Showing posts with label Mémoire Personnelle. Show all posts
Showing posts with label Mémoire Personnelle. Show all posts

Friday, February 6, 2026

Throwback hari kedua, keadaan atuk aku sakit

***Masa atuk aku sakit dulu, atuk aku jatuh dirumah, dibawa ke rumah mak aku masa tu di Sibu Jaya, kemudian dia kena kancing gigi, mak dengan arwah ayah aku bawa ke Hospital Sibu. Sampai di hospital terus koma dalam masa 24 jam. Aku dengan adik aku terpaksa balik Sibu naik flight yang paling cepat. Aku dah tulis rupanya tapi lupa nak publish. Alhamdulillah cerita ini masih ada bila aku belek "draft" yang aku tulis.

21 Jun 2013

Kata nak bangun pukul 5 pagi, tapi terlajak ke pukul 6. Kat sana pukul 6 dah terang benderang. Matahari dah tegak. Kalau kat KL pukul 6 tu gelap lagi. Nak bangun pun malas je rasa. 

Dengan segera bersiap then terus breakfast di Sibujaya satu family dengan aunty and uncle. Lepas breakfast terus ke hospital tengok atuk aku.

Hanif aku tinggal with his uncle yang paling bongsu. Pak cik kesayangan dia. Tak larat nak bawak pergi hospital nak melayan karenah dia. Kang ada yang pengsan sebelum masanya nanti. Akulah tu... Dah aku tengah pregnant.

Sampai di hospital doktor kata antibiotik for his heart dah habis but they add another antibiotic which is for his brain. Suprisingly, his heartbeat increased from 20-29 to 76-82. Kaki dan tangan pun ok tak pucat macam semalam. Mata boleh celik dan tangan kaki pun ada respon sampai doktor kena ikat both his hand kat katil sebab takut cabut tiub oksigen yang depa masukkan. Actually, i'm not satisfied why they need to continue the antibiotics. Tertanya-tanya sampai lah i managed to see one of the doctor who treated him. Masa tu time melawat tengahari dah nak habis.

Macam-macam soalanku tanya. Ye la tak puas hati. Sebab tengok ada respon tapi masih koma. Celik mata tapi tak kenal orang. Then, she the doctor explained one by one. Dia kata depa ada dua team. Satu is a primary team which is yang handle for the blood test, tentukan ubat etc. Dorang yang buat lab test what kind of bacteria yang serang atuk aku sampai teruk macam tu. They haven't found out but what they knew, it was high level bacteria. Bacteria ni serang otak, jantung, hati, spine dan darah dalam badan dia. 

Dorang dapat tahu pun sebab buat "Lumber Puncture", ambik air tulang belakang baru dapat detect bacteria tu. I tau pasal LP procedure pun sebab Hanif pernah buat when he was 4 days old. Tapi Alhamdulillah tak ada apa-apa. So, doktor kata brain infection. Resulted from test they have done depa decided to give him special antibiotic untuk bunuh bakteria-bakteria dalam badan dia. Kalau special dah tentu antibiotik tu very strong. Organ dalam badan dia pun not in good condition she said. 

Doktor kata they will try their best to save him but if tak boleh then the second team which they called themselves supporting team comes in. Lagi doktor kata apa yang kami nampak tangan dan kaki dia bergerak, mata celik is because of ubat. Dia tak sedar apa pun. Walaupun dia bukak mata sekejap tapi dia tak tau apa yang dia tengok. Otak dia tak boleh nak proses sebab alertness kurang. Dia tak kenal pun sape yang datang melawat tengok dia. Even if dia sembuh pun doktor kata tak macam dulu.

Disebabkan dia dah ada improvement kita pun balik awal sikit sebab nak masak apa semua then jenguk rumah nenek aku. Itupun sebab dah asyik kena halau dengan pak guard je. Tak nak gaduh-gaduh petang tu kita balik je la awal sikit. Yang jadi tukang masak ialah mummy tersayang. Menu nasi putih dan kari ayam. Tukang potong ayam adik lelaki den la. Aku tengok je huhu....dan makan. Rasa lega sikit sebab walaupun atuk masih tak sedar tapi ada improvement. Harap esok bertambah baik keadaannya....InsyaAllah.

***Sebenarnya atuk aku tinggalkan kami selepas 10 hari dia berada dalam keadaan koma. Masa tu aku dah balik KL dah. Tak boleh nak balik sebab keadaan aku yang sarat pregnant.

Wednesday, January 28, 2026

Dah daftar MyDigital ID?


Fuhh, hari ini aku register MyDigital ID beb! Rasa macam suatu kejayaan pulak hahaha...

Sebelum ni memang aku tak setuju pun dengan MyDigital ID. Even PADU pun aku tak daftar. Tapi yang membuatkan aku terpaksa mendaftar MyDigital ID dalam keadaan terpaksa rela kerana bila aku nak masuk aplikasi agensi kerajaan seperti MyJPJ tu kena guna MyDigital ID. 

Daripada apa yang aku baca, MyDigital ID dibangunkan MIMOS pada tahun 2016. Tetapi MyDigital ID Sdn Bhd ditubuhkan secara rasmi di Jabatan Perdana Menteri pada 15 Januari 2024. Yang mana pengurusannya perlaksanaannya dibuat oleh Jabatan Perdana Menteri. Berfungsi sebagai satu log masuk tunggal yang selamat untuk sistem MyNIISe dan dilancarkan pada Ogos 2024.

Kenapa tidak diurus dan dilaksanakan dibawah JPN? Nanti aku cari maklumat lebih lanjut keyh. 😆

MyDigital ID ini berfungsi sebagai identiti digital nasional untuk pengesahan dalam talian yang selamat tanpa menyimpan data biometrik katanya hehe.

