THE ICE ROAD (2021)
Rating: 7.8
Genre: Action, Adventure, Thriller, Disaster
Dalam movie ni Liam Nelson berlakon sebagai Mike yang ditugaskan untuk menghantar "wellhead" demi untuk menyelamatkan 26 orang pelombong berlian yang terperangkap didalam lombong akibat dari letupan. Mike diambil bekerja bersama dengan adiknya Gurty (Marcus Thomas) bekas tentera yang telah bertugas di Iraq dan menderita sebab PTSD (Post Traumatic Stress Disorder). Walaupun Gurty ada PTSD tapi Gurty sangat expert sebagai seorang mekanik.
Mula mula malas nak layan movie ni knowing yang kebanyakkan movie Liam Nelson bila dia berlakon jadi hero je mati hahahahaha. Tapi asyik ternampak jadi sebab tak dapat tidur semalam kita layan je la.
Canada's Ice Road memang wujud. Dikenali sebagai Tibbitt to Contwoyto Winter Road yang punya ketebalan 30 inci. Jalan ini akan dibuka setiap tahun pada bulan February hingga March. Digunakan hanya untuk supply barang ke pusat perlombongan tersebut. Akan tetapi filem ni fiction. Tidak pernah ada kejadian runtuhan yang berlaku di pusat perlombongan ni.
Pada permulaannya, Jim Goldenrod (Laurence Fisburne) menolak permintaan pihak kerajaan Canada untuk membuat "rescue mission". Menurut Goldenrod orang yang sanggup meredah Ice Road tu dipengakhiran musim sejuk sebagai "suicide mission". Tapi apabila mengenangkan ramai sahabat yang dia kenal di Katka (Syarikat Perlombongan) dia pun setuju.
Jom Goldenroad, Mike , Gurty dan Tantoo (Amber Mithunder) serta Varnay (Benjamin Walkers) yang bekerja di Katka Company sebagai "actuary" bersama sama meneruskan perjalanan misi menyelamat menghantar wellheads meredah jalan ais.
Segala-galanya berjalan dengan lancar pada awalnya sehingga trak treler Goldenrod berhenti di tengah jalan sebab suhu terlalu tinggi. Jadi, dengan berat hati Goldenrod pun turun cuba mengikat traknya dengan trak Tantoo. Pada masa yang sama Gurty check enjin trak Goldenrod untuk mengetahui apa yang sebenarnya telah berlaku dan cuba memperbetulkannya. Tetapi, secara mengejut tiba tiba ais jalan tersebut merekah. Ini sebab ais tu semakin menipis dan ais tu tak boleh menahan trak yang berat tu tadi. Bila dah pecah, tayar treler dibelakang pun mula tenggelam. Goldenrod cuba menyelamatkan diri tapi kakinya telah terikat dengan tali yang bersimpul dan patah.
Goldenrod kemudian meminta Tantoo memotong tali perantara tu supaya trak Tantoo tidak tenggelam sekali. Bila tali tu dah dipotong Goldenrod pun tenggelam lemas bersama-sama dengan traknya. Selepas trak tenggelam ais kat situ mula merekah. Meraka pun mula melarikan diri dengan trak terikat diantara satu sama lain. Yang paling suspense masa jalan ais tu berombak kuat. Memang seram. Akhirnya, trak mereka terbalik juga di atas permukaan jalan ais tu.
Dan dari sini mula timbul konflik antara Mike, Varnay dan Tantoo. Mike dan Varnay menuduh Tantoo yang sabotaj trak Jim. Yelah, trak sebesar macam Optimus Prime takkan rosak sembarangan lebih lebih lagi kalau trak tu memang sentiasa dijaga. Tak logik sangat.
