Saturday, January 31, 2026
20,000 guru baru diperlukan untuk penuhi keperluan pendidikan negara
Wednesday, January 28, 2026
First time guna Amap, semua dalam satu, bukan sekadar aplikasi peta biasa
Thursday, January 22, 2026
Isu murid umur 6 tahun masuk Darjah/Tahun 1
| Sekolah Cina Hadif & Hanif, SRJKC Tsun Jin |
1. Murid ada masalah kesediaan pembelajaran
- Kemahiran Literasi - mengenal huruf, membaca perkataan mudah dan tulis nama sendiri.
- Kemahiran Numerasi - pula ialah kemahiran yang boleh memahami konsep nombor dan pengiraan asas.
- Fokus dan tumpuan - yang mana anak yang umur 6 tahun ini kurang mampu memberi tumpuan dalam tempoh yang lama.
- Koordinasi motor halus - adakah murid umur 6 tahun ini mengalami kesukaran untuk menulis menggunting dan melukis.
2. Masalah perkembangan emosi dan sosial
Murid usia enam tahun ada yang belum matang secara emosi selalu menangis dan rindu rumah bila berdepan environment baharu di sekolah, mereka sukar berinteraksi dengan rakan sebaya kerana kemahiran sosialnya masih terhad, dan rasa terasing.3. Tekanan akademik
Bila kerja rumah bertimbun, ujian bulanan, dan pembelajaran formal enam jam sehari memang akan memakan ruang main dan rehat budak. Jadual waktu sekolah yang ketat, kena ikut masa yang ditetapkan. Kena buat commitment untuk mereka duduk, mendengar dan menulis dalam tempoh yang lama. Sedangkan daya tumpuan murid enam tahun hanya sekitar 10–15 minit.4. Masalah dari segi fizikal
5. Masalah sosial
Beza umur setahun dalam kelas menyebabkan murid enam tahun kelihatan lebih kecil dan kurang matang berbanding kawan-kawan yang berusia tujuh tahun, sekali gus jurang fizikal dan kognitif tu jelas. Kecenderungan untuk diketepikan selalu berlaku apabila guru bahagikan kumpulan projek atau pasukan sukan kerana mereka dianggap “lambat” atau “tidak cukup kuat”, dan tidak dimasukkan dalam aktiviti berkumpulan. Akibatnya, mereka sukar membina persahabatan dengan rakan yang lebih tua, hidup dalam lingkaran sosial sempit dan mudah berasa terasing di kelas Tahun Satu. Yang paling aku risau kes buli. Sedangkan umur sebaya pun ada kes buli. Apetah lagi berbeza umur.6. Risiko jangka panjang
7. Masalah FOMO (Fear of Missing Out)
Tuesday, January 20, 2026
"Saya buka kedai makan je bang" - Khairul Aming
![]() |
| Lambat juga cita-cita dia hahaha... |
![]() |
Monday, January 19, 2026
Kena sidai dua jam di Klinik Kesihatan?
| Slip MC Hadif haritu |
Wednesday, January 14, 2026
Jangan jadikan murid sebagai sasaran ego dewasa
Wednesday, January 7, 2026
Waktu makan di Rembayung 1 jam 45 minit tidak cukup?
Terbaru isu tentang waktu makan pula. Waktu makan kat Rembayung 1 jam 45 minit tu kira okaylah. Takkan nak lepak makan sampai 4 jam di situ.
Sama macam kalau kita pergi BBQ Town, Sukiya, Shabuyaki waktu makan ditetapkan 1 jam 50 minit. Lebih dari itu kena bayar. Dan pekerja restoran tersebut akan ingatkan kita lagi 10 minit sebelum waktu makan tamat. Tidak ada siapa pun nak jadikan waktu makan ini sebagai suatu isu besar.
Dah kenyang blah je la. Apa masalahnya.
Nak lepak, chill dan bergosip pergi sambung mengopi atau mengeteh tempat lain. Aku selalu buat begini lebih-lebih lagi jika makan lepak dengan kawan-kawan. Memang 1 jam 45 minit tu tak cukup. Pergi cafe sambung lagi 4 jam hehehe. Aku bercakap melalui pengalaman.
