Saturday, May 17, 2025

Shawarma yang sedap di Ali Food Corner, Cheras Indah

Balik dari office singgah sekejap di studio kita di Desa Melawati tengok live host Tik Tok kita sekejap. Kena monitor sekejap especially bila mula live tu. Selepas semua dah okay aku dengan Hadif balik.

Tapi, kami berdua singgah ke Pasar Malam Pandan Jaya. Aku nak cari tudung baru untuk live host kita. Alhamdulillah jumpa. Harga pun okay. Satu shawl tu RM10.00. Aku beli empat helai warna² yang ceria. ๐Ÿ˜†


Pusing pasar malam sekejap nak beli Ayam Penyet sedap kononnya tapi, akak yang jual nasi ayam penyet tu tak meniaga harini. Rasa macam dah lama aku tak nampak dia meniaga. Hampalah tadi. Lepas tu aku bawak Hadif pergi AFC Food Corner sebab dia kata nak Shawarma. Aku bila dah tak ada Nasi Ayam Penyet tu kira pasrah, bolehlah nak makan Shawarma.

Aku order lima Shawarma. Satu aku makan. Lagi empat tapau bawa balik. Shawarma kat sini adalah yang aku rasa paling sedap dan ngam setakat ini. Aku pernah makan yang Kampung Baru punya, Desa Pandan, yang tepi Highway Masjid sebelah Tasik Ampang tu kat Kedai Warung Merdeka pun ada. Eh, yang kat Melaka pun kami pernah beli. Sedap jugak. Tapi, yang kat AFC Corner ni lebih sedap.


Besar pun boleh tahan. Jenuh aku nak menghabiskannya. Terpaksa minta tolong Hadif hehe.


Tengok isi di dalam. Ayam dan sayur seimbang. Siap ada kentang goreng lagi. Tempat lain kalau macam ni harganya lebih mahal. Tapi kat sini cuma RM7.00 je. 

Macam aku tak suka makan Shawarma yang ada sayur. Biasanya, kalau suami aku beli pun takkan minta yang ada sayur dan red sauce. Tapi, kat sini walaupun ada sayur salad dan kobis letak red sauce aku makan weyh hahaha. Sebab tak rasa sayur sangat. Lepas tu dia punya garlic sauce tu sedap. Macam ada letak cheese pun ye. Yang penting tak ada rasa bawang.


Ini lagi sikit nak habis, tengok masih ada lagi isinya. Tidaklah kosong. Aku pernah makan Shawarma yang mana sayurnya lagi banyak dari daging. Itu je lah sekali aku beli. Tak beli dah. ๐Ÿ˜…

Mesti tak percaya bila aku cakap harga Shawarma ni RM7.00 kan. Nah, tengok bukti. Ada harga tertera dalam menu.


Untuk anda yang teringin nak makan boleh datang terus ke Ali Food Corner, Cheras Indah. Ataupun kalau nak take away boleh whatsapp nombor telefon dibawah.


Sebelum kata apa-apa aku nak bagitau awal², sedap di tekak aku tak semestinya sedap di tekak korang. Macam aku ni tekak memilih, cerewet dan tak suka sayur. 

Kalau tanya aku, aku memang rekemen. Setiap kali kalau teringin Shawarma kita mesti akan datang kat sini makan. ๐Ÿ˜„

No comments:

Post a Comment