Tapi kalau kau suka ke tidak, setuju ke tidak, tetap juga kena daftar macam aku. Suami aku dah daftar awal. Dari zaman PADU lagi. Aku ketinggalan jugak. Sebenarnya, ramai lagi yang tak daftar tu kan?😅

Kiosk MyDigital ID di Tealive, My Town

Selepas buat pendaftaran di aplikasi MyDigital ID, aku kena pula pergi ke Kiosk MyDigital ID untuk pengesahan "thumbprint". Macam-macam kan. Kita ni nak jadi rakyat yang patuh. Kalau tak melecehkan kita bukan gomen namanya.

Nak tahu lokasi kiosk MyDigital ID boleh klik sini. Semua out Tealive ada kiosk MyDigital ID. Yang paling dekat dengan ofis aku ialah Tealive Melawati Mall. Yang paling dekat dengan rumah aku ialah Tealive Ampang Point. 

Disebabkan aku rindu nak makan croissant dan hot chocolate, aku saja gatal pergi Tealive My Town Cheras hehe. 

Senang je, masukkan IC terus
Sekejap je nak buat pengesahan "thumbprint". Tak sampai 3 minit dah selesai. Masa nak buat tu berdebar juga sebab takut salah. Tapi ikut je arahan yang tertera. Cuma macam aku tadi macam cakap sorang². Nak masuk IC kat mana, nak thumbprint kat mana. 

Yelah, nak tanya adik kerja kat Tealive tu dia tengah sibuk. Takpelah, aku cakap je dengan Kiosk tu. Berjaya jugak. 🤣

Ikut je arahan, dah thumbprint, keluarkan IC

Thumbprint verification successful, Boleh Klik "done"
Dah selesai semua aku pergi beli croissant, beli barang sikit kat Mr Dollar, then balik huhu. Hot chocolate yang aku nak dah habis. 

Saturday, January 24, 2026

Sesi membalut buku rujukan Hadif

Gigih tak mak

Semalam, selepas sesi membeli Buku Rujukan, balik rumah aku terus cari plastik pembalut buku. Syukurlah aku tak beli. Melambak plastik pembalut buku yang aku beli untuk Hanif dulu. Rasanya, aku boleh balut semua buku Hadif sampai dia Tingkatan 5 nanti , punya banyak aku beli hahaha.

Gigih juga aku membalut buku semalam. Satu aku perasan, aku memang suka membalut-balut ni. Dulu masa mula-mula kerja kat Xtra Supermarket (sekarang dah tak wujud dah), aku suka balut gift customers. Aku macam suka buat kerja macam tu. Bila kaunter customer service tak ada orang jaga, akulah yang akan ganti staf di situ buat sementara waktu. Dan aku belajar membalut gift dengan kakak-kakak kaunter customer service. Dan setiap kali kalau aku pergi pasaraya beli hadiah dan minta tolong customer service balut aku akan perhati je macam mana mereka buat. Sebab lain orang lain caranya. 

Sampai sekarang, kat ofis pun aku juga yang membalut sabun. Macam satu kepuasan. Kalau ada orang berkebun untuk hilangkan stress, aku pulak akan hilang stress dan leka bila membalut apa-apa barang. Membalut ni perlukan skill. Bila aku tengok hasil kerja sendiri mesti akan puas. Sebab itu, kalau korang tengok adik-adik yang kerja customer service tu cara balutan dorang lain-lain. Asas sama. Tapi kreativiti tak sama.

Antara buku yang aku beli semalam

Tapi itulah, tak ku sangka dari sekolah sampai ke tua balut buku. Dulu balut buku sendiri. Sekarang balut buku anak². Nak tunggu dorang balut sendiri memang tak laa. Alasannya, mama balut lagi cantik. Pandai kan dorang bodek aku. Akulah yang tolong balut. Aku jugak tolong tuliskan nama dengan tarikh beli sekali. 

Tuan punya buku baring depan TV layan movie Avatar. 🥴

Malam tadi aku dah order buku Pendidikan Islam, Tatabahasa, Karangan Bahasa Melayu dan English. Memang murah dari aku beli kat distributor. Dah sampai nanti aku share okay.

Monday, January 19, 2026

Kena sidai dua jam di Klinik Kesihatan?

Slip MC Hadif haritu

‎Pada aku pergi klinik kesihatan kena tunggu dua jam tu kira cepat la tu. Dah tu, sepatutnya kena tunggu berapa lama? 1 jam? Setengah jam? Baru rasa cepat? ‎

‎Nak pergi KK ni kena bawak nama baru Sabariah. ‎ 

Mungkin masa tu tengah sakit teruk jadi 2 jam tu agak lama. Tak boleh nak salahkan mereka. Tapi, orang kita ni beratur demi makanan viral lebih 5 jam pun okay. Sebab sihat. ‎ ‎

Aku ni dari anak² aku lepas lahir sampailah besar memang kalau demam ke apa aku akan bawa pergi KK kecuali kalau betul² emergency baru aku pergi klinik swasta. ‎ 

‎Masa anak² aku baby aku selalu pergi klinik "after hour" di HKL. Masa tu klinik after hour masih lagi di bangunan Ortopedik tak jauh dari Wad Kayu tu. Berdepan dengan Masjid. Doktor ramai, patient pun ramai. Waktu menunggu lebih kurang 2-3 jam. Tak pernah ada masalah bagi aku kalau tunggu setakat dua jam tu. Rekod aku pernah tunggu sampai 4 jam tapi kita faham sebab patient ramai. 