Dan aku pun akan letak syarat deposit sebagai komitmen sebab masyarakat kita ni ada sikap yang suka² cancel. Deposit RM10 itu sangat memadai. Andai kata Khairul Aming nak untung baik dia letak deposit RM50 satu kepala. Betul tak?
KA buat sistem tempahan macam ni untuk memudahkan semua pihak. Kau dah sibuk "battle", dapat tempat lepas tu tak datang. Tak payah menyusahkan diri sendiri buang masa buat tempahan.
Tempat yang kau tempah tu adalah lebih baik bagi peluang kepada orang lain.
Thursday, June 5, 2025
Lavender Bakery & Patisserie serta isu Sijil Halal
![]() |
| Gambar dari Lavender Bakery |
Tular lagi isu Halal. Kali ini melibatkan Lavender Bakery dan status Halalnya.
Lavender Bakery & Patisserie antara rangkaian kedai roti yang terkenal di Malaysia. Setakat ini, mempunyai enam cawangan di Johor tidak termasuk ibu pejabat, empat belas di Kuala Lumpur dan tiga di Singapura.
Roti dan pastri Lavendar Bakery diperbuat dengan menggunakan tepung dan yis yang diimport dari Jepun. DIebabkan itu, kita boleh lihat harga roti dan pastrinya agak mahal sedikit berbanding dengan kedai roti yang lain. Tapi, disebabkan rasa kualiti roti dan pastri yang premium membuatkan penggemar roti dan pastri Lavendar Bakery semakin bertambah.
Kedai Lavender Bakery telah lama beroperasi di pasaran, yakni selama 25 tahun. Diasaskan oleh Wendy Tan dari Johor. Polisi Kedai Lavender Bakery sangat tegas, iaitu tidak menggunakan daging babi, lemak babi, mahu pun alkohol sejak mereka mulai beroperasi dari tahun 2000.
Oleh karena itu, pihak syarikat tidak sepatutnya dipersalahkan jika mereka tidak memperoleh Sijil Halal. Hal ini lebih merupakan tanggung jawab rakyat Malaysia, khususnya umat Islam, yang memilih untuk berbelanja di tempat tersebut dan kemudian mempersoalkan mengapa tidak ada Sijil Halal dan sebagainya.
Mereka ada memiliki beberapa orang "chef" yang beragama Islam. Pengurus syarikat juga ada yang beragama Islam. Pengurus operasi pun beragama Islam. Banyak pekerja lainnya seperti juruwang, pembantu kedai atau dapur juga yang beragama Islam.
Adakah pihak Lavender Bakery bertanggungjawab dalam memperoleh Sijil Halal? Setelah beroperasi selama 25 tahun, dan dengan semakin bertambah pelanggan Lavendar Bakery yang beragama Islam, sudah tiba masanya untuk menyemak kembali polisi mereka yang tidak menggunakan daging babi, lemak babi dan alkohol. Ini merupakan tanggung jawab syarikat juga kepada pelanggan. Setidaknya, cuba mendapatkan SIjil Halal untuk dapur pusat (kalau ada) agar lebih meyakinkan bahwa bahan-bahan yang digunakan berasal dari sumber yang Halal. Setakat ini, semua roti, kek dan pastri dibuat dan dibakar di setiap cawangan. Namun, jika pihak Lavender Bakery memilih untuk tidak membuat permohonan Sijil Halal, hal tersebut bukanlah kesalahan pihak syarikat. Dan pada masa yang sama, jika belum ada hasrat untuk memohon Sijil Halal, hindarilah membuat iklan yang dapat mempengaruhi individu yang beragama Islam.
Bagaimana dengan pelanggan yang majoritinya beragama Islam?
Boleh sahaja dapatkan roti di kedai bakeri lain. Halal maksudnya dibenarkan dalam syarak. Jika merasa ragu atau tidak yakin, sebaiknya jangan membeli. Namun, jika pelanggan yakin ingin membelinya, silakan.
Pemilik Gula Cakery adalah seorang Muslim. Gula Cakery telah memperoleh Sijil Halal untuk dapur pusat kek dan pastri. Namun, sehingga kini, Sijil Halal untuk cawangan-cawangan Gula Cakery masih dalam proses. Sementara itu, Sugarmello Bakery (tuan punyanya aku) juga dimiliki oleh seorang Muslim, namun masih belum memiliki Sijil Halal. 😅
Tuesday, May 24, 2022
MACAM MANA NAK SURVIVE?
