sebab nak mengelat pergi JPJ. Tapi sampai Pejabat Pos tak boleh nak renew lesen sebab nama dah dalam senarai hitam. 

Bila aku pergi JPJ dan check tak ada saman JPJ. Tapi nama dah kena blaclisted. Rupa-rupanya ada saman trafik. Pegawai JPJ kata kena bayar saman kat Balai Trafik dulu barulah boleh renew lesen.

Terpaksalah pergi trafik Jalan Bandar sebab sama tu rupanya dah keluar surat mahkamah. 😅

Syukurlah kerani kaunter kata boleh bayar saman yang dah kena blacklist tu dulu. Barulah boleh renew lesen. Terbanglah duit aku RM300. Nak buat macam mana. Dah bayar saman aku renew lesen untuk 3 tahun je.
Terserempak dengan seorang pakcik yang bayar saman parking. 

Pakcik tu tanya, "Ko kena saman apa dik, parking ke? " "Takdelah pakcik, saya kena saman accident."

Pakcik tu kata, "uish tahun bila tu? "
Aku jawab, "Tahun 2017..." 🤣 

Pakcik tu kata, "Mak aih, lama tu, dah tu macam mana ko tahu ni??? " 
Aku kata, "Sebab semalam saya nak renew lesen tak boleh kena blacklist." 

"Dah tu pergi JPJ? " 
"Saya pergi JPJ semalam, tapi takde saman JPJ. Tapi ada saman trafik. Itu yang kena datang sini bayar."

Geleng kepala je pakcik tu hahaha. 

Terus masuk My Town

Lepas tu aku pergi cari tempat sejuk kejap untuk tenangkan diri sebab dah bayar saman. Jerebu teruk gila sampai tak dapat bernafas aku dibuatnya. 😭

The busiest day of the month

14 September 2026, hari sibuk sedunia. Tekejar sana sini. Kira harini free aku update la kat blog.

Destinasi pertama masa hari lahir Klinik Gigi hahaha. 

Masa tengah register, staf kaunter tegur. "Eh...harini puan punya birthday ya?"

Aku jawab, "Ya..."

Kemudian dorang cakap, "Baguslah ingat hari lahir ingat Doktor Gigi".

Aku cakap, kena ada penambahan. "Ingat hari lahir, Ingat JPJ sebab kena renew lesen memandu..." hahahaha...

Lepas tu semua gelak. 😂


Tunggu tidak lah lama sangat. Klinik Kesihatan KL kan. Doktor pun ramai. 
Disebabkan ada fracture di bahagian akar terpaksalah cabut. Aku cakap kat doktor, "Doktor saya tak kisah nak inject kat mana pun tapi jangan dalam mulut... " 

Sebenarnya, fracture tu dah 4 tahun. Lama kan aku tahan sakit. Masa mula-mula aku pergi Klinik Gigi Taman Nirwana doktor tak dapat detect. Ingatkan sakit gusi biasa.

Kemudian aku pergi Klinik Pergigian UM. Fracture di gigi aku memang tak nampak. Sangat halus. Bila dah X-ray barulah nampak. 


Lepas kena bius

Berborak dengan doktor dah macam kenal lama. Sakit ooo cabut gigi geraham. 
Kena inject dengan bius memang menitik air mata weyh. Kalau dulu masa aku buat root canal di UM sebelum kena inject dengan bius depa akan sapu gel kebas. Tapi hari tu tak ada. Kalau dulu kena inject bahagian depan. Ngilu je bila ingat balik sakitnya macam mana. Aku memang fobia.😭

Dah lepas cabut barulah boleh datang lagi sekali untuk buat "scaling". Alhamdulillah, doktor gigi saangat baik. Habis kapas yang diberi. Banyak juga darah yang keluar. 

Lepas kena cabut gigi, dalam mulut ada kapas

Kemudian pergi pejabat pos nak renew lesen memandu sekali tak boleh

sebab ada saman. Dah lah app JPJ tak boleh masuk. 


Singgahlah ke UTC Keramat pergi JPJ reset My JPJ.
Rupa² data dalam JPJ tak sama dengan JPN. 

Kena ambil nombor dalam app

Rekod JPJ tak ada saman. Tapi aku ada saman trafik. So kena bayar. Kalau tak, nanti tak boleh nak renew lesen. Lepas selesai isu dengan aplikasi My JPJ lepak makan tengahari dengan kawan aku. Lama tak melawat kawasan kan.🤣

Live hari tu pun aku tak banyak sangat cakap sebab rasa nyut nyut kat gusi tu sampai ke kepala. Mata pun macam nak tutup je. 

Balik rumah husband dan anak² ajak makan. Aku mampu minum kopi mocha je. Nak makan paratha pun sakit. Sebab siang tu aku dah makan kerepek bawang. Boleh pulak serpihan kerepek bawang tu terkena gusi yang gigi dah kena cabut tu.

