LOKI (2021)
SEASON 1
EPISOD 2: THE VARIANT
Rating 9/10
Episod yang lepas menceritakan yang ada another Variant Loki dan TVA memerlukan Loki untuk menangkap the other Loki huhu.
Loki bersetuju untuk bekerjasama dengan Mobius. Misi tersebut berkenaan tentang serangan "The Variant" di Oshkosh, Wisconsin pada tahun 1955. Tetapi dengan syarat dia mahu berjumpa dengan "Time-Keepers" of TVA yang dikatakan telah menubuhkan TVA dan buat Sacred Timeline.
Permintaannya, tidak dilayan oleh Mobius. Dia kan licik, sentiasa nak trick orang tapi Mobius tak terpedaya dengan trick dia. Dan saya pun susah nak percaya dengan Loki ni walaupun kata dia akan jadi baik.
Tapi dorang tak berjaya pun menangkap the other Loki Variant di Oshkosh.
Renslayer tak bersetuju dengan real Loki yang membantu TVA untuk mencari Variant Loki yang mereka cari tapi Mobius menekan yang Loki ni perlu diberi peluang kedua kerana dia akan memudahkan kerja mereka untuk menangkap the other Variant Loki.
Masa meeting dengan Reslayer, Mobius pun bertanyakan tentang Time Keeper of the TVA. Tapi Renslayer menyatakan yang The Old Time Keeper tak masuk campur dalam kerja kerja TVA tapi sentiasa memerhati perjalanan kes secara terperinci. Kemudian, Renslayer pun bersetuju untuk memberi peluang kedua kepada Loki.
Tapi serius saya suka sangat Loki dalam series ni.
Jadi, selepas diberi peluang kedua, Mobius memaksa Loki untuk meneliti segala file berkenaan tentang Variant Loki dan bagaimana cara untuk menangkapnya.
Selepas meneliti beberapa fail Loki berpendapat bahawa The Variant Loki tu bersembunyi di dalam "apocalyptic event". Teori tu datang apabila dia membaca tentang kemusnahan Asgard di dalam Thor: Ragnarok. Loki berpendapat kalau dia pergi ke Asgard sebelum Surtur meletupkannya, Loki boleh berbuat apa yang dia suka tanpa mengganggu dengan memutar balik kitaran masa. Tapi, ia bukannya teori yang terbaik.
Kemudian, kalau kata Loki ke Asgard semasa pertempuran dengan Hela dan menolak Hulk dari Rainbow Bridge, itu adalah garisan masa yang berbeza. Tapi kalau dia pergi ke Asgard semasa kebanyakkan penduduk sedang diselamatkan mungkin takde masalah. Yang penting, syaratnya tidak ada sesiapa pun yang perasan akan kemunculan dia waktu tu. Isunya sama ada masa kemunculan dia kat situ meninggalkan jejak atau tak.
Mobius pun antara pasti dengan tak berbelah bahagi samada mahu mempercayai Loki. Yelah asyik kena "kelepet" je kan hahahaha. Tapi sebab dia rasa apa yang Loki cakap tu mungkin ada betulnya jadi dia dengan Loki pergi ke zaman Pompeii sebelum ditenggelami lava dari Mount Vesuvius. Gunung Vesuvius meletus, Lava mengalir dan semua penduduk Pompeii mati. Kiranya dari situ dah membuktikan bahawa hipotesisnya tidak silap. Yang peliknya tak ada sesiapa dari TVA pun yang pernah membuat siasatan.
Lepas tu, Mobius berkata antara salah satu syarat yang penting ialah kejadian bencana alam tidak boleh dibuat buat, tidak ada amaran, terjadi secara tiba tiba dan tidak ada yang terselamat dari kejadian bencana tersebut.
Selepas membelek beberapa fail mereka berdua berpendapat ada satu tempal iaitu kedai supermarket yang terletak di Gulf Coast, tempat dimana ramai orang menyembunyikan diri semasa bencana ribut taufan pada tahun 2050. Kedai runcit tu dihancurkan oleh ribut taufan yang menyerang menyebabkan semua yang berlindung dikedai runcit tersebut terbunuh.
Rupa-rupanya, apa yang Mobius dan Loki agak itu betul. Loki bertemu dengan dan mereka sempat berlawan berdua. Yang lebih mengejutkan Loki ialah the other Loki itu yang sebenarnya adalah Lady Loki (lakonan Sophia Di Martino). Boleh dikatakan lebih hebat dari Loki.
Lady Loki telah memasang mesin yang TVA guna untuk reset garisan masa untuk buat banyak cabang "nexus event" membuatkan Sacred Timeline jadi tak stabil. Lady Loki kemudiannya membuka pintu masa dan masuk ke dalam pintu tu diikuti oleh Loki. Pergi mana agak-agak?
Okay berbalik kepada penyataan Loki tentang bersembunyi dalam masa. Sangat konfius kan. Dia sebut pulak Asgard sebagai contoh. Dah pulak terfikir kena tengok balik ke movie Thor: The Ragnarok tu kan. Takkan ada sesiapa pun akan percaya teori complicated yang macam tu.
Sebenarnya, Lady Loki akan pergi ke tempat dimana tidak ada saksi yang boleh nampak dia dan tak ada bukti yang menyatakan yang Lady Loki ni wujud. Orang yang nampak dia akan mati atau tempat tu dah nak hancur. Itu adalah dua syarat utama untuk bersembunyi dalam "apcalyptic event".
Dengan kata lain, Lady Loki meletakkan diri dia di tempat yang mana tindak tanduk dia tidak mempengaruhi apa yang bakal terjadi seterusnya.
*****
Terima kasih sudi baca, pening jugak nak tulis hahahaha. Mengalahkan movie Lebiu gais.
No comments:
Post a Comment