| Slip MC Hadif haritu |
Pada aku pergi klinik kesihatan kena tunggu dua jam tu kira cepat la tu. Dah tu, sepatutnya kena tunggu berapa lama? 1 jam? Setengah jam? Baru rasa cepat?
Nak pergi KK ni kena bawak nama baru Sabariah.
Mungkin masa tu tengah sakit teruk jadi 2 jam tu agak lama. Tak boleh nak salahkan mereka. Tapi, orang kita ni beratur demi makanan viral lebih 5 jam pun okay. Sebab sihat.
Aku ni dari anak² aku lepas lahir sampailah besar memang kalau demam ke apa aku akan bawa pergi KK kecuali kalau betul² emergency baru aku pergi klinik swasta.
Masa anak² aku baby aku selalu pergi klinik "after hour" di HKL. Masa tu klinik after hour masih lagi di bangunan Ortopedik tak jauh dari Wad Kayu tu. Berdepan dengan Masjid. Doktor ramai, patient pun ramai. Waktu menunggu lebih kurang 2-3 jam. Tak pernah ada masalah bagi aku kalau tunggu setakat dua jam tu. Rekod aku pernah tunggu sampai 4 jam tapi kita faham sebab patient ramai.
Di wad kecemasan tunggu anak aku dapat katil wad sampai 18 jam pun pernah sebab takde katil. Bukan anak aku sorang je sakit. Call private hospital terdekat pun penuh. Bertabah je lah duduk kat emergency. At least doktor monitor setiap masa.
Baru saja hari Khamis minggu lepas aku pergi Klinik Kesihatan. Appointment pukul 10.30. Siap kena beratur untuk scan, ambik nombor, check suhu badan, ambik darah. Jumpa doktor dua kali.
By 12.00pm dah siap dan dah ambik ubat di Farmasi.
Kira 1 jam 30 minit. Okaylah, aku sampai klinik pukul 10.15am. So aku up jadi 1 jam 45 minit.
Klinik kesihatan ni ada masa doktor tak ramai. Ada yang cuti ada juga MC. Ingat doktor ni robot ke? Ada masa kalau doktor KK 2-3 orang macam klinik kawasan rumah aku pun still kena tunggu 2 jam sebab ramai patient. Ingat kau sorang je yang sakit? Ada masa doktor ni nak check seorang patient pun ambil masa yang lama. Lagi² kalau orang tua. Ada patient kena buat test darah etc, kena jumpa doktor dua kali.
Laju selepas 12.15pm pasal patient pun dah kurang. Dan tak ada orang akan datang sebab alang². Dorang tahu time rehat pukul 1pm. Waktu high peak klinik kesihatan ialah dari pukul 9.00 pagi sampai 11.00 pagi.
Kalau sakit sangat dah tak tahan pergi je kaunter beritahu dengan nurse atau pembantu kesihatan yang kau dah tak larat sangat nak pengsan, sesak nafas, jatuh pengsan depan bilik doktor mesti dorang akan bantu.
Sebenarnya dalam keadaan kita sakit pun kita kena juga cuba berfikiran rasional. Lagi² kalau pergi KK. Kita sakit, ada orang lain pun sakit sama macam kita juga. Kita menunggu, ada orang lain pun menunggu macam kita juga.
No comments:
Post a Comment