Friday, February 4, 2011

Pengalaman semasa bersalin

Setiap wanita yang sudah berkahwin dan mengandung dan akan menjadi seorang ibu bakal melalui perkara yang sama di mana yang pertama, menjalani proses bersalin dan yang kedua membesar dan mendidik anak. Seperti saya, semasa dalam tempoh mengandung memang asyik terfikir jugak bagaimana agaknya proses bersalin yang akan saya alami nanti. Adakah ia senang atau susah, yang pastinya saya memang tak nak operation atau bersalin secara vakum. Walau macam mana pun nanti sekiranya tiada apa-apa masalah yang serius saya memang tetap nak bersalin secara normal without "epidural", Saya dah pesan dengan hubby tak kira walau apa pun yang berlaku "please do not let them inject me with epidural". Hubby memang ikut cakap saya. Memang bidan kat sana ada offer but my hubby tak accept. Thks dear...
gambar Muhammad Hanif selepas lahir

Saya admitted di Wad Bersalin Hospital Kuala Lumpur dua minggu sebelum due date tapi 2 hari kemudian keluar balik sebab "false labour"- belum tiba lagi masanya. Bila dah discharge terus ajak hubby pergi Jusco Maluri sebab ada  Jcard Member Sale semata-mata nak beli beg yang diskaun 80%. Boleh lak macam tu. Memang dia tak nak bawak. Tau la kan kalau masa Member Card Sale ni memang berasak-asak. Dah la memang tunggu masa je nak bersalin. Tapi, disebabkan saya dah merayu-rayu dan buat muka kesian akhirnya dia mengalah jugak. Tak larat jalan pun paksa jugak. Kaki saya pada masa itu dah bengkak macam kaki gajah. Ye la, kalau dah kasut saiz dari 6 ke 10, bukan ke memang ala-ala kaki gajah. Tapi minggu yang berikutnya saya admitted lagi sehinggalah bersalin mengikut pada tarikh yang dijangkakan. Sempat jugak saya beRaya Haji.


Sehari sebelum bersalin tu kesakitan di ari-ari tu mula terasa. Tapi saya buat dek je. Ingat sakit biasa sebab perut saya memang besar macam nak meletup dah. Bila jalan tu slow slow & sambil tu pegang perut yag seolah-olah nak jatuh. Semua kengkawan kat wad tu tanya, "adik sakit perut ke", acik pun jawab "ye kak  rasa macam nak b**ak je", then dorang cakap "tak lama lagi bersalin lah tu". Saya hanya mampu tersengih je. Tapi pergi gak membuang, boleh gitu? Malamnya tu memang saya tak boleh tidur sebab sakit sangat. Ada nurse kata kalau baby boy ni masa nak bersalin tu memang sakit dia lama sikit. Sehinggakan pukul 5 pagi esoknya saya cakap kat nurse saya dah tak tahan sakit dah so doctor pun buat VE tapi, bukaan 1.5cm tu memang macam tu je. Mula lah rasa sedih di dalam hati "bilalah aku nak bersalin ni, dah sakit sangat dah ni." Doctor tu cakap "kalau esok still 1.5cm kita akan induce awk, kena tunggu MO(Medical Officer) datang esok." Saya pun cakap "ok." Nurses kat situ semuanya kesiankan kat saya sebab dah lama menahan sakit.

Pagi tu MO pun datang, bila sampai turn saya dia dok pegang pegang perut & kata perut saya ni dah keras macam bola, mesti sakit ni so tak boleh induce sebab nanti sakit dia akan jadi dua kali ganda. So dia kata nak buat VE dulu then baru dia boleh decide. Bila sampai masanya nak buat tetiba la pulak LPPKN pye org datang tanya & explain macam macam. Aku ni dah nak terberanak lagi pun dorang sibuk nak interview. Adoi...berpeluh-peluhku menahannya. Adalah dalam 15-20 minit. Haissshhh...dah tu siap tanya lagi adik dah nak bersalin ke? Soklan yang memang nak kena lempang ngan aku... Tapi saya cuma angguk je. Dah x larat nak cakap dah. Dia blah je, saya pun bergegas jumpa doctor. Sambil menunggu giliran tetiba ku nampak hubby ku sampai. Terkejutlah jugak sebab saya tak bagi tahu sesiapa pun. Tapi dia just cakap yang bila dia call saya tak berangkat so dia jadi tak sedap hati pulak. Tu yang tetiba sampai. Sekejap je pastu doctor check & terus dia cakap "open 3.5-4cm, so masuk labour room." Terus nurse bergegas siap-siapkan apa yang patut. Dah lah masa tu acik pakey kain batik hehehe... Nurse tanya "knp tak pakai kain hospital?". Saya cakap "panas, sampai tak leh tido, pakai kain batik pun selinsing sampai ke paha", dorg gelak je... Hatiku berdebar-debar bila ditolak masuk ke dalam LR yang sejuknya hingga mencucuk tulang tapi acik tak rasa apa-apa pun.

