Showing posts with label The Falcon & The Winter Soldier. Show all posts
Showing posts with label The Falcon & The Winter Soldier. Show all posts

Monday, July 12, 2021

The Falcon & The Winter Soldier : S1E04 : The Whole World Is Watching

THE FALCON & THE WINTER SOLDIER

SEASON 1

EPISOD 4

Rating: 9/10

Masa dalam Episod 3, Ayo datang berdepan dengan Barnes dan tanya kenapa Barnes melepaskan Helmut Zemo dari penjara. Barnes kata mereka memerlukan Zemo untuk mencari Karli dan The Flag Smashers. Ayo ialah "bodyguard" wanita dan pasukan khas Wakanda yang diberi nama Dora Milaje. Tengok muka macam sama dengan Okeye tapi bukan. Okeye adalah Dora Milaje punya Jeneral. Level Laksamana gitu. 

Disebabkan alasan Barnes Dora bagi masa 8 jam untuk dia serakan Zemo kepada Wakanda sebab Zemo merupakan pembunuh T'Chaka King of Wakanda, juga ayah kepada T'Challa (Black Panther).


Dalam episod ni, Sam, Barnes dan Zemo cuba menjejak Karli tiba-tiba Walker (new Captain America) dengan partner dia Lemar sampai. Mereka bertelagah dan Walker sangan tak puas hati dengan tindakan Barnes melepaskan Zemo. Dan tujuan dia datang ke Latvia adalah untuk menangkap Zemo. Tapi tindakan dia dihalang oleh Barnes.

Semasa Karli dan dia punya ahli kumpulan sedang memberi pernghormatan terakhir kepada mendiang Mama Donya Sam masuk untuk bercakap dengan Karli. Karli sempat habiskan ucapan lalu bercakap dengan Sam. Sam memujuk dia untuk tidak meneruskan misi dia tapi tidak diendahkan oleh Karli.

Walker masuk nak tangkap Karli dan mulalah perlawan disitu antara geng geng The Flag Smasher dengan Captain America, The Falcon dan dengan Winter Soldier.

Karli sempat melarikan diri. Dapat dijejak oleh Zemo. Zemo tembak dia dan pergi pijak 20 botol Super Soldier Serum. Tiba tiba Walker datang pergi pukul Zemo dengan perisai Captain America dan sempat ambik satu botol serum tu senyap - senyap.

*****

Okay, lepas kejadian tu Walker pergi ke rumah persinggahan Zemo sebab nak tangkap dia dan pada masa yang sama Dora Milaje datang nak bawak Zemo pergi balik ke Wakanda tapi Walker tak setuju dan bermulalah pergaduhan diantara Wakanda Warriors, Captain America, The Falcon dan The Winter Soldier. Menyampah sungguh dengan John Walker ni tau. Akhirnya dia kalah dengan Dora (padan muka hahaha). Masa kalah tu memang nampak muka dia frust gila sebab macam eh Wakanda Bodyguard ni bukan super soldier pun tapi kenapa aku boleh kalah dengan dorang? Perempuan pulak tu kan... 

Masa dorang tengah berlawan Zemo pulak sempat meloloskan diri,

*****

Karli call Sarah adik kepada Sam dan minta Sarah bagitau Sam yang dia nak jumpa. Jadi, Sam dan Barnes balik semula ke Pusat The Flag Smashers untuk berjumpa dengan Karli.



Berlaku perlawanan sekali lagi yang mana Karli telah membunuh Lemar secara tidak sengaja. Walker yang pada ketika itu dipengaruhi oleh kesan Super Soldier Serum mula mengamuk, membalas dendam dan membunuh kawan baik Karli dikhalayak orang ramai dengan menggunakan Perisai Captain America.



Tergamam Sam dengan Barnes sebab the real Captain America aka Steve Rogers takkan buat macam tu.

BTW Walker sebelum tu telah injected serum kat diri dia sendiri okay. Tak tahu bila, dimana dan siapa yang tolong dia inject serum tu dalam badan. Berangan nak jadi macam Captain America huhu. He might a good fighter tapi he is not Captain America. Tak sesuai.


Sunday, July 11, 2021

The Falcon & The Winter Soldier : S1E03 : Power Broker

The Winter Soldier, Sharon Carter, Helmut Zemo, The Falcon

THE FALCON & THE WINTER SOLDIER

SEASON 1

EPISOD 3 : POWER BROKER

Rating: 8/10

Malas nak celoteh panjang. Kita direct to the point je hehehe.

Sam dan Bucky berjumpa dengan Helmut Zemo. Siapa Helmut Zemo ni?

Helmut Zemo adalah watak jahat dalam The Avengers: Civil Wars. Dia adalah "baron" yang kaya dari Keluarga Diraja Sokovian juga tentera komando elit. Dan disebabkan Helmut Zemo inilah Iron Man dan Captain America bergaduh dan menyebabkan The Avengers berlawan sesama sendiri. Sebab dia dedahkan kepada Tony Stark yang Bucky ni bunuh ibu bapa Tony Stark.