Di wad kecemasan tunggu anak aku dapat katil wad sampai 18 jam pun pernah sebab takde katil. Bukan anak aku sorang je sakit. Call private hospital terdekat pun penuh. Bertabah je lah duduk kat emergency. At least doktor monitor setiap masa. ‎

‎Baru saja hari Khamis minggu lepas aku pergi Klinik Kesihatan. Appointment pukul 10.30. Siap kena beratur untuk scan, ambik nombor, check suhu badan, ambik darah. Jumpa doktor dua kali. ‎ ‎

By 12.00pm dah siap dan dah ambik ubat di Farmasi. ‎ ‎Kira 1 jam 30 minit. Okaylah, aku sampai klinik pukul 10.15am. So aku up jadi 1 jam 45 minit.  ‎
Klinik kesihatan ni ada masa doktor tak ramai. Ada yang cuti ada juga MC. Ingat doktor ni robot ke? Ada masa kalau doktor KK 2-3 orang macam klinik kawasan rumah aku pun still kena tunggu 2 jam sebab ramai patient. Ingat kau sorang je yang sakit? Ada masa doktor ni nak check seorang patient pun ambil masa yang lama. Lagi² kalau orang tua. Ada patient kena buat test darah etc, kena jumpa doktor dua kali. ‎ ‎

Laju selepas 12.15pm pasal patient pun dah kurang. Dan tak ada orang akan datang sebab alang². Dorang tahu time rehat pukul 1pm. Waktu high peak klinik kesihatan ialah dari pukul 9.00 pagi sampai 11.00 pagi. ‎ ‎

Kalau sakit sangat dah tak tahan pergi je kaunter beritahu dengan nurse atau pembantu kesihatan yang kau dah tak larat sangat nak pengsan, sesak nafas, jatuh pengsan depan bilik doktor mesti dorang akan bantu. ‎ 

Sebenarnya dalam keadaan kita sakit pun kita kena juga cuba berfikiran rasional. Lagi² kalau pergi KK. Kita sakit, ada orang lain pun sakit sama macam kita juga. Kita menunggu, ada orang lain pun menunggu macam kita juga.

Saturday, January 17, 2026

Hari kedua demam, bawa pergi klinik

15 Januari 2025, Khamis

Aku bawak Hadif pergi klinik sebab demam. Mula demam hari Selasa haritu. Balik sekolah terus lembik. Rabu aku takde bawak dia pergi klinik sebab ingat demam sehari je. Tapi, hari Khamis tak juga okay terpaksalah kena bawa pergi ke klinik.

Check suhu badan, time ni okay pulak suhu dia

Minggu pertama persekolahan dah demam. Risau sebab dua bulan lepas dia demam. Bulan lepas dia demam kena beguk. Ini tak sampai sebulan demam lagi. Doktor suruh check darah.  Alhamdulillah okay. Doktor kata mungkin disebabkan oleh virus. Dapat cuti sakit dua hari. Hari Khamis dan Hari Jumaat. Kira panjanglah cuti dia minggu pertama sekolah. 😅


Tunggu ubat kat farmasi

Kalau flashback masa dia masih baby dulu mahu dia meraung-raung menangis setiap kali ambik darah. Dari dalam perut kita pergi klinik yang sama. Dulu Klinik Ibu dan Anak. Sekarang klinik ni dah ditukar kepada Klinik Kesihatan. Klinik Ibu dan Anak ditukar ke bangunan baru bersebelahan sahaja. Ditukar selepas Covid-19.

Ye lah, Kampung Pandan Dalam mana ada Klinik Kesihatan. Dulu kalau tak pergi Klinik Kesihatan Desa Pandan aku akan pergi Klinik Ampang. Kadang-kadang aku ke Klinik Kuala Lumpur.

Sunday, January 11, 2026

Dari seorang anak yang manja, kini dah jadi remaja

Daripada berdukung macam ni manja dari baby, sampailah membesar jadi 
remaja dibawah.Masa masih berdukung tu umur dia 4 tahun. 
Badan dah la gebu. Macam nak patah pinggang aku. Nak juga minta dukung. 
Kalau tak berdukung, takde gambar raya lah kita berdua huhu. 

Lately ni aku pun rasa confius hahaha. 


Memang tak terasa dia membesar. Ada masa rasa macam dia kecik lagi.
Tapi dah habis sekolah. 
Rasa macam eh eh semalam je beranakkan dia. 
Tup tup, esok dah mula kerja part time. 
Haihh, dah besar dah anak aku sorang ni. Rasa terharu, sedih,
gembira semua perasaan tu bercampur baur.


Tinggal laa lagi sorang handbag kesayangan aku diatas yang masih bergaduh dengan aku setiap masa. 
Lagi 3-4 tahun dia pun akan jadi macam abang dia. Malas nak ikut aku ke sana sini. 😅

Friday, January 9, 2026

Imbas kembali kenapa aku suka berblog dulu

Throwback moreh gambar Ramadhan 2025 dengan suami somewhere in Bangsar hehe..

Aku ingat lagi aku mula menulis blog pada tahun 2009. Masa tu tengah fikir kat mana lah aku nak simpan memori dengan anak bila mereka dah besar. Apa kenangan aku dengan anak-anak nanti. Umur dah makin menua hehe.

Ramai blogger famous ketika itu. Kita ni biasa-biasa. Menulis untuk hobi suka-suka. Dari berblog aku kenal blog redmummy, cik epal, hanis zalikha, maria elena, ben ashaari, beautiful nara dan banyak lagi.

Semakin berkembang teknologi bila dah mula ada Facebook dan Instagram dah kurang orang menulis di blog. Aku dulu lebih banyak habiskan masa di Instagram. Sama juga seperti blogger yang popular ni macam cik epal etc mereka fokus di Instagram.

Bila dah mula berniaga dan belajar personal branding, barulah aku banyak bersosial media di Facebook. Sampailah bila Instagram peribadi aku kena delete, blog dot com aku tak boleh renew, aku terus fokus di Facebook. Merajuk.😒

Mau tak merajuk. Stress semua ada sebab trafik masuk ke blog masa tu tengah menaik. Sakit hati. So aku stop berblog. Cuma bila dah biasa menulis rasa akan janggal la kalau tak update blog. Jadi, aku tulis lah entri dengan niat untuk buang sawang.

