Sunday, July 4, 2021

The Tomorrow War (2021)

THE TOMORROW WAR (2021)

Rating: 7/10

Genre: Military Science Fiction Movie (Original Movie by Amazon)

Sinopsis:

Mengisahkan seorang guru biology dan bekas tentera Dan Forester (Chris Pratt) yang telah direkrut semula untuk berperang bersama dengan tentera masa depan menentang alien (Whitespike)  dan bunuh semua alien supaya perperangan tu tak wujud. Selain dari Dan ada lagi rakyat lain yang dipaksa rela untuk menyertai future war. Ada mereka yang direkrut tak pernah pergi berperang pun.

Sepatutnya selepas direkrut mereka akan diberi latihan asas perperangan. Tapi disebabkan research centre "masa depan" tahun 2051 telah diserang mereka terpaksa dihantar secepat mungkin dengan menggunakan "jumplink". Dalam ramai yang dihantar, hanya segelintir sahaja yang hidup. Ada yang dijatuhkan ditempat yang salah dan mati atas sebab sistem rentasan masa yang terganggu.

Tanpa membuang masa Colonel Forester which is Muri Forestor (Yvonne Strahovski) terus menghubungi team Dan dan mengarahkan mereka untuk menyelamatkan pekerja - pekerja makmal sebelum kawasan Miami tu kena bom (sterilized) dan membunuh semua alien Whitespike yang ada..

Apabila team Dan tiba dimakmal mereka mendapati bahawa pekerja pekerja makmal sudah dibunuh oleh Whitespike. Jadi, Dan diarahkan untuk mengambil bahan kajian oleh para pekerja makmal tersebut dan bawa ke based camp di Dominican Republic. Barulah Dan Forestor dapat tahu yang anak dia sendiri Colonel Muri Forestor yang rekrut dia.

Bukan senang nak bunuh alien Whitespike. Sama macam dalam movie Starship Troopers. Macam macam test dorang dah run tapi still tak berjaya sebab walaupun mereka berjaya mencipta toksin akan tetapi toksin tak mampu nak bunuh "female Whitespike". Masalah besar sebab yang betina ni boleh bertelur dan membiak. Jadi, walaubagaimanapun tetap kena cari solusi dan buat beribu ribu test untuk memastikan yang toxin tu boleh bunuh female Whitespike.

Apa tugas Dan Forestor? Kenapa anak dia Muri rekrut ayah sendiri untuk mission macam ni?

Sebab utama Muri nak ayah dia bawa balik toxin tu ke tahun 2022 dan produce toxin tersebut sebanyak yang mungkin, cari serta bunuh alien tu semua sebelum alien alien tu memusnahkan tamadun manusia. 

Bila Dan dah kembali ke tahun 2022 dia dah tak boleh nak balik semula ke tahun 2051 sebab sistem Jumplink dah offline. Ye lah semua tentera yang bekerja di makmal yang terletak kat pelantar minyak mati dibunuh oleh alien Whitespike.

Jadi, Dan Forestor kena berikhtiar cari jalan lain macam mana nak bunuh alien sebelum alien keluar dan bunuh semua orang. Dia rekrut geng yang fight bersama sama dalam future war kecuali ayah dia (ex-military). 

Secara keseluruhannya, jalan cerita yang best, padat dengan aksi berperang dengan alien. Mungkin ada yang kata filem tak logik kena bertumbuk dengan alient etc. Well dah namanya science fiction kan. Memang lah tak logik hahaha. Takde banyak sangat adegan meluah perasaan. Tapi ada part sedih bila anak dia Muri minta maaf kat ayah dia. Nak tau kenapa kena tengok. Sedih jugak. Hati mak cepat tersentuh huhu.

Ending movie ni, tidak mengecewakan. Jadi berbaloi sangat ditonton. Dia takde after habis movie tu tetiba keluar scene telur alien menetas. Bukan apa, jenuh nanti nak menunggu sequel nya hihi...

Kat mana nak tengok movie ni? Boleh ke Amazon Prime Video. Sekian, hope you guys enjoy!

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...