ENEMY OF THE STATE (1998)
Rating 7.8/10
Produced by Jerry Bruckheimer. One of my favourite Will Smith movie. Siapa yang tak pernah tengok movie ni boleh lah masuk dalam kalian punya watch list.
Gene Heckman pun one of saya punya favourite actor.
Mengisahkan seorang lawyer Robert Dean (Will SMith)yang telah dikejar oleh satu team konspirasi yang telah ditubuhkan secara sulit di bawah NSA (National Security Agency) hanya kerana beliau disyaki mempunyai kaset yang mengandungi bukti pembunuhan seorang US Congressman Phil Hammersly disebuah Taman Tasik. Dibunuh oleh orang suruhan ketua NSA iatu Thomas Brian Reynolds. Pada masa yang sama Thomas jugak berada disitu.
Asalnya kaset tersebut kepunyaan seorang biologist Daniel Zavitz sahabat kolej lama Robert Dean. Daniel meletakkan video di kawasan Taman Tasik tersebut untuk mengkaji hidupan burung liar. Dan bila Daniel melihat video pembunuhan tu dia pun cuba menghubungi sahabat dia yang juga seorang wartawan sebagai bahan bukti pembunuhan.
Daniel telah dikejar oleh team so called NSA dan dalam masa dia melarikan diri Daniel terserempah dengan Robert Dean di sebuah kedai lingerie. Dan Daniel memasukkan kaset tersebut ke dalam beg plastik Robert tanpa pengetahuan Robert.
Akhirnya, Daniel mati semasa melarikan diri bertembung dengan fire truck.
Jadi, bermulalah pencarian kaset tersebut.
Dalam movie ni sebenarnya berlaku perdebatan teknologi yang mana pihak kerajaan boleh awasi setiap tindak tanduk kita setiap masa. Salah satu caranya ialah dengan meletakkan alat pengawasan di komputer, telefon, jam, rumah dan sebagainya atas tujuan untuk mengurangkan kes jenayah. Akan tetapi ramai yang tidak bersetuju. Even orang awam pun tak bersetuju sebab tidak praktikal. Sebab tiada privasi. Ye lah kalau dah semua kena intai nak buat apa pun rasa takut kan. Tak bebas.
So, apa yang terjadi kepada Robert Dean ialah dia dituduh ada scandal dengan ex girlfriend Rachel, dituduh membunuh, dibuang kerja, kredit kad kena declined, Semuanya ini adalah untuk memaksa Robert memberi kaset tersebut. Padahal dia tak aware pun tentang kaset tu. Baju, tali pinggang, pen, kasut, henfon semua diletakkan "surveillance device". Jadi pergi lari kat mana pun orang akan tahu sampailah semua alat pengawasan tu dibuang. Misi nak dapatkan Robert Dean diberi nama "Secret Training Special Op
Betapa dahsyatnya kesan sebuah teknologi bila disalahgunakan. Hidup yang bahagia pun boleh jadi musnah dengan sekelip mata.
Kemudian berjumpa dengan Brill, ex communication analyst NSA. Jadi mereka bekerjasama untuk menyelamatkan diri dan melawan NSA dengan menggunakan taktik yang sama.
Pengakhirannya, NSA dan Pintero gang saling membunuh sesama sendiri tanpa sebab. Dan Rang Undang Undang pengawasan tanpa kerelaan pun dibatalkan untuk megelakkan pendedahan skandal yang dilakukan oleh US Sam Albert serta terpaksa merahsiakan kesilapan NSA demi untuk menjaga reputasi.
Saya tak cerita the whole movie. Ni memang sinopsis ringkas. Nak tahu apa yang sebenarnya terjadi boleh tengok sendiri key hehehe.
No comments:
Post a Comment