Favourite Cafe

My second baby

Mocha Frappe

Paratha

Chicken Fingers

Terima kasih kepada petugas² kesihatan Klinik Pergigian KL,
yang jaga kaunter dan especially
Doktor dan Nurse Bilik No 8. 
Terima kasih kepada pegawai JPJ UTC Keramat,
tak ingat kaunter mana.

Terima kasih kepada kawan²,

sahabat handai yang wish birthday aku harini. 

Ada yang wish depan², ada yang komen, 

ada yang whatsapp, ada yang hantar melalui messenger, ada yang call.

Nanti saya reply. 🥰

Semoga doa yang baik² berbalik kepada anda semua. 

Sayang semuanya.💛

It was my birthday

14 September 2026 and it is my Virgo Season.

Another year older, wiser and more grateful. Happy 46th Birthday to me and me only. 🥳🎂💃

3 days before raya, Starhill, 2026

Mak aku kata aku lahir pukul 1 pagi, hari Isnin. Aku pun dah tak ingat aku dilahirkan di Hospital Lawas, Limbang. 

Alhamdulillah, sehingga ke hari ini masih lagi diberi nikmat kesihatan yang baik. 

Jangan takut buat kesilapan. Jangan takut keluarkan air mata. Cari kawan yang betul² boleh dipercayai dikala senang dan susah. Cari sahabat yang boleh dijadikan bahu bila kita menangis. 

Malacca Square, 2026

Belajar untuk jadi kuat. Jangan harap orang memotivasikan kita setiap masa. 

Jadikan segala kesilapan dalam hidup kita sebagai panduan untuk mematangkan diri kita. Yang penting always be happy. 

I love "myself" to the moon and back. ❤

Nasi Lemak Basmathi, Klang 2026

Malacca Square, 2026

Mammogram Kali Kedua

Last aku buat mammogram tiga tahun lepas. Aku buat pun sebab tiba-tiba rasa sakit sebelah kanan. Jadi, aku terus pergi LPPKN buat pemeriksaan dan nurse kata memang ada biji. Terus nurse buat surat untuk buat mammogram di Pantai Hospital Pandan Indah (dulu dkenali sebagai Hospital Pantai Indah). 

Untuk kos mammogram memang percuma. Subsidized by gomen. Tapi, dengan syarat korang kena pergi LPPKN dulu. Macam aku, lepas buat mammogram aku buat ultrasound. Ultrasound kena bayar sendiri. Lepas buat ultrasound aku pergi sendiri ke Pathlab Pandan Indah untuk buat blood test untuk "breast cancer". Alhamdulillah semuanya okay.

Dan dari dua minggu lepas, tiba-tiba rasa sakit balik di cik b bahagian kanan tapi tempat lain. Membengkak la juga sampai aku rasa berdebar-debar takut. Nak pergi buat mammogram time tu tak boleh. Kena tunggu at least tujuh hari lepas haid. 

Aku pergi Klinik Nur Sejahtera, Ampang 8 September hari tu. Hari Selasa hehe. Just walk in sahaja. Patutnya kena buat appointment. Tapi aku pergi pukul 12 tengahari. Kebetulan masa aku sampai orang dah tak ramai. Aku pun tak tahu kenapa aku tak call buat appointment hahaha. Aku cakap kat nurse, "takpelah saya boleh datang esok..." Tapi nurses kata takpe tak ramai orang dorang okay je boleh layan haha. Terima kasih nurse Klinik Nur Sejahtera, Ampang. 

Cumanya masa tu depa tak boleh buat "breast check" sebab masa tu kebetulan ada doktor. Bilik yang tempat dorang selalu guna untuk buat check-up tu doktor guna, jadi dorang terus buat surat je untuk aku bawa ke hospital. Kemudian kena bayar RM10.00.

Tiga tahun lepas kalau sekali dengan breast checkup kena bayar RM15.00. Sekarang kalau tak silap haritu aku baca rate baru RM25.00. Tak pasti sebab aku haritu tak ada breast check-up jadi kena bayar RM10 je.

Sampai kat hospital terus je buat mammogram. Dah tiga tahun berlalu aku lupa dah rasa sakit bila buat mammogram hahahaha. Serius memang sakit. 😂

Masa buat mammo bahagian kanan tak sakit sangat, tapi bila buat bahagian kiri rasa nak menitik air mata hahahaha. Tapi tarik nafas dan tahan je. Nak buat macam mana kan. Kemudian aku nak buat ultrasound, tapi doktor perempuan dah tak ada. Jadi, aku postponed the next day. Sebab doktor perempuan ada pagi je.

So, aku datang esoknya buat ultrasound. 

Rupa-rupanya, ada empat lump di bahagian kanan, Tiga yang sakit saiz 1.32cm. Tahun ni muncul lmp baru bersaiz 1.48cm yang sakit. Yang lain-lain tu masih kecil lagi. 

