Friday, May 30, 2025

Hadif jatuh, dahi luka dan berparut

Kisah ini berlaku pada Isnin lepas (26 May 2025)

Guru kelas Hadif call beritahu Hadif jatuh dan dahi luka. Kena bawak pergi klinik. Masa cikgu call tu aku tak perasan sebab masak kat dapur. Syukurlah bila aku tak angkat tu guru kelas dia terus call bapak dia. Aku apa pun tak siap. 
Cikgu dia pun risau kata tak tahu siapa yang tolak Hadif. Ye lah anak orang luka, mahu tak risau. Mak ayah zaman sekarang ni bukan boleh anak luka sikit especially kat sekolah. Nanti cikgu akan check CCTV (π’π’‚π’Œ 𝒔𝒆𝒃𝒖𝒕 π‘ͺπ‘ͺ𝑻𝑽 𝒑𝒖𝒏 π’”π’†π’“π’‚π’Ž) Papa dia pergi ambik. 
Lepas tu sampai rumah dia sengih². Aku tanya siapa tolak adik. Senang je dapat jawapan. Dia sebut nama kawan dia kata kawan terlanggar dan tertolak dia. Sebab kawan dia tu badan besar. Kemudian terkena hoserell bomba. Tak taulah macam mana ceritanya. Aku cakap tak apalah pergi klinik dulu. Tengok macam mana. 

Dah balik dari klinik Alhamdulillah tak perlu jahit sebab doktor kata kat alis mata tu memang susah nak jahit. Dan kalau jahit nanti akan berparut. Jadi, doktor gam sahaja luka tu. Panjang luka dalam 1.5cm. Doktor cuci dulu dan gam. Kemudian doktor bagi cuti sakit tiga hari tau. Syok lah dia terus cuti melepak kat rumah.

Aku tanya dia macam mana boleh jadi begitu. Dia ceritalah dari mula. Biasalah budak-budak di sekolah. Waktu rehat adalah waktu untuk mereka bermain. Kawan baik dia terlanggar dia secara tak sengaja dan kemudian dia terhantuk kat "hoserell" bomba. Dia cerita kawan dia say sorry banyak kali dan bawak dia pergi bilik guru jumpa guru kelas. Bila guru kelas dia nampak off course la cikgu dia panik. 

Bila cikgu tanya dia siapa yang tolak, dia tak bagitau sebab dia kata takut kawan dia kena marah dengan cikgu. Aku pun tak adalah nak marah dia ke apa. Benda dah nak jadi. Aku dulu masa sekolah rendah pun banyak jugak parut. Aku cuma cakap baguslah dah ada parut. Asian mom sangat kann.

 
Alhamdulillah dia tak demam. Doktor bagi sekali ubat demam dan antibiotik. 

Aku cakap juga kat dia habislah anak mama dah kurang hensem. Dia kata ehhh hensemlah. Berserah kepada Allah dia kata. Suka hati kau lah nakkk...πŸ˜…

No comments:

Post a Comment