Friday, July 2, 2021

Behind Enemy Lines (2001)

BEHIND ENEMY LINES (2001)

Rating: 8/10

"Prepare to cross the line..."

Owen Wilson sebagai Pegawai Penerbangan Tentera Laut US Leftenan Chris Burnett dan Gabriel Match sebagai Juruterbang Jeremy Stackhouse yang juga bestfriend kepada Chris Burnett.

Long story cut short, sebelum Chris Burnett resigned untuk jadi tentera Laut, dia bersama dengan Stacckhouse dijadualkan untuk membuat rondaan udara pada malam Krismas.

Dan hasil dari rondaan tersebut mereka telah menyimpang sedikit ke kawasan udara Bosnia sebab nampak sesuatu yang pelik di kawasan "demeterialized zone". Kawasan tersebut merupakan kawasan sempadan yang mana sepatutnya tidak ada aktiviti sebab dikira sebagai neutral zone.

Sebagai seorang pegawai yang memang degil dan selalu menyimpang dari laluan yang telah ditetapkan Chris telah mempengaruhi pilot aka Stackhouse untuk pergi dengan lebih dekat. 

Rupa-rupanya, kawasan yang sepatutnya neutral zone tersebut dijadikan sebagai tempat pembuangan mayat rakyat Bosnia yang telah diseksa dan dibunuh dengan kejam oleh Tentera Sukarelawan Serbia. Jadi, bila dah terkejut dorang pun melarikan diri dan secara tidak sengaja telah mengambil gambar kejadian pembuangan mayat tu.

Dan sebagai Comander General Miroslav Lokar telah megarahkan supaya jet Chris dengan Stackhouse ditembak jatuh dan kedua duanya mesti mati. Sebab pada masa yang sama Comander Lokar telah melancarkan kempen untuk membunuh etnik Bosniak. Jahat kan. 

Jeremy Stackhouse

Bila jet dah kena tembak dan Stackhouse dah kena bunuh jadi Chris takde pilihan lain melainkan kena survive melarikan diri supaya tidak dibunuh oleh Lokar punya orang kuat named Shasha dan pada masa yang sama menanti untuk diselamatkan.

Shasha

Bila dah jadi kes macam ni, kalau ikutkan undang undang US memang tiada hak untuk ceroboh kawasan udara Bosnia dan menyelamatkan Chris. Kira kalau mati tu matilah. US tak boleh campur tangan sebab dah memang salah mereka sendiri tersasar dari laluan asal rondaan.

Tapi sebagai seorang ketua yang bertanggungjawab terhadap anak buah Admiral Reigart tetap mahu menyelamatkan Chris. Walaupun dengan tindakan yang diambil boleh membuatkan dia dipecat.

Filem ni antara filem yang dapat kritikan hebat , banyak dapat negative revieews tapi still box office masa tu. Pada saya jalan cerita dia best dan filem ni ada seqeul ya hehehe..

Jadi nak tengok part 2, 3 dan 4 kena tengok dulu part one (bagi yang tak pernah tengok).

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...