Friday, July 2, 2021

12 STRONG




12 STRONG (2018)
Rating 8/10
As usual saya memang suka tengok cerita macam ni. Based on actual events. Diadaptasi dari buku Horse Soldiers. Dan husband mak tak suka tengok cerita ni sebab dia kata dalam movie ni Islam nampak jahat. Dan mader tengok cerita ni dah banyak kali. 😅
Siapa yang pernah baca buku Horse Soldiers mesti tahu tentang movie ni. Tapi dalam buku Horse Soldiers tu lagi best.
Cerita ni ada kaitan dengan tragedi 9-11. Masa WTC dah kena bom tu 12 orang team ODA 595 Special Force Group, Task Force Dagger telah dihantar ke Afghanistan (secret mission) untuk wipe out semua geng Taliban dengan Al Qaeda.
Team up dengan salah satu Northern Alliance (United Islamic Front For the Salvation of Afghanistan) diketuai oleh Abdul Rashid Dostum. ODA 595 kena pastikan yang Northern Afghanistan ni selamat. Bunuh semua geng Taliban supaya the terrorism stop.
Masa satu dunia tengah kecoh tentang WTC kena bom, takde siapa tau tentang mission Special Force Group ODA 595. Memang US takde war warkan di media. Even masa 12 orang tentera ni balik pun takde press conference takde sambutan besar besaran. Nama tak disebut langsung. Kalau mati tu matilah. Tapi andai follow berita tentang WTC ni dulu ada President Bush bagi speech on behalf 12 soldiers ni. President sebut pesanan tu satu satu.
Perang yang sepatutnya mengambil masa 6 minggu settle dalam 3 minggu.
Taliban as kita tahu memang jahat kan. Bunuh orang sesuka hati terutamanya wanita dan kanak kanak. Selalu jadi mangsa. Anak - anak tak boleh dapat pendidikan selepas umur 8 tahun. Wanita tak layak dapat pendidikan. Tak boleh bekerja. Sampaikan para wanita Taliban kena belajar secara underground. Kalau kantoi kena bunuh. Dan yang paling tak suka sekali bila Taliban ni kata women face is the source of corruption. 😅
Cerita ni memang best pertama, sebab Chris Hemsworth yang berlakon hahaha. Kedua sebab Jerry Bruckheimer. Mostly Jerry Bruckheimer punya movie dan series best. So layannn.
Ketiga sebab, Captain ODA 595 (Chris Hemsworth) tak pernah pergi berperang sepanjang dia jadi askar. Macam mana Kapten yang tak pernah pergi berperang join Secret Mission bawa 11 orang askar pergi perang dan balik dengan selamat?
Dah lah nama tak dijulang. Cuma ada monument yang didedikasikan untuk US Special Force dan yang terkorban masa tragedi 9-11.


Horse Soldier

Horse SOldier Monument

 

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...