Friday, July 2, 2021

A Quiet Place 2

 


A Quiet Place 2
Filem sambungan dari movie A Quiet Place Part 1. Antara movie yang dinanti nanti. Dannnn yes, tak menyesal, sangat berbaloi.
Rating terpaksa bagi 7/10 sebab ending dia macam eh tiba tiba je dah bunuh alien terus err habis. 😅
Selepas kematian suami, Evelyn (Emily Blunt) dan anak anak terpaksa keluar dari rumah mencari tempat perlindungan yang lain. Starting movie ni ada flashback sedikit. Macam mana segalanya bermula.
Bayangkan terpaksa berjalan senyap senyap macam pencuri supaya tidak jadi mangsa alien. Tiada lagi bilik kedap bunyi seperti sebelum ini. Nak menjerit pun tak boleh. Nak bercakap pun tak boleh.
Akhirnya, berjumpa dengan Emmet bestfriend kepada Lee Abbot suami kepada Evelyn. Dan dari situ bermula juga perjalanan Regan untuk mencari another survivors. Sebab sebelum ni dorang ingat dorang satu family je yang hidup. Regan, walaupun bisu tapi dia sangat bijak. Dia tahu skill nak survive, dia tahu baca map dan tafsir mesej. Sama macam ayah dia Lee Abbot.
Jalan cerita
mantap
. Untuk jalan cerita mak kasi 8/10. Saspen, terkejut semua ada. Tengah layan baik punya tetiba ada benda jatuh kat sebelah. Terlompat mak cik kau. Pukul 2 pagi tengok kan. 🤣
Kalau ikutkan cerita ni sangat heavy. Bukan senang nak buat cerita yang pelakonnya tak ramai tapi boleh bagi impak berkesan kepada penonton. Dengan reaksi muka. Sebab tu banyak movie thriller yang ada 3-4 orang pelakon flop sebab feel tak sampai.
Kite cerita ringkas je eh. Taknak jadi spoiler. Sebab cerita ni best. Yang tak pernah tengok boleh tengok dulu A Quiet Place Part 1.
Kalau mengikut rentak movies dan series yang cerita berasaskan survival, filem ni memang boleh ada sambungan Part 3,4,5,6 dan seterusnya. Contoh: The Walking Dead, Lost, Resident Evil, The 100, Shooter, The Colony etc.
Cuma bergantung kepada kreativiti producer, script writer dan director macam mana nak hidupkan watak watak baru.
Sebelum ttu nak bagitau. I loveeeee Emily Blunt. 😍
Sekian, boleh pergi tengok. 😆



No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...