Showing posts with label Indonesian Movie. Show all posts
Showing posts with label Indonesian Movie. Show all posts

Saturday, May 24, 2025

Pengantin Setan (The Devil's Bride) 2025

Country: Indonesia 
Genre: Horror 
Starrings: Erika Carlina, Emir Mahira, Ruth Marini
Personal Rating: 6/10

Sebelum terus membaca, satu yang aku nak beritahu yang filem ini diadaptasi dari kisah benar. Jadi, aku cadangkan korang tonton filem ini sampai habis.

Filem ini mengisahkan tentang rumahtangga pasangan suami isteri Echa (Erika Carlina) dan Ariel (Emir Mahira) yang seperti retak menanti belah. Echa dan Ariel kedua-duanya bekerja. Echa bekerja di sebuah kilang manakala Ariel bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan. Kehidupan mereka biasa-biasa sahaja. Setelah berkahwin mereka cuba untuk mendapat cahaya mata tetapi gagal.

Semakin hari Echa semakin kecewa kerana Ariel yang setiap hari kerja sehingga lewat malam baru pulang. Dan mereka selalu bertengkar setiap hari. 

Dalam keadaan rumahtangga mereka yang tidak aman Echa mula rasa bahagia apabila mula bermimpi tidur bersama dengan seorang lelaki yang sangat tampan dan ini menyebabkan hubungan dia dengan Ariel semakin renggang.

Rupa-rupanya, lelaki tampan itu sebenarnya jelmaan jin yang bernama Jin Dasim yang mengganggu dan menghancurkan rumahtangga.

Apabila Echa dan Ariel cuba berbaik serta memperbaiki hubungan suami isteri mereka Jin Dasim sangat tak suka. Banyak perkara aneh yang berlaku termasuklah bila Echa mengandungkan anak Jin Dasim. Sahabat baik Echa dibunuh kerana membawa Echa berjumpa dengan Ustaz untuk berubat. Ariel pula selalu diganggu ditempat kerja. 

Setelah berubat dengan Ustaz, Echa beransur sembuh tetapi selepas beberapa hari apabila Ariel terpaksa kerja luar kawasan dan Echa tinggal keseorangan kerana adik Echa tidak dapat temankan dia Jin Dasim datang kembali. 

Tiba² perut Echa kembali membesar seperti perempuan yang sarat mengandung sembilan bulan sehinggakan Echa mengambil langkah drastik cuba membunuh bayi dalam kandungan dengan mencucuk rahimnya dengan dawai.

Apabila Ariel sampai, Ariel mendapati Echa sudah pun pengsan dengan pendarahan yang banyak. Adik Echa pula pengsan kerana dipukul oleh Jin Dasim.

Kemudian Ariel dan adik Echa membawa Echa ke tempat perubatan Ustaz yang sama. 

Sebenarnya, hubungan Echa dengan Jin Dasim tu sudah terlalu jauh. Orang kata roh Echa tu dah diikat mati oleh Jin Dasim. Tapi, disebabkan kasih sayang suami dia Ariel, akhirnya Echa mampu melawan kuasa jin untuk kembali kepada Ariel. 

Selepas 6 tahun berlalu, Echa dan Ariel sudah mempunyai dua orang anak. Tetapi, Jin Dasim tetap menunggu masa yang sesuai untuk menghancurkan rumah  tangga mereka sekali lagi. Memang betul orang kata syaitan tidak pernah tidur.

Monday, May 19, 2025

Ketindihan (Sleep Paralysis)

Country: Indonesia
Genre: Horror
Starrings: Haico Van Der Veken, Wulan Guritno, Agnes Naomi
Personal Rating: 6/10

Mengisahkan kisah seorang atlet pemain tennis yang bernama Tania menyeru jin (Bueno) supaya datang ke dalam mimpinya.

Bueno adalah makhkuk jin yang dikatakan mengganggu tidur manusia dikala mereka dalam keadaan yang paling lemah sekali iaitu pada pukul 3.15 pagi.

Selepas Tania menyeru Bueno, maka bermulalah kejadian - kejadian aneh yang berlaku. Sahabat-sahabat baik dan orang disekeliling Tania meninggal. 

Sebenarnya, Tania ini adalah dari keluarga yang kaya. Tetapi keluarganya tidak bahagia. Selalu terjadi pergaduhan. Kemudian, Tania terjebak dalam hubungan cinta yang toksik. Selepas kawan baiknya meninggal Tania jadi lebih tertekan. Sedikit sebanyak semua ini memberi impak kepada emosi Tania. Secra tidak langsung juga prestasi sebagai seorang pemain tennis profesional terganggu. Dan dari situ Bueno lebih mudah untuk datang menggangu dan mengikut kehendak mulut Tania. 

Filem ini pada aku agak slow. Jalan ceritanya macam lompat lompat. Sekejap ke sana, sekejap ke sini. Nak kata seram sangat pun tidak. Tapi, aku layan sampai habis sebab dulu pun aku ada pengalaman ngeri kena tindih masa tidur. Cumanya, macam dalam filem ni agak ekstrem sampai bunuh orang.

Kalau jenis suka layan cerita hantu boleh tonton filem ni cuma macam aku cakap storyline slow, tapi masih boleh layan lagi. Sebab tu aku bagi rating 6/10 hahaha. Ada orang bagi 4/10 je. Macam aku tak komen plot begini begitu, perluaskan karakter bagai. Bukan pandai sangat pun.

Kalau aku boleh tengok filem tu aku bagilah rating yang aku rasa bersesuaian dari mata aku. Nak komen tentang pencahayaan ke apa semua tu aku tak reti hehe. 😆