MACAM MANA NAK SURVIVE?
Terbaca kat Oh Bulan post ni pagi tadi rasa kesian sangat. Kalau dulu mula mula B40 yang terasa. Sekarang M40. Kemudian T20 pun dah ramai jadi M40. Semakin lama semakin ramai yang lebih susah. Ramai di antara kita pun susah juga cuma tak share dengan orang je. Kita simpan je susah tu sendiri. Pepandailah cut bajet sendiri.
Beban naik harga tu memang penangan hebat untuk kita semua. Setiap lapis golongan masyarakat kena tempias.
Apa yang kita perlu buat ialah bila kita dah rasa terbeban sangat dengan harga barang naik, dengan hutang kereta dan rumah serta belanja anak² sekolah kita dah tak perlu tunggu. Kena buat sesuatu.
Duduk kat sofa dengan tenang dan tengok dalam rumah kita apa yang tak perlu. Maksudnya, kalau benda tu tak ada life kita tak affected pun.
Contohnya:
1. Astro (dah masuk 10 tahun potong Astro)
===============================
Boleh jimat RM100-RM200 sebulan (tengok pakej apa korang ambik)
Zaman sekarang dah canggih. Handphone ada. Laptop / komputer ada. Ada internet boleh je layan movie online. Banyak apps drama korang boleh download dan tengok free. Kalau bayar pun tak sebanyak bayar Astro. Tak pun kalau jenis nak tengok basic je. Ambik je la Njoy. Nak lagi best beli Android Box.
.
2. Hutang Penapis Air
==================
Boleh jimat RM90-RM150 sebulan (tengok jenis apa korang ambik)
Yang ni boleh beli Water Dispenser yang harga ratus² kat Shopee atau Lazada. Kemudian pasang Undersink Water Filter System. Ni pasang sekali je seumur hidup the filter boleh beli sendiri tukar. Sambungkan ke Water Dispenser. Setel.
.
3. Hutang Penapis Udara
====================
Boleh jimat RM90-150 sebulan juga. Melainkan kalau perlu sangat macam ada alahan ke apa boleh dipertimbangkan.
Kalau dah habis kontrak jangan sambung lagi buat masa sekarang.
.
4. Pakej Telefon Pintar
==================
Yanggg ni lah terpaling berhantu. Demi nak guna henfon canggih sanggup ambik pakej bayar selama dua tahun. Sebulan kena bayar RM200-RM350. Banyak ni guys. Memang boleh buat poket nipis. Tau² je habis gaji.
Kalau setahun dah berapa?
Buat masa sekarang selagi boleh tahan nafsu tu tahan la.
.
5. Hutang ASB Loan
=================
Kalau baru nak apply loan ni buat masa sekarang hold dulu. Kalau boleh simpan je lah sendiri dulu. Jangan bayar bulan.
Tapi, kalau korang punya loan dah lebih setahun tu terpaksa lah bertahan membayarnya sehingga tahun berikutnya bila keluar bonus ASB tu bayar terus loan tu untuk setahun. Kiranya duit bonus tu korang tak ambik. Bayar balik loan ASB untuk setahun. Faham tak? 😅
.
6. Hutang Postpaid
================
Ini pun makan duit jugak ni. Sebab bil tak tetap. Memang ada pakej tapi biasanya mesti terbayar lebih punya.
Nak potong belanja, boleh potong line henpon dulu. Guna je prepaid. Contoh Celcom Xpax (unlimited call dan internetL RM35.00 sebulan. Untung kan. Jimat pun jimat.
.
7. Review belanja bulanan
=====================
Kita dah terbiasa berbelanja besar. Apa kata kali ni kita senaraikan barang yang betul² penting.
Mula² aku nak cut monthly expenses buat macam ni jugak. Mana tahan kan sekali beli barang beratus². Nak buat stok. End up nanti barang tu tersidai atas lemari dapur.
