Showing posts with label Drama. Show all posts
Showing posts with label Drama. Show all posts

Wednesday, April 3, 2013

Sinopsis Drama Sedetik Cinta Slot Akasia TV3


Dah habis Rindu Bertamu Di Abu Dhabi, hari ni layan pulak drama baru Sedetik Cinta. So far, so good, tp hubby tak minat sangat. Ye la, mula-mula memang la ala-ala boring sikit, tapi nanti lama-lama best pulak layan.

Drama ini ibintangi oleh Hanez Suraya, Awal Ashari, Zarynn Min, Tunku Hanis, Fizz Fairuz dan ramai lagi. Drama ini diterbitkan oleh Enuja Production Sdn Bhd dan diarahkan oleh MP Roslin Md Sharif serta skrip ditulis Mazelan Manan.

Sinopsis Drama Sedetik Cinta

Seminggu sebelum perkahwinan Hakimi dengan Elisya, suasana menjadi gempar apabila Elisya mengambil keputusan nekad untuk melarikan diri setelah mendapat tawaran memperagakan fesyen ciptaan anak Malaysia di luar negara yang kebetulan jatuh pada hari perkahwinannya. Memandangkan tawaran itu hanya datang sekali dalam seumur hidupnya, Elisya membuat keputusan sendiri tanpa memikirkan akibat yang terpaksa ditanggung oleh kedua-dua pihak keluarga.

Emylia telah dipujuk oleh ibu bapanya, Taufik dan Ramlah supaya menggantikan tempat kakaknya kerana segala persediaan telah diatur. Emylia terpaksa akur kerana mahu menjaga maruah keluarga. Pada mulanya, Hakimi enggan menerima ‘pertukaran’ tersebut kerana menganggap maruahnya sudah tercalar. Selepas Taufiq menawarkan 50% daripada hartanya kepada Hakimi sekiranya Hakimi bersedia menyelamatkan maruah keluarga mereka dengan syarat tidak boleh sama sekali menceraikan Emylia. Akhirnya, Hakimi bersetuju tetapi hatinya menyimpan dendam.

Perkahwinan tersebut telah mencetuskan pelbagai konflik. Ibu Emylia, Ramlah diburu rasa bersalah kerana terpaksa mengorbankan perasaan Emylia. Sejak kecil Emylia seorang anak yang naif kerana sering berdepan dengan penyakit asma. Justeru, Ramlah terpaksa memberi perhatian lebih kepada Emylia sehinggakan menimbulkan rasa kurang senang kepada Elisya yang berlarutan sehingga meningkat dewasa.

Elisya seorang yang keras kepala, bertindak tanpa memikirkan perasaan orang lain. Elisya sanggup menangguhkan pengajiannya di IPTA demi mengejar glamor sebagai seorang model. Ramlah terkilan dan berharap agar Elisya juga bersikap seperti Emylia yang tidak pernah membantah cakap orang tua. Sejak itu Elisya makin mencemburui Emylia dan sering mempergunakan Emylia jika berlaku masalah ataupun untuk mencapai tujuannya.

Emylia selalu diam diri dan dibebani dengan setiap kesalahan yang dilakukan oleh Elisya. Kini, dia terpaksa menanggung satu lagi beban yang amat besar dalam kehidupannya. Perkahwinannya dengan Hakimi menyebabkan hubungan cintanya dengan Fuad terputus. Fuad sedia menunggunya dan sanggup menerima Emylia sekiranya Hakimi menceraikan Emylia.

Hakimi dan Emylia tidak mempunyai perasaan cinta walaupun sudah menjadi suami isteri yang sah. Fuad cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan Emylia tetapi Emylia akur dengan takdir. Hakimi yang sakit hati kerana dipermainkan oleh Elisya menyebabkan Hakimi mengambil peluang untuk membalas dendam terhadap Emylia dan keluarganya. Walaupun begitu, Emylia tetap melayan Hakimi sebaik mungkin dan tidak pernah membantah ataupun meninggikan suara terhadap perbuatan Hakimi.

Sikap Hakimi terhadap Emylia amat tidak disenangi oleh ibu Hakimi, Mastura. Mastura cuba menyedarkan Hakimi tentang tanggungjawabnya sebagai seorang suami, bagaimanapun Hakimi tetap tidak berubah sehinggalah suatu hari Hakimi terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan kakinya patah. Ketabahan Emylia menjaga Hakimi sepanjang Hakimi sakit mula mengubah sikap Hakimi selama ini. Sedikit demi sedikit dia mula kagum dan menyintai Emylia. Apabila Hakimi dan Emylia mula menjalin cinta, Elisya telah pulang ke Malaysia. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

Sumber: adamya.blogspot.com

Sunday, February 12, 2012

Sinopsis Drama Atas Nama Cinta Slot Akasia TV3

Drama Atas Nama Cinta merupakan pengganti kepada drama Gemersik Kalbu yang telah berakhir pada 10 Februari yang lepas. Bagi saya Gemersik Kalbu merupakan drama yang simple je. Taklah heavy sangat walaupun saya tak pernah pun baca novelnya. Tapi saya suka dengan watak Aqasha dalam drama tu =).