Lama - kelamaan, seperti biasa teruskan hidup sampai dua tahun aku tak update blog langsung atas sebab masa tu sibuk. Memang tengah sibuk. Sibuk meniaga, Sibuk anak-anak sekolah. Sibuk dengan hal keluarga. Mak mertua aku meninggal, ayah kandung aku meninggal. Semuanya aku tak update di sini,

Tapi sekarang bila naik satu persatu memori di Facebook, rasa menyesal pula aku tak tulis semuanya. Kalau aku tulis semua kisah penting dalam kehidupan aku, mesti aku sendiri pun seronok membacanya hahaha. 

Dan segala aktiviti yang aku buat, isu-isu politik dan sosial serta isu Kepentingan Awam semuanya aku akan tulis di blog aku lagi satu: szoofficial.blogspot.com

Wednesday, January 7, 2026

Sibuk awal Tahun 2026

Geng Tumbler beraksi

Selepas studio "dirombak" minggu lepas (tahun 2025) terpaksalah setup studio di tempat lain.

Bila dah setup studio "pindah pindah" atau studio "lari lari" kita pun terpaksalah jadi macam "nomad". Bukanlah berpindah randah. Cuma kena keluar dari ofis beberapa jam ke studio baru pindah² untuk buat live.

Baru dua hari dah rasa serabut. Sebab apa? Bangun pagi dah lambat. Masuk ofis selepas tengahari. Pukul 3.30pm dah kena keluar dari ofis. Pukul 7.00pm baru balik ofis. Then baru balik rumah. 😅

Busynya!!! Kannn....

Dah 5 hari aku skip kelas. Haritu alasan tahun baru. Punya malas padahal kelas online je. Anytime boleh masuk buat nota sendiri dan buat assessments.

Jadi, harini aku cuba untuk buat komitmen masuk ofis sebelum pukul 12 tengahari. Terlajak la juga. Sebab dah terbiasa masuk lambat jadi nak adjust time supaya lebih berdisiplin raya payah. 

Masuk ofis pun masih sibuk dengan isu-isu viral dua tiga hari ni. Boleh baca di blog aku lagi satu di SINI😆

Sunday, January 4, 2026

Tiada azam baru untuk Tahun 2026

Assalamualaikum dan Salam Tahun Baru 2026. 

Macam dah terlambat nak wish Tahu Baru. Tapi tak juga kan. Baru 3 Januari. Kira okay lagilah.

Tahun ni aku tak ada azam tahun baru. Aku cuma nak. 

Pertama, aku nak padamkan gambar dan video aku yang dah berpuluh ribu dalam telefon dan google drive. Google drive aku 200gb pun dah penuh. Takkan nak subscribe sampai 1 TB. Mampuih nak bayar huhu. Suka tak suka kenalah padam, pindahkan gambar dan susun balik semua. Tapi, tak tahulah bila akan habis. 

Kedua, aku nak sambung konsisten menulis di sini dan blog SZO Official. Cuba letak komitmen seminggu tiga kali. Mampu ke tidak itu tolak tepi dulu. Yang penting ada cita-cita murni hahaha.

Ketiga, aku nak study lebih sikit. Aku sambung belajar online. Cari kursus yang aku boleh belajar online dengan buat assessment online. Tahun lepas (2025) aku cuma dapat complete 10 kursus pendek. Itu pun aku bermula bulan Semptember 2025. Agak lewat. Ikut perancangan awal tahun 2025. Tapi disebabkan busy dengan kuih, kerja kebajikan etc dah terpaksa tangguhkan niat suci aku. Tahun ni aku nak fokus lebih sikit untuk belajar. Tak kira apa jenis kursus pun aku akan ambik.

Keempat, buat kucing comel gebu gebas orang lain macam kucing sendiri. Okay ini gurau je.🤣

Kelima, aku nak block semua drama pendek especially drama pendek Cina. Semua ni buat aku ketagih tahu tak? Tapi dua hari ini aku dok layan juga drama Cina pendek ni huwaaa. Semua ini adalah racun. Janganlah terjebak. Kalau terjebak memang habis. Tapi aku nak juga share drama pendek apa yang paling best. Biar korang teracun sama-sama. Takkan aku seorang je terjebak.

Aku harap aku berjayalah nak tepis segala godaan kehidupan tahun ni untuk mencapai niat yang "tiada azam". 

Azam untuk kurus pun tak ada. Sebab aku dah tak kisah pasal berat. Aku tahu macam mana nak turunkan dan naikkan berat dan nak maintain berat. Cuma aku tak nak montel je.😅

🅗🅐🅟🅟🅨 🅝🅔🅦 🅨🅔🅐🅡 2026 🅢🅔🅜🅤🅐

Aku doakan semoga korang yang baca blog aku ni semakin dilimpahruahkan rezeki, diberi kelapangan dada serta berjaya dunia dan akhirat. Amin. 

Kalau sudi singgahlah blog sosial politik aku szoofficial.blogspot.com okay. Sayang korang semua. 😘

Tuesday, September 9, 2025

Kakak ipar masuk hospital check-in diri sendiri

Malam tadi, aku tidur awal—belum pun pukul 10 malam mata dah terlelap. Rasa macam tak biasa pula, sebab biasanya mata ni susah nak lelap awal. Tapi itulah, mungkin badan penat sangat.

Sebelum tidur, aku sempat dengar suami aku cakap yang kakak ipar nak ke hospital. Tapi aku tak tanya lebih, sebab mata pun dah berat sangat. Dalam kepala fikir, “Oklah, nanti pagi-pagi boleh tengok update.” Tak sangka, rupanya dia terus admit masuk wad malam tu.



Lepas Subuh, aku keluar berlari macam biasa. Dah selesai, terus balik rumah, mandi, bersiap, dan on the spot panggil Grab ke hospital. Kakak ipar aku masuk wad malam tadi dalam keadaan tak berapa stabil, jadi nurse tak benarkan dia turun ambil barang. Takut dia terpengsan katanya.