Jadi, aku cuma pergi beli barang untuk stok 2 hari je. Paling lama pun 3 hari. Snacks tu semua aku kurangkan. Nak makan baru beli. Teringin baru beli.
Beli sayur untuk sehari makan. Buah beli ngam² untuk stok seminggu.
Akhirnya banyak jugak belanja bulanan aku kurangkan.
.
8. Kurangkan makan diluar dan minum air hipster.😅
==================================
Ini selalu terjadi bila kerap sangat keluar melepak. Aku pun pernah macam ni. Tak lalu nak makan kat rumah pergi makan kat luar. Sudahnya belanja seminggu tu kasar. Tak campur lepak ngopi lagi. Sekali duduk sah sah habis RM50. Kira la kalau 8 hari sebulan ngopi.
Boleh pergi tapi jangan selalu. Sebulan sekali kee. Nak makan mahal² pun boleh. Sebulan sekali. Dah kerja penat² kerja belanja la diri sendiri. Kat kedai kedai biasa pun makanan sekarang dah mahal. Lagilah kat Restoran. Tomyam seafood kalau dulu boleh dapat RM6 sekarang jangan harap laa. Nasi Ayam Berempah kegemaran aku pun dah RM8.00. Sekarang dengan ayam naik harga takde kesian mau nya dah jadi RM10. Tak pergi lagi beli lepas raya.
Okaylah. Buat 8 benda ni dulu yang lain² tu kemudian.
Kalau dapat jimatkan RM1000 setiap bulan pun dah cukup baik. Setahun dah RM12,000. Sekurang-kurangnya kita ada belanja extra untuk benda yang lebih penting.
All the best okay.
#dontgiveup
#liveourlife
#inflasi
#hyperinflasi
Wednesday, November 17, 2021
Kisah air Starbukcs : Starbucks untuk siapa?
Starbucks untuk siapa?
Viral post ini mengenai seorang insan yang kisah sangat tentang orang yang beliau kenal bergaji 3k minum di dalam Starbuck. Mungkin kepada dia yang layak minum air Starbuck ni orang yang bergaji atau berpendapatan 10k sebulan.
Mari kita siasat siapa target market Starbucks?
Starbucks selalu dikaitkan dengan target market yang bergaji mahal. Golongan professional. Businessman dan sebagainya. Kiranya "high end target market".
Tapi kenapa kebanyakkan Starbucks disekitar Kuala Lumpur dan Selangor banyak dibuka di kawasan "middle income neighbourhood"???
Sebab mereka ini sanggup untuk membelanjakan duit mereka demi untuk minum kopi premium.
Starbuck ada pelanggan tetap mereka sendiri tapi mereka bukanlah target market Starbuck. 😆
Starbucks punya target market utama ialah "mereka yang sanggup mengeluarkan duit sebanyak RM30-RM50 untuk "kudap kudap" orang kata tanpa memikirkan tentang kos mahal atau murah.
Jadi, tak kira berapa gaji samada 2k ke 3k atau 10k kalau rasa nak minum nak reward diri sendiri di Starbuck apa salahnya kan. Ada ke papan tanda depan Starbucks yang tulis "HANYA GAJI 10K KE ATAS JE BOLEH MASUK".
Off course la takde.ĺ
Starbucks pun tak ambil kisah. Yang penting bayar. Tak bayar kejar sampai dapat. 😂
#starbucksbukanuntukorangkayacç
Friday, February 12, 2016
MEGA BAZAAR HIJRA 2016, 13-14 Feb
Jenama Mega Bazaar yang bermula pada tahun 2014 adalah satu usahasama di antara Eh Eh Bazaar, DPMM Putrajaya dan Kolej UNITI diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) telah berjaya mengumpulkan lebih 1,000 usahawan online termasuk 60 artis dan selebriti terkenal tanah air seperti Neelofa, Adi Putra, Mawi, Intan Ladyana, Yana Samsudin dan ramai lagi. Acara itu Berjaya menarik lebih 100,000 pengunjung dan jualan melebihi RM 6 juta. Bertitik-tolak dari situ, Mega Bazaar pada tahun lepas dilanjutkan dengan penganjuran bertemakan Hari Raya Aidilfitri pada 11 & 12 Julai 2015 di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pula dan sekali lagi mencatat kejayaan besar.