Okey, sekarang ni kita cerita tentang Drama Atas Nama Cinta pulak. Antara pelakon-pelakonnya ialah Shah Iskandar Mahfuz sebagai (Saiful/Ghaz), Fiza Halim memegang watak (Cinta), Shahz Jaszle (Tengku Farish), Wan Shade (Sulaiman), dan Roy Azman (Ahmad),dan Tasha sebagai (Balqis).

Drama bergenre romantik Atas Nama Cinta mengisahkan Ahmad bersama anaknya, Saiful pulang ke kampung halaman selepas melarikan diri daripada pengutip hutang yang mengejarnya. Dikampung, Saiful berkawan baik dengan Cinta. Dia selalu menyelamatkan Cinta daripada menjadi mangsa buli. Malangnya, bapa Saiful buat onar dengan mencuri wang simpanan ibu Cinta, Zahara.

Apakah kesudahan drama ini? Bagaimana pula tentang perhubungan Saiful dan Cinta apabila mereka telah dewasa? Ikuti kesudahan drama ini.

Drama ini akan ditayangkan di TV3 bermula pada 13 Februari 2012, 7-8 mlm, minggu hadapan. Jom kita tengok citer ni best ke tak?

Thursday, December 8, 2011

Sinopsis Drama Gemersik Kalbu Slot Akasia TV3

Tak lama lagi akan berakhirlah drama Tentang Dhia Slot Akasia TV3. Dengan ini, Drama Gemersik Kalbu pula bakal ditayangkan pada 26 Disember 2011. Gemersik Kalbu ini diadaptasikan dari novel Anis Ayuni yang merupakan Novel terlaris jualannnya pada tahun 2005. Pelakon utamanya adalah Aqasha dan Ayu Raudhah yang sebenarnya menggantikan Rita Rudaini yang telah menolak tawaran tersebut.
Kisah Cikgu Raihana yang bercinta dan bertunang dengan Wan Ariffin. Wan mati lemas kerana menyelamatkan seorang budak. Cikgu Raihana pulak kehilangan seseorang yang sangat rapat dengannya, dia bergantung kasih dengan Wan Ariffin selama ini, dan keluarga Wan sangat baik dan menganggap Raihana macam anak kandung mereka.

Raihana tidak rapat sangat dengan ibu kandungnya sendiri, malah hubungan dia dan ibunya sangat kekok.

Raihana melanjutkan pelajaran secara sambilan dengan rakan baiknya Kak Shikin, mereka menumpang tinggal di rumah Aunty Zarina, di situlah dia kenal pula dengan Sufian.

Awal perkenalan, Raihana tidak berapa suka dengan penampilan dan tingkah laku Sufian. Tetapi Sufian sudah jatuh hati pada Raihana. Raihana masih lagi tak dapat melupakan cinta pertamanya iaitu Wan Arifin. Raihana yang tak suka kepada Sufian bertekad nak pindah rumah kerana benci kepada Sufian. Sufian mula memasang perangkap supaya Raihana dapat dikahwininya.

Akhirnya Raihana dan Sufian berkahwinlah juga..sepanjang menjadi isteri kepada Sufian, dia melihat kebaikan dan keikhlasan Sufian sebagai suaminya. Mungkin timbul rasa kasih sayang kepada Sufian dan Raihana terpaksa jugak menjaga Sufian di hospital ketika Sufian sakit.

Setelah Sufian sihat, Raihana kena pula jaga ibu kandungnya yang jatuh sakit pulak walaupun ibunya melayan dia dengan kasar. Raihana cuba merapatkan hubungan renggang selama ini dengan ibunya.

Sufian sedar Raihana masih lagi teringatkan cinta pertamanya, mampukah Sufian mengalihkan kembali cinta Raihana kepadanya, Sufian cuba menduga cinta dan kasih sayang Raihana..nak tau kesudahannya..

Nantikan Gemersik Kalbu di tv3, jam 7 malam Isnin-Khamis 26 Desember 2011.


Sumber: Nurizspace

Thursday, November 24, 2011

Sinopsis Sinetron Nada Cinta


Boleh dikatakan hari-hari dok layan cerita ni. Buat masa sekarang ni tak miss lagi cuma episod yang awal dulu tak berkesempatan nak tengok. Cerita ni dah ditayangkan di Chanel Astro Ria 104 pada 27 September 2011 pada pukul 6.30ptg - 7.30 mlm setiap Isnin hingga Jumaat dengan jumlah 244 episod. Panjang giler kan. Sekarang ni pun baru episod 35. Mau tak seksa menunggunya.