Barang-barang dia—beg baju, bantal, charger semua—masih elok tersimpan dalam kereta. Jadi, aku datang tolong hantarkan. Takkan nak biar dia tanpa barang keperluan. Dalam hati kata, "Kesian pula, masuk wad sorang-sorang macam tu."



Sampai-sampai dekat hospital, aku pun tarik beg kakak ipar—jenis beg tarik yang gaya ala-ala pelajar Akademi Fantasia tu, siap dengan bantal peluk dan semuanya. Tiba-tiba pak guard tanya,

“Masuk hospital ke?”

Aku pandang dia sambil senyum—mekap on point, baju elok, muka ceria—dalam hati, “Eh, saya nampak tak sihat ke?” 😅 Tapi takpelah, mungkin dia cuma nak bantu.

Masa tu aku teringat balik zaman aku sendiri pernah ‘check-in’ hospital. Kena denggi. Sedih tak payah cerita. Rasa macam dunia ni sunyi gila. Duduk sorang dalam wad, dengan badan lemah dan mental pun down. Memang pengalaman tu buat aku lebih faham perasaan orang yang kena admit hospital tanpa ditemani sesiapa.

Sebab tu pagi ni aku cepat-cepat datang. Tak nak bagi kakak ipar rasa sunyi macam aku pernah rasa dulu. Bukan seronok pun tidur hospital. Huhu.

Monday, September 8, 2025

Kenapa aku suka bawa Hanif pergi perpustakaan?

*Lokasi Tingkat 3, Perpustakaan Negara Malaysia. Jenuh naik tangga.
Sebab tu bila dah naik kami tak turun dah.🤣

Masa dimanfaatkan sepenuhnya
Sebab, bila di library dia memang manfaatkan masa sepenuhnya untuk ulangkaji. Tujuh jam kami duduk di perpustakaan maka, tujuh jam juga dia fokus study.

Pagi, bangun awal. Makan dulu (kalau aku dah masak) atau makan kat kedai. Tak pun bila sampai library dah dapat meja kita akan turun makan kat kafe barulah mula study. Jadi, masa untuk belajar tu tak terganggu.

Kalau dirumah, sekejap adik panggil, sekejap adik ajak dia bercerita, sekejap adik tanya soalan macam-macam. Bila dia tak respon adik dia merajuk terus mengadu. Nanti dia juga kena tegur dengan papa atau dengan aku terus mood nak study tu akan hilang. Tak termasuk kena angkat baju la, papa panggil laa etc. Nanti perkara yang dia sepatutnya dah faham dia akan jadi tak faham sebab terganggu. 

Persekitaran yang relaks di rumah
Dekat dengan katil. Rasa letih terus baring. Kadang² terleka sampai setengah jam. Kadang² tertidur. Tambah pulak budak lelaki. Hmmm. Senang sangat hilang mood. Sudahnya nanti aku yang mengamuk. 😆

Lebih baik kita keluar. Pakai baju cantik². Smart. Then lepak perpustakaan. Itu dinamakan "enclothed cognition". Otak kita akan dapat signal dan baca sebagai "oh dah sedia untuk belajar" dan automatik otak akan jadi lebih fokus.

Lain orang lain cara. Macam Hanif cara aku nak bagi dia fokus seperti di atas. 

Pengorbanan ibu dan bapa
Paling penting, kita as a parents sanggup atau tidak untuk berkorban. Antara dua. Ibu atau ayah. Kalau kedua duanya sanggup berkorban lagi bagus.  Aku berpegang kepada kepercayaan tak pandai takpe yang penting rajin. Kita ni kena sentiasa bagi semangat kat anak. Kalau aku lemau anak² aku apatah lagi. Suka laa depa. Jadual ulangkaji aku yang susun. Anak perempuan mungkin tak perlu la kan. 

Bagaimana dengan Hadif?
Untuk anak yang banyak drama tu aku tak tahu lagi. Tahun depan aku akan mula ujikaji anak aku sorang tu. Nampak macam aku kena kerja lebih keras je akan datang. 😆

Wednesday, August 27, 2025

UEC vs SPM: Berbaloi Ke Hantar Anak ke Sekolah Swasta Cina?

Masa daftarkan Hanif masuk Darjah 1 (2015)

Sejak awal, aku pernah ada cita-cita nak hantar Hanif ke Sekolah Swasta Cina atau lebih dikenali sebagai Chinese High School (CHS). Rasanya masuk akal sebab dari kecil lagi dia dah terdedah dengan persekitaran bahasa lain mula-mula masuk Tadika English Medium, kemudian Tadika Cina, dan seterusnya ke SRJKC.

Masa tu aku yakin, CHS ni memang laluan terbaik untuk dia. Tapi akhirnya, aku tak jadi hantar. Dan bila Hanif dah Tingkatan 5 sekarang, aku mula rasa sedikit menyesal.

Kelebihan Chinese High School (CHS)

Ramai ibu bapa mungkin tertanya-tanya, apa yang istimewanya CHS ni? Berdasarkan pemerhatian dan pembacaan aku, ada beberapa sebab kenapa sekolah ni patut dipertimbangkan.

1. Silibus UEC Lebih Mencabar
Di CHS, pelajar akan ambil Unified Examination Certificate (UEC). Untuk peringkat menengah atas (Senior Middle Level), silibus dia memang setanding dengan STPM atau A-Level, bukannya SPM.

Contohnya, subjek Matematik dan Sains di UEC lebih mendalamada topik yang biasa pelajar jumpa di universiti, tapi di CHS mereka dah belajar lebih awal.

2. Trilingual Education
Bahasa pengantar utama ialah Mandarin, tapi English dan Bahasa Melayu tetap subjek wajib. Hasilnya, ramai graduan CHS fasih dalam tiga bahasa sekaliguskelebihan besar untuk kerjaya masa depan.

3. Disiplin & Budaya Belajar
Jadual di CHS biasanya panjanghingga pukul 4 atau 5 petang. Homework banyak, standard akademik ketat, dan pelajar dibiasakan dengan workload tinggi. Secara tak langsung, mereka dilatih untuk tahan lasak dalam pembelajaran. Kokurikulum pun sangat aktif.