Eh Eh Bazaar sebagai ‘Enabler’ Bazaar bagi Program ONLINE BEST (Online Business Entrepreneurships Success Transformation) DPMM PUTRAJAYA-TERAJU.
Sebagai pelopor dalam industri bazaar online ini, Eh Eh Bazaar selaku ahli Dewan Perniagaan Melayu Malaysia WP Putrajaya (DPMM Putrajaya) telah membawa idea dan inspirasi untuk bekerjasama untuk mencari 300 usahawan online dan bakal usahawan yang berminat di dalam program yang ONLINE BEST. Antara bazar-bazar yang telah diatur bagi menyokong ekosistem di bawah program ONLINE BEST ini selain daripada latihan dan portal http://www.eebians.com adalah Mega Bazaar 2016 dan Mega Raya pada 2 & 3 Julai 2016 di Mid Valley Exhibition Centre, Mega Outstation di Johor Bharu dan banyak lagi!
Mengangkat tema Hijra, Mega Bazaar 2016 di Mid Valley kali ini adalah simbolik kepada peningkatan imej bazar ke paras yang lebih tinggi. Bazar online terutamanya bagi usahawan yang baru berjinak-jinak dalam bidang keusahawanan telah berjaya menembusi lokasi yang sangat strategik iaitu di pusat konvensyen bertaraf antarabangsa.
Mega Bazaar Hijra Platform Usahawan Online Yang Baru
Festival Mega Bazaar ini juga disokong oleh beberapa aktiviti yang menarik selain dari jualan produk usahawan online. Terdapat ‘showcase’ persembahan solo dan grup artis tempatan, pelancaran portal inisiatif dari Eh Eh Bazaar iaitu EEBIANs.com -“The 1st Virtual Bazaar in Malaysia” dan pelbagai aktiviti menarik lain yang akan dirangka. Pelancaran program Online BEST ini juga bakal diadakan pada program berprestij ini.
Golongan artis dan selebriti juga tidak ketinggalan memeriahkan program ini dengan gerai jualan selebriti dan aktiviti pentas tanpa henti yang akan memeriahkan lagi Mega Bazaar 2016. Antaranya adalah Encik Mimpi, Khai, Rosma, Aiman Rahman, Siti Nordiana, Eira Syazira, Azad Jazmin, Saida, Saerah, Nubhan dan ramai lagi.
Maklumat lanjut tentang program Mega Bazaar 2016 dan aktiviti-aktiviti lain boleh didapati di laman rasmi Eh Eh Bazaar http://www.ehehbazaar.com atau hubungi 012-2920131 dan 03-89120716 pada waktu pejabat. Penempahan gerai jualan juga boleh dilakukan secara atas talian di laman rasmi itu.
Jenama Mega Bazaar yang diposisikan untuk berlangsung hanya setahun sekali akan menjadi satu penanda aras baru bagi pengurusan bazar di Malaysia dan menjadi platform utama kepada usahawan-usahawan online yang baru. Ikuti juga laman sosial rasmi (Facebook/Twitter/Instagram) Eh Eh Bazaar di @ehehbazaar untuk maklumat terkini mengenai MEGA BAZAAR 2016.
Tuesday, October 13, 2015
Kempen Menutup Aurat di Facebook
Salam sejahtera...
Alhamdulillah syukur masih bernyawa. Semoga Allah sentiasa memberi rahmat kepada kita dan segala urusan kita dipermudahkan.
Entri ni fresh! Bukan karang malam tadi...
Hari ini buka wall Facebook tengok ramai sahabat-sahabat positif yang share tentang Kempen Menutup Aurat di Facebook. Saya pun share juga tapi share status sahabat je hehe...
Bagus kempen ni. Ramai-ramai mengajak kita sesama Muslim untuk menutup aurat. Alhamdulillah Allah dah bukakan hati saya untuk menutup aurat beberapa tahun yang lepas dan masih lagi berusaha untuk menutup aurat dengan sempurna.
Sebenarnya kewajipan menutup aurat tidak ada bezanya dengan kewajipan menunaikan solat, puasa, zakat dan haji. Mungkin andai hidup kita tak tenang sebelum ini apa kata kita ambil langkah pertama dengan menutup aurat.