Sam Wilson, Helmut Zemo, Bucky Barnes

Done flashback. Kalau nak ingat pergi tengok sendiri The Avengers: Civil Wars hihi.

Cerita dalam ni Helmut Zemo dah kena tangkap dan dia dipenjarakan. Sam dan Bucky pergi cari dia kat penjara dan mintak tolong dia untuk bagi info tentang "super soldier serum".  Tawaran Zemo ialah dia sanggup tolong tapi kena lepaskan dia dari penjara. Soo, okay Bucky tolong dia melarikan diri dari penjara.

Jadi nak tahu siapa supplier super soldier serum ni mereka terpaksa menyamar dan pergi ke Madripoor mencari Power Broker untuk mendapatkan maklumat tentang Super Soldier Serum. Selby Ketua Penjenayah di Madripoor memberitahu bahawa Power Broker telah mengambil seorang bekas ahli saintis Hydra yang bernama Dr. Wilfred Nagel untuk menghasilkan semula Super Soldier Serum. 

Penyamaran terkantoi. Identiti sebenar Sam terdedah dan mereka terpaksa melarikan diri. Berjumpa pula dengan Sharon Carter anak buah kepada Peggy Carter. Sharon Carter merupakan Agent 13 dan pernah bekerja dengan S.H.E.I.L.D. Pernah jatuh hati dengan CaptainAmerica hehe.

Sharon Carter


So, Sharon yang selamatkan dorang bertiga dan bawak dorang ke makmal tempat Dr. Nagel bekerja. Dr Nagel menyatakan yang dia dah buat 20 serum dan serum tu dah dicuri oleh Karli Morgenthau. Tak lama selepas tu dorang kena bom dengan geng pembunuh upahan. Mereka sempat melarikan diri kecuali Sharon memilih untuk tinggal kat situ. Tapi sebelum tu Zemo sempat membunuh Dr. Nagel.

Karli Morgenthau

Karli Morgenthau & The Flag Smasher pulak pergi serbu dan bom Global Repatriation Council untuk mendapatkan bantuan dan makanan asas untuk organisasi dia sendiri.


Saturday, July 10, 2021

The Falcon & The Winter Soldier : S1E02 : The Star-Spangled Man

THE FALCON & THE WINTER SOLDIER

SEASON 1

EPISOD 2 : THE STAR-SPANGLED MAN

Rating 8/10

Genre: Action, Thriller, Drama, Adventure

Captain America (John Walker) lakonan Wyatt Russel baru telah dilantik menggantikan Steve Rogers.

Bucky Barnes, Steve Rogers bestfriend sangat tak gembira dengan "pelantikan" Captain America yang baru. Dia kata Sam takde hak nak bagi perisai Captain America kepada Kerajaan US.

Then Bucky ikut Sam ke Munich mendapati geng Flag Smasher dan ketua mereka Karli Morgenthau mencuri trak ubat ubatan dan vaksin.

Risau sebab geng Flag Smasher seperti ada membawa tebusan Sam dan Bucky mengejar trak tersebut. Nak siasat apa yang terjadi. Tetapi mereka telah diserang oleh geng geng ni.

Walaupun dapat bantuan dari Walker (New Captain America) dan Lemar Hoskins tapi tetap tak boleh lawan pengganas geng Flag Smasher. Geng FS ni merupakan "Super Soldier" sama seperty Barnes tapi lebih powerful dari dia. Akhirnya Flag Smasher dapat melepaskan diri.

Kemudian, Bucky mengajak Sam berjumpa dengan Isaiah Bradley, seorang "Super Soldier" veteran yang berlawan dengan Bucky dalam "Perang Korea". Dari sini barulah dapat tahu kenapa tangan Bucky diganti dengan cybernatics arm.

Isaiah adalah super soldier yang telah ditahan oleh Hydra untuk dijadikan sebagai experiment selama 30 tahun oleh Kerajaan US. A very bad experience for him. Dan akibat berdendam dia taknak langsung bagi info tentang super soldiers yang lain walaupun dia tahu.

Sam sangat kecewa sebab Bucky Barnes tak pernah nak beritahu tentang Isaiah kepadanya. Sememangnya tak ada sesiapa yang tahu tentang Isaiah kecuali Bucky. Tengah bertelagah berdua polis datang menahan Bucky sebab tak datang terapi.

