Thursday, January 16, 2025
Tinggal tangga kenangan
Wednesday, January 15, 2025
Rumah Panjang Paulus Yan, Sg Bawanterbakar
15 Januari 2025, Pukul 12.18 tengahari.
Sedang aku makan tengahari bersama dengan kawan-kawan tiba-tiba dapat mesej whatsapp dari "Group Family dan Sedara mara" panjang berjela.
Rupa-rupanya, Rumah Panjang nenek aku di Sungai Bawan terbakar hangus.
Hanya tinggal kenangan.
Di situlah tempat aku membesar dari kecil. Sekarang hanya tinggal tiang.
Memang banyak kenangan dengan sepupu sepapat aku semua dari kami kecik dahulu. Berbaur-baur raa hati. Rasa sedih sungguh. Disebabkan oleh orang yang tidak punya rasa tanggungjawab habis satu rumah panjang kami terbakar.
Habis pingat atau medal aku dari zaman sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah. Bukan senang nak kumpul pingat semua tu. Tak campur lagi dengan pinggan mangkuk mak aku. Barang-barang pakcik makcik aku. Barang-barang sepupu aku.
Sepupu aku kata dalam masa 20 minit dah selesai seluruh rumah panjang tu dijilat api.
Banyaklah barang-barang lama macam tempayan etc yang nenek aku ada habis licin disambar api. Album gambar tak perlu tanyalah.
Habis segala kenangan nenek dan mendiang atuk kami di situ.
Syukur makcik aku yang tak berapa sihat dapat dipikul bawa ke rumah yang berhampiran. Dan syukur juga tak jadi apa-apa dengan semua penghuni rumah di sana.
-
Pertama tama sekali sebelum nak mula buat kek atau biskut kita kena fikir nak makan sedap ke tak sedap.Off course la nak sedap. Rugi buat p...
-
Sebenarnya untuk membuat blog dengan menggunakan blogspot bukanlah sesusah yang disangka. Hanya dengan beberapa langkah asas sahaja anda su...
-
Semalam, Pergi Kedai Kim Kee Nasi Ayam Hailam kat Ampang Jaya. Dinner dengan kawan kawan. Lama tak jumpa kan. Ya Allah, betul betul gen...







