Saturday, July 10, 2021

Black Widow (2021)


BLACK WIDOW (2021) 

Rating 8/10

Genre: Action, Thriller, Drama, Adventure 

Filem ke-24 dalam siri Marvel Cinematic Universe. Berdasarkan comic Black Widow. Heroinnya off course heroin kegemaran kita tak lain dan tak bukan Scarlett Johansson sebagai Natasha Romanoff hehe. 

Lain - lain pelakon Florence Pugh, David Harbour, Olga Kurylenko, Ray Winstone, Rachel Weisz dan O-T Fagbenle.  



Filem ni lebih kepada mengenali siapa Natasha Romanoff. Siapa keluarga dia dan bagaimana dia boleh jadi pembunuh upahan professional. Cerita ni mula mula memang slow sikit. Natasha mempunyai seorang adik Yelena Belova (Florence Pugh), ayah bernama Alexie Shostakov (David Harbour) dan ibu Melina Vostokoff (Rachel Weisz). 

Turns out pada suatu malam mereka terpaksa melarikan diri bersama sama dari rumah di Ohio ke Cuba. Sampai di Cuba mereka dipisahkan. Melina yang tercedera dibawa ke tempat lain, manakala Natasha dan Yelena dibawa ke Red Room untuk dilatih menjadi pembunuh. 


Sebelum tu, nak tengok cerita ni kena tengok dulu movie Captain America: Civil War (2016) okay. πŸ˜… Rupa rupanya Alexei adalah Captain America Russia aka Red Guardian. Yang emaknya Melina pula adalah salah seorang Black Widow yang bekerja dengan Dreykov juga seorang strategist dalam Red Room. 

Back in 2016, selepas pertempuran Avengers di Leipzig/Halle Airport. Romanoff merupakan penjenayah yang diburu oleh kerajaan US sebab telah melanggar Sokovia Accords. 


Sokovia Accords adalah dokumen sulit dan rasmi untuk mengawal segala aktiviti mereka yang mempunyai kuasa luar biasa. Terutamanya kepada mereka yang bekerja dengan agency macam S. H. E. I. L. D atau Avengers. Kira macam Superhuman Registration Act. 

Dibuat oleh PBB dan disahkan oleh 117 negara, perjanjian tersebut berfungsi sebagai "titik tengah" antara kehendak Avengers untuk mendapatkan keamanan dunia dan keprihatinan masyarakat antarabangsa terhadap kesan tindakan Avengers. 

Dalam masa berperang untuk keamanan dunia melawan alien atau super human akan ada kerosakan harta benda dan rakyat biasa yang terkorban. Berbalik kepad kisah Romanoff. Masa tu kawan baik dia Clint Barton dah kena tangkap. Jadi dia terpaksa jadi pelarian. Melarikan diri dari Thaddeus Ross. 

Pergi ke Norway dan minta tolong Rick Mason. Di suatu situasi yang sama, Yelena Belova yang masih berkhidmat dengan Red Room membunuh ex Black Widow jugak dan ambil Red Dust. Sebelum ex Black Widow tu mati sempat lagi dia pecahkan Red Dust dan terkena muka Yelena. Bila dah terkena Red adust tu Yelena macam tersedar. 

Most of Black Widow di bawah kawalan Red Room. 

Yelena hantar antidote (Red Dust) kepada Romanoff. Yang Romanoff tak tahu apa apa kena serang dengan Taskmaster disebabkan Red Dust tu ada dengan dia. She went back to Budapest and reunites dengan Yelena. Minta penjelasan kena Yelena hantar antidote tu kat dia. 


Pada masa yang sama dorang kena serang dengam Black Widows. Terus melarikan diri. Dalam pada itu barulah Romanoff dapat tahu yang sebenarnya Red Room masih aktif lagi dan Drevkov masih hidup. Okay, ingat tak masa dalam Avengers, Romanoff dia macam selalu rasa serba salah dan rasa diri dia berdosa? Actually masa dia nak musnahkan Red Room, dia bunuh anak Drevkov tu sekali. Anak Drevkov, Antonia (Orga Kurylenko) tu dijadikan sebagai collateral damage. Sebab antara syarat dia nak join S. H. E. I. L. D dia mesti kena bunuh Drevkov. Dan sampai ke harini dia masih rasa bersalah sebab dah bunuh budak yang tak berdosa. 


Selepas tu, Romanoff dan Yelena pergi selamatkan Alexei bapa angkat dorang yang kena jail oleh Drevkov selepas habiskan misi di Ohio. Sebab mereka ingat Alexei ni tahu tempat persembunyian Dervkov dan pangkalan utama Red Room. Tapi Melina yang tahu exactly kat mana Red Room tu. Then pergi la cari Melina kat Russia. Bila dah jumpa Melina, kira dah macam family reunion. Kesian kat Romanoff dan Belova. Ye lah masa kecik dah kena tipu. Lepas tu kena trained pulak sebagai pembunuh. 


Dalam masa jejak kasih Red Room agents datang dan tangkap dorang bawak ke Red Room. Sampai di Red Room rupanya Vostokof menyamar jadi Romanoff dan Romanoff jadi Vostokoff. Dan kat situ jugak Romanoff tahu yang Antonio ni tak mati. Antonio is a Taskmaster. Created by Drevkov. 



Banyak konflik cerita ni. Mula mula macam bosan sikit tapi kat tengah dah jadi best. Kena kaitkan dengan Avengers The Winter Soldier. Ni wonder masa dalam filem The Avengers: The Winter Soldier Romanoff tahu tentang chemical pihak ketenteraan guna untuk projek Winter Soldier. Masa tengah berlawan Drevkov sempat larikan diri. Black Widows serang Romanoff. Belova sempat pecahkan vial Red Dust untuk sedarkan Black Wodows yang dibawah pengaruh Red Room. 

Bab action cerita ni memang best. 


Berlawan diudara gitu hehe. Akhirnya, Antonia dapat disedarkan oleh Romanoff. Thaddeus Ross datang with the US Government punya army nak tangkap Romanoff. Black Widows datang selamatkan Yelena, Melina dan Alexei tapi Romanoff je yang tinggal. 

Bila ingat balik rasa tak boleh terima kenyataan yang Natasha Romanoff mati dalam Avengers. Rasa sedih gila huhu. Sebab favourite character mati. πŸ˜… 

Movie ni ada post credit scene. Belova nak balas dendam kat Clint Barton sebab dia ingat Barton ni bunuh Romanoff. Dalam movie ni ada banyak watak yang berkait sana sini. Dan jangan terkejut kalau Yelena ni pengganti Romanoff dalam new Avengers nanti. πŸ˜… 

Tapikan, Scarlett Johanssons dalam movie ni memang body hot gila. 😍

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...