Bila trak dah diterbalikkan semula, sebelum meneruskan perjalanan Mike dan Gurty pergi ke belakang treler untuk memastikan wellhead yang mereka bawa berada dalam keadaan baik. Dan tiba tiba Varnay datang terus menutup pintu treler dan memasang bom nak letupkan treler serta bunuh Mike dan Gurty. Rupa-rupanya Varnaylah dalang disebalik kerosakan trak Jim Goldenrod. Varnay telah bersubahat dengan Sickle, General Manager of Katka company untuk menggagalkan misi menyelamat mereka. Dia nak semua 26 orang pelombong tu mati dengan menyatakan yang bantuan tak sampai sebab trak yang bawa "wellhead" tenggelam didalam lautan ais atau tergelincir dari laluan berbukit.
Dalam keadaan terkurung Mike dan Gurty berusaha untuk memecahkan "aircond" treller dengan menggunakan pipe yang ada. Akhirnya mereka berjaya keluar dan selamat dari letupan. Ketika percubaan untuk mengeluarkan treler mereka dari ais tali besi terputus. Treler tenggelam ke dalam ais bersama dengan Gurty. Gurty diselamatkan oleh Mike dan mereka meneruskan perjalanan ke Katka dan menyelamatkan Tantoo.
"wellhead" |
Mereka sempat sampai sebelum Tantoo dibunuh oleh Varnay. Gurty mengeluarkan sebahagian minyak dari trak mereka dan mengisi kedalam trak Tantoo tapi, Varnay yang jahat tu pergi bom pulak ais kat atas bukit. Jadi mereka bertiga ni terpaksa melarikan diri. Trak Tantoo mengalami kemalangan dan Tantoo pulak tercedera.
Banyak betul dugaan nak berbuat baik ni kan. Kemudian yang si penjahat Varnay tu tak mati mati hahaha. Orang jahat kalau dalam movie memang lambat mati. Macam tu jugak agaknya dalam realiti.
Sampai Mike terpaksa fight dengan Varnay. Gurty dan Tantoo meneruskan perjalanan sehingga ke pusat perlombongan Katka Company.
Punyala lama berlawan bertumbuk di atas jalan ais akhirnya Varnay mati bersama dengan trak yang dibawa oleh Tantoo sebelum kejadian dia eksiden. Sementara itu, Tantoo and Gurty cuba menyeberangi jambatan yang bukan untuk jentera berat. Berat maksimum yang mampu ditanggung oleh jambatan tersebut ialah 75,000 lbs atau bersamaan dengan 34019kg lebih kurang.
Jambatan tu terputus, tapi Gurty dan Tantoo berjaya menyeberanginya. Tetapi, tiba tiba trak mereka berundur. Tantoo cuba untuk drive trak ke depan dan Gurty cuba menutup pagar jambatan demi untuk menghalang trak tersebut dari jatuh kebawah. Gurty akhirnya mati dilenyek oleh treler. (part ni sedih, sebab asalnya Mike ambik job ni pun sebab Gurty, nak cari duit untuk bayar duit deposit trak dorang sendiri).
Mike dan Tantoo sempat sampai tepat pada waktunya. Para pelombong dapat diselamatkan. Sickle akhirnya ditangkap atas tindakan yang tidak bertanggungjawab termasuk bersubahat untuk menggalkan misi menyelamat serta tidak mengikut prosedur keselamatan.
Berkenaan dengan Ice Road ni. Laluan tu akan dibuka sekiranya ketebalan ais mencapai 29 inci minimum. 30 inci ke atas is the best. Bawah dari 29 inci dah kira bahaya. Nak ikut jugak laluan tu kira dah macam pergi bunuh diri.
Ending of the movie Tantoo bekerja di garaj kereta Jim Goldenrod. Mike dapat beli trak dan bekerja sendiri.
MEGA88 Casino Bonus Code 2021 - JtmHub
ReplyDeleteNew players 제주 출장마사지 can get a 50% deposit bonus on their first deposit 서울특별 출장안마 on the site, at a rate of at least 경상북도 출장샵 30 오산 출장안마 times per month. The bonus can be 부천 출장마사지