4. Yuran Lebih Murah
Berbanding sekolah swasta lain, yuran CHS jauh lebih berpatutan. Jadi, nilai yang diperoleh sebenarnya sangat berbaloi.

Kenapa Aku Tak Jadi Hantar

Walaupun banyak kelebihan, aku mula ragu selepas berbincang dengan cikgu tusyen Hanif. Adik-beradik dia sendiri sekolah di CHS, dan dia kata memang mencabar. Sampai ada yang hampir nak give up.

Tambah pula, pelajar CHS biasanya ambil dua exam sekali gus – UEC dan SPM. Aku mula risau Hanif tak mampu adapt dengan tekanan akademik tu. Akhirnya, aku ambil keputusan untuk tidak hantar.

Rasa Menyesal Bila Anak Dah Tingkatan 5

Sekarang bila Hanif dah Tingkatan 5, rasa menyesal pula. Aku yakin sebenarnya dia mampu lulus UEC kalau dari awal aku berani teruskan pilihan tu. 😅

Nasihat Untuk Ibu Bapa

Kalau anak-anak anda belajar di SRJKC, dan Mandarin mereka dah bagus, aku sarankan teruskan je ke Chinese High School.

Kenapa? Sebab CHS tawarkan dua laluan serentak:
  • Kalau tak lulus UEC, masih ada SPM
  • Kalau tak lulus SPM, masih ada UEC

Cuma satu syarat penting, kena betul-betul sedia dari segi Mandarin. Jangan risau kalau karangan panjang Mandarin lemah pada awalnya, sebab cikgu-cikgu di CHS biasanya sangat membantu, malah ada kelas tambahan (extra class) untuk pelajar.

****UEC memang tak diiktiraf oleh kerajaan Malaysia untuk masuk universiti awam (IPTA). Jadi kalau pelajar hanya ada UEC tanpa SPM, mereka tak boleh terus masuk IPTA.

Tapi kebanyakan CHS tawarkan 2 laluan serentak: UEC + SPM. Jadi pelajar ada “backup”:
  • Nak masuk IPTA, guna keputusan SPM.
  • Nak masuk IPTS (swasta Malaysia) atau universiti luar negara, boleh guna UEC (diiktiraf sangat meluas di luar).
Contoh situasi:
Kalau kata Hanif lulus UEC tapi nak masuk UKM, tetap kena guna SPM.
Tapi, Kalau Hanif nak ke universiti di Taiwan, Singapura, UK, Australia, dll boleh terus guna UEC (tak perlu SPM).

Untuk Anak Kedua, Hadif

Cuma untuk anak kedua aku, Hadif, aku tak bercadang nak hantar ke CHS. Mandarin dia tak sekuat abang dia. Abang dia pun tahap biasa-biasa je, bayangkan Hadif pula macam mana. Aku takut nanti hari-hari balik rumah menangis sebab homework yang banyak. 😆

Hanif Darjah 6 (SRJKC Tsun Jin, KL)

Kesimpulan

Setiap anak ada kekuatan dan kelemahan masing-masing. Sebagai ibu bapa, kita kena realistik dengan kemampuan anak sebelum pilih sekolah yang sesuai.

Chinese High School memang banyak kelebihannya, silibus UEC yang mencabar, peluang menguasai tiga bahasa, dan budaya belajar yang disiplin. Tapi ia juga datang dengan cabaran tersendiri.

Kalau anak memang ada asas Mandarin yang baik, aku akan kata jangan ragu untuk teruskan. Tapi kalau tahap bahasa tu lemah, mungkin lebih baik cari laluan lain yang lebih sesuai.

Akhirnya, yang paling penting bukanlah nama sekolah, tapi bagaimana anak boleh berkembang dan bahagia dalam proses belajar. 💖

Perancangan aku untuk Hanif selepas SPM ialah, aku akan masukkan dia ke dalam Kelas Mandarin untuk dia sambung belajar Mandarin semula.

Dan setakat ini aku tak pernah menyesal hantar anak-anak aku ke SRJKC. Kalau diberi pilihan sekali lagi pun aku tetap akan hantar anak-anak aku ke SRJKC.

Wednesday, July 9, 2025

Tak sihat lain macam kali ni

Malam sebelum appointment dengan dentistry UM aku tak boleh tidur. Terbersin non stop. Telan ubat sinus pun masih lagi tak okay. Jadi lagi teruk. Lepas tu rasa badan sejuk semacam sampai kena tidur pakai hoodie jacket. Tutup kepala semua then berselimut. 

Esoknya bangun pun sama juga bersin², mata berair. Telan lagi ubat sebab nak pergi hospital. Rasa pelik sebab biasa kalau sinus bila dah tidur dan rehat, bangun pagi dia akan okay. Ini tak. 

Syukur masa check gigi apa semua tu tak bersin sangat. Tapi hidung rasa tersumbat tak boleh bernafas hahaha. Aku gagah je lah. Cumanya tak jadi cabut gigi tu terus balik.

Balik rumah terus terbaring kat sofa, mata berair. Badan rasa tak sedap. Makan ubat tidur sampai malam. 

Rabu lepas, dah tak boleh bangun. Anak² bangunkan pun tak larat. Tak dapat aku nak hantar anak² sekolah. Badan dah sakit². Rasa nak muntah. Flu dengan batuk non stop.  Tapi bila batuk tu belakang jadi sakit. Macam tertarik urat belikat tu bila batuk. Seksanya aku rasa. 🤣

Tak tahu nak makan apa, telur
setengah masak je la

Aku tak masak. Dua hari laki aku masakkan megi sebab aku rasa Ya Allah sedapnya megi ko masak. Tapi makan sikit je. 

Aku paksa diri sendiri minum air banyak². Sampai setiap sejam pergi tandas. Setiap 4 jam telan panadol. Tidur bangun je kerja aku. 