Biasalah dalam Sinetron Indonesia ni watak jahat dia memang ramai dan hidup lama pulak tu. Kepada yang belum lagi nak layan sinetron ni dengan sepenuh hati saya sertakan sinopsisnya. Berkut di bawah antara pelakon dengan wataknya.

Nama PemainPerananHubunganStatus Kehidupan
Mikha TambayongNadaPacar Ricky
Anak Faris dan Rina
Hidup
Cinta / SaharaKembaran NadaMeninggal
Randy PangalilaRickyPacar Nada
Adik Aga
Hidup
Michella PutriRasty YunitaTeman Nada
Pacar Alex
Anak Erwin dan Nia
Hidup
Donny MichaelAlexPacar Rasty
Anak Beni
Hidup
Aditya FirmansyahVito AnggaraTeman Nada & Ricky
Anak Fahmi
Hidup
Nufi Julian WardhanaSiskaTeman Nada & RickyHidup
Irene JustineFlora CantikaPacar VitoHidup
Dewi SandraRinaIbu Nada
Istri Faris
Meninggal
Dicky WahyudiFarisAyah Nada
Suami Rina
Meninggal
Luna MayaSusanIstri Aliyah
Ibu Martin
Meninggal
Primus YustisioErwinTeman Rina
Suami Nia
Ayah Rasty
Hidup
Olla RamlanNia RahmawatiIbu Rasty
Istri Erwin
Meninggal
Rifat SungkarDodiPengamenHidup
Wahid SabillahRianPengamenHidup
Echa CeicarioBanuPengamenHidup
Kieran ShiduJerryPaman Rasty
Adik Nia
Hidup
Bayu SeptivirgunaAgaKakak RickyHidup
Derry DrajatFahmiAyah VitoHidup
Indah IndrianaFarahTante Nada
Adik Faris
Hidup
BeniAyah AlexHidup
Putri UnaVannaTeman Nada dan RastyHidup
Ricky DjauharyMartinAnak Aliyah dan Susan
Teman Alex
Hidup
AliyahAyah Martin
Suami Susan
Hidup
TirtaKakek Nada & Cinta
Ayah Faris & Farah
Meninggal
Louise AnastasyaAriyantiIbu Tiara
Suami Arga
Kakak Ricky
Hidup
Larissa Anggia WulandariMarrisaHidup
TiaraAnak Arga
Anak Ariyanti

SINOPSIS
Faris adalah anak orang kaya raya dan dipandang tinggi oleh masyarakat sedang menjalin hubungan dengan Rina, seorang guru muzik dari keluarga biasa. Hubungan ini ditentang oleh Tirta, ayahnya. Faris dipisahkan dan dipaksa menikah dengan Nia. Sementara itu Rina kemudiannya hamil dan melahirkan anak perempuan yang kemudian diculik oleh adik Nia dan orang gaji Tante dan di hantar ke rumah anak yatim.

Tujuh Belas tahun kemudian, Nada, anak perempuan yang dulu dibuang oleh adik Nia, kini sudah tumbuh menjadi remaja yang cantik dan sangat meminati muzik. Nada selalu teringin untuk segera berjumpa dengan orang tuanya yang entah ada di mana. Kemudian Nada bertekad untuk lari ke Jakarta.

Ketika tiba di Jakarta Nada nyaris kemalangan dilanggar kereta tapi telah diselamatkan oleh Rina. Sayangnya pertemuan anak dan ibu ini tidak membuat mereka menjadi akrab. Nada meneruskan perjalanannya sehingga bertemu dengan 3 orang jalanan di mana mereka membuka warung berhampiran dengan Sekolah Tunas Bangsa iaitu sekolah swasta yang untuk orang kaya. Kebetulan pada masa yang sama Rina mengajar di sekolah itu dan membantu Nada untuk masuk ke sekolah tersebut.

Setelah bersekolah di Tunas Bangsa, Rina dan Nada menjadi rapat. Minat yang sama terhadap muzik telah menjadikan mereka lebih akrab. Sementara itu Ricky, pelajar yang diminati ramai di sekolah ini, terpesona dengan kemampuan menyanyi Nada. Hal ini membuat Rasty, kekasih Ricky, menjadi cemburu dan ingin menghancurkan Nada. Rasty selalu berusaha menyingkirkan Nada.

Kemudian diketahui bahwa Rasty ternyata adalah anak Faris dari Nia. Akankah Rasty dan Nada akan berebut cinta Ricky seperti kedua orang tua mereka dulu? Atau adakah ini membuat Faris kembali kepada Rina?

