Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts

Thursday, June 12, 2025

Raya Haji (Aidiladha) 2025


Enam hari telah berlalu sejak Aidiladha, dan baru hari ini aku ada kesempatan untuk menulis entri baru. Akhirnya, aku dapat menarik nafas lega. Sebenarnya, ketika cuti Raya Haji yang lalu, banyak hal yang ingin aku buat, namun entah mengapa aku merasa enggan untuk menulis apa pun.

Pada akhirnya, aku menghabiskan waktu dengan menonton film dan drama seram.

Tapi, walaupun sudah terlambat aku masih mahu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua. Maaf zahir dan batin. 💚

Dibawah adalah antara Family photo Raya Aidiladha 2025 kami sekeluarga. Tahun ni Raya Haji semua gambar macam tak tahulah nak kata apa hahaha.

Gambar yang sekadar okaylah ada. At least bila orang tanya takde gambar Raya Haji ke? Ehh ada. Ni haah. Camera setting semua ke laut. 😅

Semua ambik gambar entah apa². Sibuk nak bekejar ke surau. Macam gambar tak siap terutamanya anak-anak dan suami. 😒

Syukur juga gambar aku dengan kakak ipar lawa sikit haha. Tidaklah rasa stress sangat. Lagipun kita memang ratu bergambar dalam rumah .

Tengok gambar anak-anak aku. Macam ni lah. 😭


Tetamu istimewa. Anak kakak ipar aku. Nama sedap Iris. Dah macam watak dalam.Ejen Ali kan.

Gambar kami tiga beranak suami aku ambikkan. Tak tahu nak.ketawa ke nak nangis. Tak ada jiwa betul. Suka tak suka kena redho awak huhuhu. Lagi parah kalau dia tidak mahu bekerjasama. 😅🤣

Wednesday, May 21, 2025

Koleksi gambar Raya Pertama 2025

Koleksi gambar Raya Pertama 2025.

Empat beranak

Abang Hanif dan Hadif



Us




Me and my sister in law

We are family



Di bilik hotel











💙💚💛💜

💜💛




😎😎😎



Raya Pertama di Hyatt Regency Huantan

Dah nak masuk Raya Haji barulah nak update ekk. 😆
Sesi bersalaman dan berpelukan di pagi raya

Yeay, on the way ke Kuantan

Sebenarnya, Raya tahun 2025 ni bukan kami plan sebulan sebelum raya. Kita dah plan hujung tahun 2024. Kakak ipar aku punya idea. Dia dah book hotel December 2024 hahaha. Awal gila kan. Kami anak beranak ikut je. Jadi, tak apalah kita pinjam je kampung orang. Bosan asyik raya kat KL je kan tiberrrr heheh.
Hadif dan Papa

Hanif dan papa

Papa dan mami (kakak ipar aku)

Kami pergi pada pagi Hari Raya Pertama. Selepas Solat Sunat Hari Raya kita bertolak. Baju kami? Dah tentu ikut konsep Hari raya sebab nanti bila sampai hotel nak ambik gambar raya. 😆
Anak bujang den, Hanif

Suami den

Anak bujang den yang nombor dua dan kuat drama, Hadif

Alhamdulillah, perjalanan kita lancar. Tidak ada kesesakan langsung. Sempat singgah di RnR. Ada juga kedai orang Islam buka pada Raya Pertama. Pada aku okaylah, sekurang²nya orang yang travel ke arah Pahang dan Terengganu ada tempat nak menyinggah untuk sarapan dan sebagainya.

Nampak anak den posing macam mana, posing
anak-anak muda zaman sekarang

Hadif posing

Posing yang sis mampu

Kami sampai di Kuantan dalam pukul 2.15 petang macam tu. Dah turunkan beg nak check-in tapi bilik belum siap lagi. Jadi, kita drop-off je barang then pergi Kuantan City Mall cari makan sekejap. Kita orang ni kalau pergi holiday tak masuk mall tak sah. Even pergi Langkawi pun cari mall hahaha adoi.
Berangan ekk...

Dah habis makan, pusing sekejap dalam pukul 6.00 petang baru sampai hotel. Kalut laaa masing-masing nak berfotografi. Ingatkan kita je yang sibuk beraya di hotel, rupa-rupanya ada lagi orang lain hahaha. Ramai juga yang bergambar kat kawasan hotel. Kami tak sempat dah nak bergambar kat area pool dan taman sebab kelam kabut nak Solat Maghrib. Lepas Maghrib barulah dapat bergambar dalam bilik.