Khamis tu macam dah kurang, tapi badan masih tak larat. Batuk pun berkahak. Selera makan hilang. Tapi teringin macam². Pun husband aku masakkan megi yang aku cuma makan dua tiga sudu je. Nasi aku tak lalu makan. 

Aku masuk office hari Isnin minggu ni. Masih rasa tak sihat. Kawan² office pun ada yang demam, ada yang baru nak demam. Semalam, aku masuk ofis jugak tapi lepas lunch aku balik. Ada kawan² aku pun balik. Tak tahan. Aku balik aku baring, rehat dan tidur. Aku paksa diri makan nasi. 

Pagi tadi Alhamdulillah dah rasa sihat sikit dari semalam. Tapi disebabkan pergi lunch panas terus rasa badan lembik dan rasa nak muntah. 😅

Aku nak pergi Dentistry PPUM pun tak boleh lagi sebab badan sekejap okay sekejap tak okay. 

Tak pernah lagi aku tak sihat melarat macam ni. Demam tu dah baik. Batuk dan kahak tu ada sikit lagi. Cuma badan tu masih rasa tak sihat. Mungkin sebab minggu lepas aku tak makan jadinya lama masa yang badan aku ambik untuk recover.

Tapi itulah, mana boleh dipaksa kalau tak ada selera makan. Hari ni pun tekak aku masih rasa tawar je. Aku gigihkan diri jugak la makan nasi.

Petang pulak tetiba teringin Nescafe tarik. Pergilah kedai mamak. 😅

Friday, July 4, 2025

Temujanji untuk cabut gigi, tapi tak jadi

Selasa lepas bersamaan dengan 01 Julai 2025, aku pergi PPUM lagi dalam keadaan cuak jugak khennn sebab nak cabut gigi kononnya. Laki aku kata lepas cabut nanti gusi awak bengkak, tak boleh makan dua tiga hari. Aku macam eh seram gak la.



Student tahun ketiga yang dapat kes aku. Sekali, bila check balik dah tanya balik pakar apa semua dorang bagi pilihan samada nak cabut gigi tu atau nak selamatkan gigi. Kalau boleh dorang nak selamatkan gigi sebab gigi masih cantik, takde masalah, tak ada lubang, tak ada karies etc. Sayang kannn aku dengan gigi aku selama aku hidup ni. Jaga baik punya hihihi.

Lagipun dorang kata akak muda lagi.😆



Fracture tu ada tapi halus di bahagian gigi bawah. Memang susah nak nampak kalau tak tengok betul². Gigih dorang suluh nak cari fracture tu tadi hahaha. Jadi, prof dorang kata kalau nak cabut boleh, nak try selamatkan gigi dulu pun boleh. Prof dorang kata kalau cabut nanti takde gigi dahhh. Amboiii prof depa punnn. Kes aku dah ditukar kepada postgraduates yang lain. Tunggulah next appointment dorang akan panggil.

Yang aku?

Okay je tak ada masalah. Memang macam complicated sebab gigi aku tu dah crack. Tapi, Try je lah. Mana tahu. Tak boleh akan datang pun boleh cabut. Lagipun sebelum ni pun aku pernah buat root canal kat sini. Student jugak yang buat. Alhamdulillah elok sampai sekarang. So aku yakin dengan kebolehan generasi anak² muda kita kat PPUM. Tiberrr. 💪😆

Dua jam aku kat PPUM tapi demi gigi takpelah. Hadap je.

Monday, June 30, 2025

Serah diri ke Klinik Pergigian Universiti Malaya (PPUM)


Last aku datang Klinik Pergigian PPUM tahun 2007. Masa tu buat root canal. Kad pun dah lusuh. Dah pergi klinik biasa sebelum ni tapi doktor kata masa tu okay lagi tak payah buat apa². Yelah, gigi elok lagi kan. Harini datang sebab gusi membengkak hampir dua minggu. Sakit pulak tu. Ada rawatan yang klinik biasa tak boleh buat tapi hospital boleh buat. Sebab itulah, datang ke sini huhu. Lama tak datang sini, sesatlah jugak sebab banyak dah berubah. 😅


‎Selepas kena check dan xray doktor kata gigi ada fracture. Fracture yang doktor pun tak boleh nampak. Gigi cantik tak ada lubang. Sebab tu susah nak tengok. ‎Bila kuman & bakteria masuk melalui gigi pecah, itu yang sebabkan infection kat gusi sampai bernanah dah terjangkit kat tempat lain. Maka sebab itu gusi membengkak teruk. Urat gigi pun dah mati. Nak buat root canal macam dulu tak boleh sebab gigi tu dah retak. Kalau buat root canal pun nanti gusi akan bengkak juga. Jadi, solusinya kena cabut gigi tu then buat rawatan gusi. ‎Esok kena pergi dan cabut gigi. ‎Aku tak takut kena cabut gigi. Aku takut kena cucuk dengan jarum bius. 😅

Wednesday, May 21, 2025

Lengan baju terbakar

Teruk kan, tapi aku pakai jugak hahaha

Pagi tadi aku cakap kat husband, "Cuba tengok lengan baju saya terbakar beberapa bulan lepas kena iron... "

Mula² dia tak berapa dengar. 

Kali kedua aku cakap benda yang sama. Lepas tu dia pandang je muka aku. Tak ada cakap apa². Musykil juga aku. Selalunya dia respon. 🤔

Aku sebenarnya tunggu ayat, "Takpelah, awak beli je baru..." 

Kalau aku yang cakap nak beli baru nanti dia kata baju awak tu ada berjuta la, boleh buat meniaga la bla bla bla, itu laa yang aku malas. Nanti dari baju dia berjangkit kat tudung. Tudung pun berkoyan-koyan kannn. 🤭

At least bila dia yang cakap nanti kalau aku beli 4-5 pasang baju aku bolehlah bagi alasan, "eh kan awak yang suruh beli hari tu..." 