Bahagian kiri ada tiga lump. Ada satu yang besar saiz 3cm tapi, tak rasa sakit sebab di bahagian belakang. Patutlah masa buat mammo haritu sebelah kiri cik b aku rasa sakit gila bila kena kepit wakakaka. Rupanya ada seketul lump yang besar.

Aku pun terkejut. Banyak kot lumps aku ada. Alhamdulillah, doktor kata tak ada apa-apa yang suspicious tentang ''lump'' yang aku kata sakit. Mungkin sakit sebab lump tu di bahagian depan. Itu yang terasa.

Overall aku punya results ialah "BIRADS 2" ("Bilateral benign breast cysts (BIRADS II). Continue routine follow up.").

Maksud BIRADS tu adalah Jinak - Selamat (dan bukan kanser). 

Lepas dapat keputusan, aku terus hantar keputusan kepada Klinik Nur Sejahtera yang aku pergi. Hantar guna whatsapp je. Nurse call aku dan bagitahu yang aku tak perlu pun untuk dirujuk ke hospital sebab dia kata tak merbahaya. Tiada rawatan susulan yang diperlukan. Tak perlu nak buat biopsi, tak perlu buang, tak perlu aspirasi unless kalau sakit sangat. Cuma kena buat follow-up rutin sahaja.

Untuk aku punya kes, dua tahun setengah baru boleh datang balik melainkan kalau sakit. 

Apa yang nurse cakap aku punya lumps adalah dari bengkak susu. Anak aku Hanif dan Hadif dua² aku bf. Selalu kena bengkak susu especially time dalam pantang. Sebab baby masa tu kan kecik lagi. Banyak mana sangat dorang minum kan. Siapa yang pernah kena bengkak susu tahulah macam mana rasa. Boleh menangis dan demam dibuatnya. Keras macam batu. Kalau time mengeras tu bila dipam lagi sakit. Jangan bayangkan. Aku pun rasa perit dan ngilu bila ingat balik huhu. 

Kali ini aku tak buat, blood test untuk cancer (cancer-marker).Tiga tahun lepas aku buat. Kalau ikutkan buat mammogram dan ultrasound pun dah lebih dari cukup dah. Tapi kalau ada kemampuan tak ada masalah. Cumanya, tak ada beri perbezaan pun. Jadi kalau result mammogram dan ultrasound okay, InsyaAllah okay. Ultrasound kena buat. Penting. At least masa doktor scan tu kita boleh nampak biji² (lumps) tu di mana. 

Saturday, August 22, 2026

Hari Keusahawanan Sekolah Hanif

Gigihlah, bersemangat nak update entri sehari sekali tapi hancus. Bulan Jun tak update. Bulan July satu entri. Bulan Ogos ni baru nak update lagi satu entri hahaha.

Bukan aku tak ada benda nak tulis. Ikutkan banyak juga aku update status di Facebook, tapi nak masuk ke blog ni entah bila. Aku pulak busy baca kisah-kisah korporat dan update entri kat blog lagi satu. Jadi, dah tulis panjang kat sana namanya aku nak update entri kat sini memang tak ada laa.

Kekadang special occasion pun aku tak sempat nak tulis. Harini kira aku ada masa sikit. Boleh lah selit taip. 😅

Pagi tadi aku pergi sekolah Hanif. Kolej Tingkatan Enam Pudujaya. Support Hanif punya aktiviti sekolah Hari Keusahawanan. 

Aku saja datang pukul 11 pagi. Nasiblah ada parking redup seberang sekolah. 


Tanya anak aku ramainya yang datang. Hanif kata bekas students KTE pun ramai datang support. Parents pun turun support. Harga makanan dan air pun affordable. Macam² menu ada. Menu budak² gen z kan. 

Aku sampai kedai kelas anak aku, nampak Hanif tengah tumbuk cili tolong cikgu dia hahahaha. Bangga jugak aku tengok. Walaupun hanya tumbuk cili. Berbaloilah ajar dia masak. 

Beli Nasi Chicken Buttermilk untuk papa dengan Hadif. Lepas tu beli Latte kat kelas kawan² dia. Saja nak rasa. Sedap jugak iced latte dorang buat. 8/10. Ada bakat. Coffee pun guna yang premium. 

Yang lain² tak beli sebab aku bukan makan pun. Nampak semua macam sedap. Eh, rumah hantu pun ada. Tapi aku tak masuk. 

Ada karaoke. Masuk² je dengar ada orang nyanyi lagu Iban. Ramai juga yang berbakat menyanyi.

Aku pun pandai nyanyi gak. Nyanyi panggil hujan. 🤣

Ada beza Hari Keusahawanan sekolah menengah dengan KTE. Cara susun atur meja & booth pun lain. Susunan program pun lain. Macam pergi event di luar. 












Menu makanan yang Kelas Hanif jual. Chicken Buttermilk sedappp.
Hadif dengan papa dia kata sedap.