Seorang sahabat pernah berkata kepada saya ketika saya berada di dalam dilema mahu bertudung atau tidak. Ayatnya "dosa orang tak pakai tudung lain, dosa orang pakai tudung lain. Katalah selama ni kau buat 6 dosa yang sama setiap hari termasuk tak tutup aurat, bila dah bertudung dah kurang satu dosa betul tak..? " Saya terdiam dalam hati terdetik "betul jugak kan..."
Balik rumah satu malam tu tak boleh nak lelapkan mata. Tanya suami ok ke kalau pakai tudung. Suami memang sangat bersetuju. Malahan dia kata dah lama dia nak suruh tutup aurat. Cuma nanti takut kita tak ikhlas. Biarlah saya sendiri yang rela...
Alhamdulillah Allah beri saya hidayah untuk memakai tudung. Alhamdulillah sehingga kini Allah masih lagi memberi hidayah kepada saya memperbaiki diri untuk menjadi seorang Muslim sempurna di mataNya.
Saya bersyukur kerana saya merupakan hamba Allah yang telah diberi hidayah untuk berubah ke arah yang lebih baik. Andai kita cuba untuk berubah jadi baik kerana Allah, Allah akan permudahkan urusan kita. Allah akan hantar orang yang baik-baik untuk memudahkan proses perubahan kita. InsyaAllah...
Apa kata kita bermula dengan ELAK post yang tidak menutup aurat, BERMULA hari ini hingga kiamat, elakkan LIKE dan KOMEN pada gambar yang menunjukkan aurat, COPY PASTE di fesbuk masing-masing, atau buat satu entri khas di blog anda...
#KEMPENMENUTUPAURATDIFACEBOOK
Wednesday, April 3, 2013
Parlimen Dah Bubar!! Tiba Sudah PRU-13
Selepas itu Datuk Seri Najib membuat pengumuman secara langsung pada jam 11.35 pagi. Berikutan itu beliau meminta menteri besar dan ketua menteri supaya memohon perkenan rajadan sultan masing-masing untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri supaya pilihanraya umum dapat diadakan secara serentak.
Selepas dibubarkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus menetapkan tarikh pilihan raya akan berlangsung. Undang-undang menetap ia mesti dibuat dalam tempoh 30 hari.
PEMBUBARAN PARLIMEN: 03.04.2013
PENAMAAN CALON: Selepas 14 hari, tarikh yang diramalkan (14.04.2013)
PILIHAN RAYA UMUM KE-13: Tarikh yang diramalkan (27.04.2013)
Jom kita sama-sama turun mengundi pada PRU Ke-13 nanti.
Thursday, December 13, 2012
Datuk K Accident di Queenstown!
Kata Zaiton, dia mendapat tahu mengenai kemalangan tersebut daripada rakan Dato` Khalid sendiri.
"Dia beritahu bahawa Khalid telah cedera teruk selepas ditimpa kemalangan dan telah pun dimasukkan ke hospital," katanya.
Menurut Zaiton lagi, dia kemudian berusaha untuk menghubungi pihak hospital terbabit untuk mengetahui keadaan adiknhya itu dengan lebih lanjut.
"Kata salah seorang kakitangan hospital tersebut, Khalid berada di dalam keadaan stabil. Namun, mereka terpaksa merawatnya dengan lebih lanjut kerana ada beberapa bahagian di badannya itu patah termasuk di bahu dan mereka bimbang kalau-kalau ada berlakunya kecederaan dalaman.
"Buat masa ini, itu sajalah yang mampu Kak Tun beritahu. Sebab, Khalid masih belum boleh bercakap lagi. Mungkin kesan daripada ubat yang diberikan.
"Hendak cakap lebih-lebih pun susah, sebab Kak Tun tak tengok lagi keadaan diri dia. Apatah lagi bercakap. Tuhan sajalah yang tahu macamana perasaan Kak Tun pada waktu ni. Ibu Kak Tun pula dari tadi asyik break down saja. Kalau boleh, hari ni jugak Kak Tun hendak terbang ke Queenstown melawat dia di sana. Malangnya, semua flight telah pun habis ditempah. Maklumlah cuti sekolah," katanya.