Tapi, itulah... Aku rasa aku dah salah taktik. Kena cuba lagi gamaknya. 🤧🤣

Friday, May 16, 2025

Tukar tayar kereta selepas enam tahun

Kali terakhir kereta aku ditukar tayarnya adalah pada tahun 2019. Aku rasa macam tahun 2018 tapi suami kata 2019. Lebih kuranglah kan. Cincai kira huhu...

Dua bulan lepas tiba-tiba aku perasan tayar depan kiri kereta aku botak teruk. Kemudian aku check yang lain pun dah botak rupanya. Cuma tak seteruk tayar kiri bahagian depan. Dah la aku ni kekadang melesit jugak memandu kereta.



Kemudian, aku pun snap gambar hantar kepada suami. Suami kata okay je lagi boleh pakai. Aku kata teruk ni. Dia kata boleh je. Jadi, aku pun diamlah. 

Dua minggu lepas, aku hantar kereta untuk tukar minyak gear box. Suami yang hantar. Lepas dah tukar tu dia balik kata, "Tayar kereta awak botak teruk tu..."

Aku keliru sekejap. 

Aku kata, kan dah cakap haritu. Siap tunjuk gambar lagi. Dia boleh tanya aku balik, "Iye ke?"

Aku cakap, "Iye, kan saya dah bagitahu tayar kereta depan tu botak teruk. Nak kena tukar. Lepas tu kata boleh guna lagi..." Dia pulak yang tercengang.

Dia kata, "Kena tukar tu sebab dah teruk sangat. Jangka hayat lagi sebulan tu..." 

Eh, seram pulak aku dengar. Terus time tu juga dia survey cari kedai tayar mana yang boleh dapat murah.

Alhamdulillah, minggu lepas owner kedai tayar tu order. Minggu ni dah boleh tukar. Hari Selasa lepas.

Kereta aku guna tayar Yokohama sebab kereta aku jalan setiap hari, ada masa kena jalan jauh. Ye lah kalau nak uruskan kes, bawa orang pergi hospital ke mana mana, sekurang-kurangnya lama juga pakai. Lagipun tayar jenama Yokohama ni antara yang bagus tapi harga tak cekik sangat huhu. Tapi rezekilah, dapat tukar keempat-empat tayar dengan Harga: RM800 termasuk dengan balancing, valve dan lagi satu aku tak ingat. Itupun suami aku yang bodek² Supervisor kedai tu. Kalau aku tak pandai tawar menawar ni.

Pada pendapat aku, kalau usia tayar tu berumur 6 tahun tapi masih elok, tayar masih ada bunga lagi dan tak botak boleh je guna lagi setahun melainkan kes macam tayar aku.

Zaman sekarang kan semuanya mahal, jadi fahamlah kan kalau orang berat nak keluarkan duit untuk tukar tayar. 

Tapi, kena ingat KESELAMATAN itu sangat penting juga. Kena lebih berhati-hati memandu jika tayar dah hampir botak teruk.

Friday, January 17, 2025

Makan malam bersama dengan team

16 Januari 2025,

Selepas habis mengemas barang-barang di office, kita semua meeting sekejap. Alhamdulillah, semuanya sudah selesai. Team pun dah cukup. Jadi dah boleh mula bekerja full swing.

Mengemas barang-barang sis

Team Dinner

Seronok masing-masing dapat keluar makan beramai-ramai. Kira inilah pertama kali makan beramai-ramai dengan team.

Bila team semakin besar, tanggungjawab pun semakin besar. Mereka juga punya semangat yang tinggi untuk membina hidup baru. Kita hanya bantu setakat yang mampu. Kalau kes mereka berjaya kita pun tumpang bangga.

Satay

Tidak salah bila kita mahu berubah ke arah yang lebih baik. Yang salah kita tidak memberi mereka peluang untuk berubah.

yang tidak mahu berubah walaupun sudah dibantu kita pun tidak boleh berbuat apa-apa.

Thursday, January 16, 2025

Mereka yang bermuka-muka yang meracuni diri

Malam ini agak susah nak lelapkan mata. Jadi, disebabkan aku sedang mengemaskini blog seperti biasa aku tulis apa yang aku rasa nak tulis. Tak semua perkara aku update di Facebook dan sebenarnya lebih selesa untuk menaip di blog berbanding di Facebook. Mungkin dari dulu aku bermula dengan blog jadi aku lebih selesa di sini.

Ehsan dari Google

Bila dah susah nak lelapkan mata buat aku terfikir tentang orang yang suka bermuka-muka ini. Depan baik tapi dibelakang kita Allahu, beliau sangat membenci kita. 

Kadang-kadang kita berada di situasi yang tidak tahu menahu tiba-tiba dibenci dan dikutuk dari belakang.

Benda yang aku belajar, bermuka-muka atau bermuka dua ini sangatlah bahaya sebab ia merupakan suatu penyakit yang tidak boleh diubati.

Di depan kita berbuat baik tetapi dibelakang kita, kitalah yang paling berdosa dan jahat. Penyakit bermuka dua ini sangat kronik kerana ia boleh meracuni diri sendiri serta memudaratkan orang di sekeliling. Ia membiak seperti virus.

Gambar ehsan dari Google

Sekiranya, orang sebegini berada di dalam suatu organisasi percayalah ia boleh menghancurkan organisasi tersebut kerana ia boleh mengganggu proses kerja seharian. Tak cukup dengan itu ia boleh membelenggu kehidupan kita.

Satu benda yang aku takut dari dulu ialah bermuka-muka.

Pada aku nak jahat tu jahat terus tak apa sebab you are being transparent to yourself.

Tetapi kalau bermuka-muka ni takut. Depan kita macam baik sangat. Tetapi dibelakang kitalah insan yang paling jahat sekali.

Dan sejujurnya, aku memang tidak boleh hidup dengan orang-orang sebegini.