Masa dibalai polis, Bucky dijamin oleh Walker (Captain America). Saya pun sebenarnya tak suka Captain America yang baru. Tak sesuai sungguh. I nak Steve Rogers!!!!! 🥴🤣

Bucky dan Sam dipaksa bersama sama menjalankan sesi terapi. 😅





Keluar dari balai Walker still nak ajak Bucky dan Sam bekerja sama. Tapi dorang tolak. So Walker macam tak puas hati. Ye lah. Macam mana freelancer penyelamat dunia nak bekerjasama dengan tentera yang banyak protokol dan ikut undang undang?? Kannnn. 🤣

Wednesday, July 7, 2021

The Falcon and the Winter Soldier : S1E01 : New World Order (Season 1)


THE FALCON AND THE WINTER SOLDIER (2021)

SEASON 1 

EPISOD 1 : NEW WORLD ORDER 

Rating: 8/10

Genre: Action, Thriller, Drama

Salah satu drama dalam Marvel Cinematic Universe Phase Four. Untuk pengetahuan kalian ada 13 drama series selepas Avengers Endgame. Setakat ini yang dah keluar tiga drama. Jenuh nak melayan kesemua 13 drama tu. Sedangkan nak layan satu drama pun dah letih.

Selepas perperangan Avengers dengan Thanos berakhir dalam Agenvers Endgame pengakhiran filem ni Captain America aka Steve (Chris Evans) merentas masa ke zaman dahulu untuk menghantar Infinity Stone kembali ke tempat asalnya. Spekulasi saya mungkin di TVA (The Time Variance Authority). TVA kalau follow series Loki saya ada terangkan. TVA merupakan satu organisasi yang menjaga garisan masa supaya tidak ada kemunculan alam alam semesta yang baru. TVA juga menghalang sesiapa sahaja untuk tidak mengubah apa yang sudah berlaku dan bakal berlaku. It is not good if we messed with the timelines.

Sepatutnya, Steve kembali dalam masa 5 saat. Tapi dia kembali lebih dari 5 saat. Rupa-rupanya selepas memulangkan kembali Infinity Stones dia pergi cari girlfriend lama dia Agent Carter. Berjumpa balik dan kahwin menikmati hidup bersama.

Bila Steve balik to the present dia pun dah tua. Dan dia bawak balik perisai Captain America bagi kepada Sam Wilson, The Falcon lakonan Anthony Mackie.

Panjang kan mukadimahnya. Yelah, sebab nak bagi faham punya pasal. So, Episod 1 dalam drama The Falcon & The Winter Soldier ni bermula dari the end of the Avengers Endgame. 😅


Okay selepas 6 bulan, bila semua manusia yang hilang dha kuncul balik, dunia dah tak seperti sebelum tu. Banyak sangat kerosakan dan most of America dah lose hope. Sama juga dengan Sam yang rasa dia tak layak untuk menjadi tuan baru kepada perisai Captain America. Jadi, dia pergi ke Washington to return the sheild kepada US Government dan dipamerkan didalam muzium.

Sebelum itu, Sam telah bekerja sama dengan Joaqin Torres, Air Force First Liutenant untuk menggagalkan Goerge Batroc dan kumpulan pengganas LAF yang telah hijack kapal terbang serta menculik Captain Varsant, United States Air Force Captain. Varsant diselamatkan oleh Sam.

Joaqin Torres

LAF ialah satu organisasi jenayah yang ditubuhkan selepas kejadian The Blip (Thanos Snap) demi nak buat duit. Mengambil kesempatan atas kesusahan orang kata.

Pada masa yang sama Bucky Barnes (Sebastian Stan) telah mendapat pengampunan dengan hadir sesi terapi. Penting bagi dia untuk hadir sesi terapi untuk membantu dia supaya tidak terpengaruh nak jadi pembunuh upahan semula. Dia kenal dengan seorang lelaki Jepun yang dah berumur nama Yori. Anak Yori dah mati dibunuh oleh assassin dan orang yang bunuh anak Yori tu adalah dia hehe. Jadi dia rasa bersalah sangat dengan Yori.Sebab Yori bagitau, polis kata anak dia berada pada waktu yang salah dan tempat yang salah. Kesian kan.


RJ Nakajima

Joaqin Torres (Danny Ramirez) menyiasat tentang kumpulan pengganas lain Flag Smasher. Masa Torres menghalang Flag Smasher merompak bank di Switzerland dia telah dicederakan oleh ketua geng Flag Smasher yang mempunyai superhuman power.


Sam cuba membantu adik dia untuk dapatkan pinjamn for their fishing business yang terjejas teruk tapi tak berjaya. Konflik adik beradik disini. Dan yelah yang paling sedih kau tu menyelamatkan dunia tapi habuk pun tak dapat. As kau buat kerja mempertahankan dunia tu macam sia sia huhu.

Kesimpulannya, buat baik memang banyak dugaannya. Ada masa kebaikkan itu tidak dipandang. Buat baik tak dapat duit dan takkan jadi kaya hahaha. 

Then, tiba tiba pihak kerajaan US buat pengumuman Captain America yang baru sebagai pengganti Steve.