Pun begitu, Zaiton berkata, dia berhasil mendapatkan tiket ke Queenstown pada 12 tengahari esok.
"Kak Tun akan ke sana bersama Siti dan seorang ahli keluara angkat iaitu Datuk Yahya. Dialah yang uruskan tempahan tiket kami semua," katanya.
Jelas Zaiton lagi, sebaik saja mengetahui tentang berita kemalangan Khalid itu, dia cepat-cepat cuba untuk menghubungi adik iparnya, Siti.
"Tapi mungkin waktu itu dia sedang dalam penerbangan dari Jakarta ke Banjarmasin, jadi Kak Tun tidak dapat berhubung dengannya dan kebetulan pula telefon bimbitnya rosak.
"Tapi, akhirnya Kak Tun dapat juga cakap dengan dia. Dia juga terkejut dengar berita itu dan cepat-cepat membatalkan konsertnya di Banjarmasin. Yalah, macam mana dia nak buat persembahan sedangkan suaminya kemalangan.
"Dia kemudian beritahu kak Tun supaya menempah tiket cepat-cepat untuk ke Queenstwon. Kini dia dalam perjalanan pulang ke Malaysia bersama pengrusnya Rozi Abdul Razak. Mereka dijangka tiba di tanah air kira-kira jam 6 petang hari ini.
"Kak Tun pun tak tahu berapa lama Kak Tun akan berada di sana (Queenstown) nanti. Semuanya bergantung kepada keadaan diri Khalid. Apapun, Kak Tun harap ramai yang akan doakan yang terbaik untuk adik Kak Tun itu," katanya.
Sementara itu, Zaiton turut memberitahu bahawa ramai peminat di Banjarmasin yang kecewa apabila mendapat tahu bahawa Siti terpaksa membatalkan konsertnya di wilayah itu.
Konsert di Banjarmasin adalah konsert Ekspresi Karya Gemilang untuk siri yang ketiga. Ia turut dijayakan artis-artis Malaysia dan Indonesia yang lain seperti Rossa, Amy Search, Shila Amzah, Ungu, Armada, Inka Christie dan Titi DJ.
Marilah kita sama-sama berdoa agar Datuk K cepat sihat. Amin.
Sumber: murai.com.my
Thursday, December 6, 2012
Dicky Jurusolek artis diliwat dan dibunuh!
![]() |
| Antara hasil kerja Dicky - from my private collections |
Wednesday, November 14, 2012
SALAM MA'AL HIJRAH 1434, 2012/2013 MASIHI
Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat
Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
Thursday, September 6, 2012
Nurul Syuhada TV3 letak jawatan
Pejabat TV3 di Bandar Utama pagi ini kecoh apabila pengacara terkenal, Nurul Syuhada Nurul Ain dikatakan telah meletak jawatan.
Sumber memberitahu Mynewshub, Nurul sudah menghantar notis perletakan jawatan yang dipercayai akan berkuat-kuasa hujung bulan ini.
“Tidak dapat dipastikan sama ada perletakan jawatan itu ada hubung kait dengan krtikan beberapa pihak atas kenyataan Bintulu daif yang dibuatnya baru-baru ini atau sebab mendapat tawaran kerja yang lain,” katanya sumber berkenaan.
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan meminta Nurul membuat permohonan maaf secara terbuka atas kenyataannya semasa satu program secara lintas langsung stesen itu yang menyatakan Bintulu sebagai sebuah kawasan daif.
Berikutan itu, Nurul menerima kecaman yang agak hebat.
Pengacara itu bagaimanapun bersikap profesional dan matang dengan mengakui tersilap cakap dan memohon maaf ata apa yang berlaku.
Pihak pengurusan TV3 juga telah mengambil langkah yang sama.
Tindakan Nurul itu kemudiannya diterima semua pihak termasuk masyarakat Sarawak sebagai satu kesilapan yang tidak disengajakan.
Sumber Mynewshub
Wednesday, August 1, 2012
Hanya mengenang secebis rasa pilu dihati
![]() |
| Ini anak arwah yg tinggal dgn pengasuh |
Bayangkan bila ayah dan ibu tak datang jemput apa perasaan dia. Mesti dia rasa tak tentu arah. Bagaimana nak terangkan kepadanya apabila bangun dari tidur yang ibu bapanya sudah tiada lagi. Ya Allah...
