Friday, July 2, 2021

Tears of The Sun (2003)



TEARS OF THE SUN (2003)

Antara filem genre perang yang best sepanjang zaman. Tengok banyak kali pun memang takkan bosan. Tak pernah tengok boleh layan movie ni sempena PKPD yang melanda.

Filem Tears of the sun ini adalah berdasarkan kisah benar yang mengisahkan tentang misi rahsia yang dijalankan oleh Canadian Army Secret Special Forces iaitu JTF2 (Join Task Force 2) di Nigeria.

Misi tesebut ialah menyelamatkan seorang doktor (Dr. Lena), seorang paderi serta dua orang nuns (biarawati) kerana pada ketika itu Presiden Nigeria sekeluarga telah dibunuh oleh pihak pemberontak.


Bila dah sampai ke hospital Dr Lena tidak bersetuju nak tinggalkan pesakit dia dengan begitu saja. Jadi, suka tak suka team penyelamat ni terpaksa bawa sekali pelarian. Ada yang naik helikopter especially orang tua dan kanak - kanak. Yang lain terpaksa berjalan kaki menuju ke kem pelarian yang terletak di Cameroon sempadan Nigeria dan Chad. 

Dalam perjalanan ke kem pelarian mereka dikejar oleh pemberontak. Rupa-rupanya, anak kepada Presiden Nigeria tu Arthur Azuka masih hidup dan berada dikalangan pelarian yang diselamatkan oleh team Leftenan A.K Waters (Bruce Willis). One of the main reason yang kumpulan pelarian ni kena kejar dan ramai rumah orang kampung disitu dibakar dan orang kampung sendiri dibunuh.


Nak tahu betapa kejamnya pemberontak Nigeria ni bila mereka masuk kampung, mereka bunuh, dera dan rogol wanita. Kanak - kanak pun dibunuh. Mana mana wanita yang ada baby dorang pergi potong breast ibu tu supaya tak boleh breastfeed anak sendiri.

Empat orang team JTF2 mati dibunuh oleh pemberontak. Empat orang cedera tapi hidup termasuk Bruce Willis.

Overall jalan cerita best. Tidak membosankan. Lebih lebih lagi masa bila kumpulan pelarian tu kena cross border untuk sampai ke Cameroon. Kat situlah team JTF2 ramai mati.

Okay, tak nak cerita panjang boleh tengok hehehe.

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...