Friday, July 9, 2021

Hadif jumpa dentist lagi selepas 3 tahun


Dia bab best best, main basikal, fun fun dengan papa. Tapi bab demam, tak sihat, kena pergi appointment doctor, tido kat sepital, jaga time sakit, bagi mandi, makan ubat semua mama. 🤭🤣 Tapi takpelah mama tak kisah pun. Dah biasa. 

Semalam, ada appointment dengan doktor sebab gigi dia dulu tu. Ingat tak masa umur dia tiga tahun dia pernah ditidurkan kat hodpital dan doktor cabut 6 batang gigi yang rosak. Masalah anak anak bf yang suka mengempeng time malam lepas tu jenis yang tak suka kena gosok gigi.. Meraung raung



Time tu doktor tinggalkan gigi taring dia kiri kanan. Sebab kesian nanti doktor kata takde gigi nak gigit makanan haha. Walaupun gigi tu dah rosak. 

And sepatutnya masa umur dia 5 tahun dia kena buang jugak gigi taring tu. Sebab sakit & bernanah. Doktor bagi jadual operate setahun. Tapi mader tak hantar. Tapi alhamdulillah dah tak sakit. Sampailah gigi dia tu macam terpatah sendiri. Dan akar tertinggal kat dalam. 


Bila nak tumbuh gigi baru, yang baru tu nak tumbuh kat atas. Yang gigi depan gigi taring dah macam senget. So cuak lah mak ni. Call Klinik Gigi Kpg Pandan terus dorang bagi appointment dalam masa 5 hari. 

Semalam masa pergi check doktor kata satu gigi taring je kena buang sebab yang tu dah rosak teruk. Dah reput sampai kena keluarkan sikit sikit. Yang kanan biarkan nanti bila nak tumbuh gigi baru nanti gigi susu tu akan terkeluar. Yang lain tu pun sama. 


Doktor kata rosak tu sebab dulu punya kes. Tapi rosak tu tak bertambah. Macam gitu je. Yelah sebab sekarang dia rajin jaga gigi. First time tengok gigi yang dah berserpihan. Last sekali baru tarik akar gigi tu. Tengok doktor korek tu buat aku rasa seram nak tadah gigi. 😅 

Tengok lah video kaki dia gerak gerak tu menahan sakit doktor letak ubat tahan sakit bagi kebas. Menitik jugak air mata dia tadi walaupun dia tak nangis. Doktor pun baik je cakap lemah lembut. Takde lah dia takut. 

muka nak nangis, dah menitik air mata tapi tak nampak dalam gambar


tunggu ubat bius berkesan

masa tengak korek

pakai baju abang hahaha

Habis je cabut duduk kat luar hampir nak nangis. Dah keluar bunyi suara nangis tu. Aku pujuk hahahaha. Dapat la tengok gigi dia sendiri tadi. 

Dok tanya mak kenapa adik dulu masa kecik tak suka gosok gigi. 🤣 

Pasni, takde appointment dah. Tapi kalau sakit lagi terus call je. Nanti dorang suruh datang.

Keluar je dari klinik gigi terus request aiskrim dengan french fries. Eh eh ewahhh. Takde ice cream je. French fries beli lepas tu goreng sendiri hahaha.

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...