Sedangkan Hanif yang berumur 3 tahun lebih tu pun dah tak tentu arah kalau saya terlambat jemput dia balik petang. Ini apatah lagi tak datang langsung. Sungguh menyayat hati. Sebagai seorang ibu saya memang tersentuh hati melihatkan keadaan anak kecil ini.
Thursday, July 26, 2012
Najib bersama penduduk Taman Sri Angsana Hilir, Kampung Pandan
![]() |
| Antara imam-imam Surau Angsana Hilir |
Seminggu sebelum kedatangan PM semua ahli Pemuda BN di sini sibuk dengan persiapan untuk menyambut kedatangan beliau. Biasalah nak sambut PM kan. Memang sibuk. Walaupun berada dalam bulan Ramadhan itu tidak menghalang mereka ini untuk membuat perancangan.
![]() |
| Antara barisan Pemuda BN yang bekerja keras (suamiku pun ada hehe). TAHNIAH. |
Ramai jugak orang yang datang selain dari penduduk Taman Sri Angsana Hilir itu sendiri. Saya pun sibuk berhimpit-himpit bawak Encik Hanif ke depan nak tengok PM punya pasal. Hanif siap cakap "mama, kita nak jpa clown ke?" Kali terakhir saya jumpa PM pun masa kat PWTC beberapa bulan lepas. Punyalah ramai orang nak snap gambar pun susah. Semalam pun sama.
![]() |
| Hanif dalam kesesakan orang ramai, nak tengok tapi tak nampak, sudahnya mintak dukung |
Sejurus selepas solat Terawikh Najib keluar dari surau untuk bersalam-salaman dengan para penduduk. Semua orang dok beratur berebut nak salam PM. Kalau tak ada bodyguard pengsan kot Najib hehe...
Sempat jugak DS Najib berucap. Tak lama pun dalam lebih kurang 10-20 minit. Dalam ucapannya, beliau mengumumkan pemberian 8,946 helai kain untuk dibuat jubah kepada imam dan ahli jawatankuasa masjid serta surau Jumaat di seluruh negara.Selain itu, katanya setiap masjid di negeri Selangor akan menerima sumbangan 10 liter air zam-zam dan 10kg buah kurma.
"Semua pemberian ini diusahakan oleh Kelab Putera 1Malaysia," katanya.
Dan yang paling bersyukur sekali Najib turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM400,000 untuk menaik taraf Surau Taman Sri Angsana Hilir. Alhamdulillah...makin besar surau di sebelah rumah saya ni akan datang.
![]() |
| Inilah surau kami |
Sebelum ke Surau Angsana Hilir, Datuk Seri Najib Razak memberi sumbangan RM2 juta bina masjid di tapak Masjid Al Mustaqim di Taman Nirwana Ampang, Kuala Lumpur. Selain dari itu, 100 ibu tunggal dan golongan kurang upaya juga menerima sumbangan RM100 setiap seorang. Alhamdulillah...Syukran.
![]() |
| Tulis one, two, three |
(Semalam saya boleh lihat betapa kepenatannya Najib dan betapa sembabnya muka Datin Seri Rosmah, setiap hari ada program mereka untuk berbuka puasa dan solat di mana-mana. Semoga mereka berdua sentiasa diberi kesihatan yang baik)
Sumber Gambar: PakCik Google, yang ada watermark je sy punya ;)
Friday, February 10, 2012
WORLD BLOGGER AND SOCIAL MEDIA AWARDS 2012
-
Pertama tama sekali sebelum nak mula buat kek atau biskut kita kena fikir nak makan sedap ke tak sedap.Off course la nak sedap. Rugi buat p...
-
Sebenarnya untuk membuat blog dengan menggunakan blogspot bukanlah sesusah yang disangka. Hanya dengan beberapa langkah asas sahaja anda su...
-
Semalam, Pergi Kedai Kim Kee Nasi Ayam Hailam kat Ampang Jaya. Dinner dengan kawan kawan. Lama tak jumpa kan. Ya Allah, betul betul gen...






