Sebenarnya, Rina dah pun berjumpa dengan kekasih lama dia Faris dan menjadikan cerita ini lebih menarik. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Adakah Nada dan Rasty akan menjadi kawan baik? Adakah Nada mempunyai seorang kembar? Marilah kita saksikan bersama-sama 244 episod ni.

Monday, November 21, 2011

Sinopsis Drama Tentang Dhia Akasia TV3


Sekarang ni, layan pulak Drama Slot Akasia TV3 ni yang menggantikan drama Soffiya. Boleh tahan jugak jalan cerita drama ni walaupun terlambat layan. Bila tengok ratingnya 4/5, rasa berminat dengan drama ni.

SINOPSIS
Hati wanita manakah yang mampu menahan duka dan lara tatkala dilanda badai ujian dan dugaan tanpa henti? Bakal menemani anda di slot Akasia pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 7.00 malam, saksikan TENTANG DHIA, sebuah cinta menggamit emosi dan penuh dramatik terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd yang bersiaran bermula 9 November 2011. Hasil nukilan dan arahan Azlina Pa’wan, drama TENTANG DHIA dijayakan oleh barisan pelakon hebat seperti Nora Danish, Adi Putra, Ako Mustapha, Irfan Roslan, Tasha Shilla, Izreen Azminda dan Puteri Sarah.

Cinta dan simpati tiada ukurannya bagi Dhia (Nora Danish), yang berdiri di antara dua lelaki yang sangat dikasihinya. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila dia dicemburui Melly (Izreen Azminda), yang merasakan dirinya lebih anggun dan sesuai.

Raffi (Irfan Roslan) dan Azmi (Ako Mustafa), dua lelaki berbeza daripada dua latar belakang yang berbeza. Hanya memikul tugas sebagai seorang kerani biasa, Azmi yang merupakan anak seorang Imam di kampung tersebut disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia sudah lama terpaut pada perwatakan Azmi, walaupun Raffi, seorang jejaka daripada keluarga berada mempunyai kelulusan luar negara merupakan teman rapat Dhia sejak kecil lagi. Tergamam apabila melihat Azmi menjadi pilihan hati Dhia dan bakal melangsungkan majlis pertunangan, Raffi yang baru pulang dari luar negara merenung keseorangan di dalam kesedihan dan kekecewaan.

Namun, hatinya ikhlas menyintai Dhia, lalu Raffi mengambil keputusan untuk redha dengan apa yang berlaku. Melly mengambil kesempatan ini untuk mendekati Raffi dan menidurinya ketika dia di dalam keadaan mabuk demi membuktikan perasaan cintanya. Tetapi, ‘jerat’ yang dipasang Melly memakan diri sendiri apabila Raffi tidak mengendahkannya. Melly juga mendapati bahawa dirinya sedang mengandungkan anak Raffi. Tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi.

Azmi dan Melly ditangkap basah oleh penduduk kampung dan ditahan di lokap balai polis. Sejurus mengetahui tentang berita ini, hati Dhia bagaikan dipanah halilintar, mengenangkan majlis pertunangan mereka yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Namun, berkat ketabahan hatinya, Dhia mampu memaafkan Azmi dan majlis pertunangan tetap akan berlangsung seperti yang dirancang. Walaubagaimanapun, majlis mereka diserang oleh keluarga Melly yang ingin menuntut keadilan daripada Azmi. Mereka mahukan Azmi supaya bertanggungjawab di atas perbuatannya sehingga Melly didapati mengandung. Sekali lagi, Dhia diuji dan ujian kali ini bakal mengubah hidupnya sampai bila-bila. Azmi dan Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia yang hanya mampu mengalirkan air mata.


“Bagaikan pelangi selepas hujan”, hidup Dhia didatangi Zikir (Adi Putra), seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur. Zikir mempunyai seorang rakan baik bernama Fendi, dan mereka bekerja di firma yang sama. Zikir sangat diminati oleh Rose (Tasha Shilla) yang juga salah seorang pekerja di firma milik beliau. Malang tidak berbau, Fendi meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang turut dialami Zikir ketika hendak pergi mengerjakan solat Jumaat. Zikir datang ke kampung halaman Fendi untuk majlis pengebumian yang terletak di Pulau Pinang dan ditemani oleh isteri arwah Fendi, Suraya. Ketika menjamah nasi lemak di sebuah gerai di kampung tersebut, Zikir terlihat Dhia. Mata bertentang mata, Zikir terpesona dengan keayuan Dhia.

Kemanakah hala tuju Dhia setelah ‘kehilangan’ Azmi dan apakah yang akan berlaku seterusnya di dalam hidup Zikir? Jangan lupa untuk menyaksikan kesudahannya di dalam TENTANG DHIA yang bersiaran sebanyak 26 episod, pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 7.00 malam di slot Akasia, hanya di TV3.


Sumber: TV3