Wednesday, July 7, 2021

The Falcon and the Winter Soldier : S1E01 : New World Order (Season 1)


THE FALCON AND THE WINTER SOLDIER (2021)

SEASON 1 

EPISOD 1 : NEW WORLD ORDER 

Rating: 8/10

Genre: Action, Thriller, Drama

Salah satu drama dalam Marvel Cinematic Universe Phase Four. Untuk pengetahuan kalian ada 13 drama series selepas Avengers Endgame. Setakat ini yang dah keluar tiga drama. Jenuh nak melayan kesemua 13 drama tu. Sedangkan nak layan satu drama pun dah letih.

Selepas perperangan Avengers dengan Thanos berakhir dalam Agenvers Endgame pengakhiran filem ni Captain America aka Steve (Chris Evans) merentas masa ke zaman dahulu untuk menghantar Infinity Stone kembali ke tempat asalnya. Spekulasi saya mungkin di TVA (The Time Variance Authority). TVA kalau follow series Loki saya ada terangkan. TVA merupakan satu organisasi yang menjaga garisan masa supaya tidak ada kemunculan alam alam semesta yang baru. TVA juga menghalang sesiapa sahaja untuk tidak mengubah apa yang sudah berlaku dan bakal berlaku. It is not good if we messed with the timelines.

Sepatutnya, Steve kembali dalam masa 5 saat. Tapi dia kembali lebih dari 5 saat. Rupa-rupanya selepas memulangkan kembali Infinity Stones dia pergi cari girlfriend lama dia Agent Carter. Berjumpa balik dan kahwin menikmati hidup bersama.

Bila Steve balik to the present dia pun dah tua. Dan dia bawak balik perisai Captain America bagi kepada Sam Wilson, The Falcon lakonan Anthony Mackie.

Panjang kan mukadimahnya. Yelah, sebab nak bagi faham punya pasal. So, Episod 1 dalam drama The Falcon & The Winter Soldier ni bermula dari the end of the Avengers Endgame. 😅


Okay selepas 6 bulan, bila semua manusia yang hilang dha kuncul balik, dunia dah tak seperti sebelum tu. Banyak sangat kerosakan dan most of America dah lose hope. Sama juga dengan Sam yang rasa dia tak layak untuk menjadi tuan baru kepada perisai Captain America. Jadi, dia pergi ke Washington to return the sheild kepada US Government dan dipamerkan didalam muzium.

Sebelum itu, Sam telah bekerja sama dengan Joaqin Torres, Air Force First Liutenant untuk menggagalkan Goerge Batroc dan kumpulan pengganas LAF yang telah hijack kapal terbang serta menculik Captain Varsant, United States Air Force Captain. Varsant diselamatkan oleh Sam.

Joaqin Torres

LAF ialah satu organisasi jenayah yang ditubuhkan selepas kejadian The Blip (Thanos Snap) demi nak buat duit. Mengambil kesempatan atas kesusahan orang kata.

Pada masa yang sama Bucky Barnes (Sebastian Stan) telah mendapat pengampunan dengan hadir sesi terapi. Penting bagi dia untuk hadir sesi terapi untuk membantu dia supaya tidak terpengaruh nak jadi pembunuh upahan semula. Dia kenal dengan seorang lelaki Jepun yang dah berumur nama Yori. Anak Yori dah mati dibunuh oleh assassin dan orang yang bunuh anak Yori tu adalah dia hehe. Jadi dia rasa bersalah sangat dengan Yori.Sebab Yori bagitau, polis kata anak dia berada pada waktu yang salah dan tempat yang salah. Kesian kan.


RJ Nakajima

Joaqin Torres (Danny Ramirez) menyiasat tentang kumpulan pengganas lain Flag Smasher. Masa Torres menghalang Flag Smasher merompak bank di Switzerland dia telah dicederakan oleh ketua geng Flag Smasher yang mempunyai superhuman power.


Sam cuba membantu adik dia untuk dapatkan pinjamn for their fishing business yang terjejas teruk tapi tak berjaya. Konflik adik beradik disini. Dan yelah yang paling sedih kau tu menyelamatkan dunia tapi habuk pun tak dapat. As kau buat kerja mempertahankan dunia tu macam sia sia huhu.

Kesimpulannya, buat baik memang banyak dugaannya. Ada masa kebaikkan itu tidak dipandang. Buat baik tak dapat duit dan takkan jadi kaya hahaha. 

Then, tiba tiba pihak kerajaan US buat pengumuman Captain America yang baru sebagai pengganti Steve.

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...