Saturday, January 31, 2026

20,000 guru baru diperlukan untuk penuhi keperluan pendidikan negara




Semalam Kementerian Pendidikan Malaysia sudah membuat pengumuman. Sesiapa yang berminat untuk menjadi guru dan menabur bakti boleh memohon.

KPM akan ambil 20,000 guru baru bagi memenuhi kekosongan dalam pendidikan negara. Aku sangat setuju sebab sekolah kita ada masalah kekurangan guru.

PERMOHONAN AKAN DIBUKA BERMULA 2 MAC HINGGA 20 MAC 2026.
PROSES SARINGAN TEMUDUGA BERMULA 27 APRIL HINGGA 14 MEI 2026.

Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan inisiatif pengambilan 20,000 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 baharu secara Contract of Service (CoS) bagi memenuhi keperluan guru di sekolah-sekolah seluruh negara. (Harapnya boleh diserapkan sebagai guru berjawatan tetap)

Inisiatif pengambilan guru baharu ini adalah merupakan sebahagian persiapan awal KPM bagi pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 dan kemasukan murid berumur enam tahun ke Tahun 1 secara sukarela bermula pada tahun hadapan. (Tak awal, ini macam dah sakit perut sangat baru nak cari tandas).

Bagi memastikan aspek kompetensi guru terpelihara, calon terpilih perlu menjalani latihan ikhtisas di Institut Pendidikan Guru (IPG) KPM dalam pelbagai bidang pengkhususan. Inisiatif ini adalah cerminan komitmen berterusan Kerajaan MADANI bagi meningkatkan mutu pendidikan negara demi manfaat anak-anak Malaysia. 

Jadi, anak-anak muda yang berminat, sila apply. Aku memang sokong kerjaya guru ni. Gaji guru mahal pun takpe. Sebab bukan senang nak jadi cikgu zaman sekarang. Macam-macam dugaan yang perlu dihadapi.

No comments:

Post a Comment