Masih ingat lagi semasa saya di dalam "labour room" bersama dengan hubby tersayang dan sepuluh orang termasuk bidan, jururawat traniee dan bakal-bakal doktor (adalah dua tiga orang). Air ketuban saya dipecahkan oleh doctor dan selepas tu dapat suntikan painkiller kat paha. Sakitnya bukan main lagi. Enam bulan selepas bersalin masih terasa kau. Tak ingat berapa lama bila doctor check bukaan still 4cm so dia induce sikit. Masa contraction, Ya Allah hanya Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya pada masa tu. Memang tak boleh digambarkan dengan kata-kata. Ingat lagi saya ada berpegang kat sorang nurse trainee ni sampai masa sakit tuh siap tarik dan cengkam baju dia. Tapi dia biar je. Baik kan nurse ni... Syukurlah baju dia tak koyak. Tapi sempat jugakku mintak maaf sebab dok tertarik baju dia. Dia kata "takpe kak". 


Saya rasa proses bersalinkan Hanif agak sukar kerana pada masa itu rahim agak tinggi dan anggaran berat Muhammad Hanif pada masa itu kira-kira 3.2kg tapi bila keluar dan ditimbang berat Hanif mencecah 3.8kg. Besar jugak untuk mama dia yang kecik ni hehe. Satu perkara yang saya tak boleh lupa masa proses bersalin tu, ada seorang bidan lain(yang ku panggil busy body) ni yang datang entah dari mana tetiba je sound acik. Dia kata apa tau "awak nak jadi seorang ibu kan, so inilah tanggungjawab pertama awak, keluarkan baby ni". Saya diam je la, tapi dalam hati siap cakap lagi "aku ni dah nak mati dah meneran nie, sepak kang baru tau". Tak larat nak cakap. Sakit meneran tu lagi sakit dari sakit telinga dengar suara dia. Tapi dia cakap macam tu sebenarnya nak bagi semangat. Memang masa tu dah nak pengsan dah rasa. Lepas tu bidan yang handle proses bersalin saya cakap "Puan ada masa lagi 15 minit untuk bersalin secara normal, selepas tu kalau baby tak keluar kami akan panggil MO(medical officer) untuk minta pendapat sama ada puan bersalin secara vakum atau pembedahan."
Bila dengar je macam tu kepala saya dah berdenyut-denyut dah, pandangan pun dah berpinar-pinar. Dalam kepala otak "issshhh, aku tak nak kena vakum or operate, adoi macam mana nie?, oh...tidak, tak boleh jadi ni". Hubby kat sebelah pun dah cuak jugak. Semasa proses bersalin tu memang dia tak senang duduk. Keluar pun tak. Dia sentiasa ada di sisi dari sebelum dan selepas proses bersalin. Sempat jugakku pohon ampun dan maaf utk kali yang keberapa pon tak ingat dah. Masuk labour room pukul 11.30am. Makan tengahari pun tak sempat. Breakfast pun tak makan sebab perut dah sakit dan saya dah bleeding. Manalah ada energy nak meneran. Bayangkan kalau dah meneran sampai pegangan tangan pun terlepas. Memang dah give up sangat dah masa tu. Adik bidan tu paling risau sekali kalau saya berputus asa masa tu. Oleh kerana saya memang tidak mahu di bedah atau bersalin secara vakum dengan menarik nafas yang panjang saya berkata dalam hati ,"apa nak jadi, jadilah...kira ini kali terakhir aku teran, kalau tak keluar jugak aku berserah pada Allah..." Bila contraction start balik, saya pun meneran dengan sekuat hati sehingga rasa macam tak dapat bernafas tapi baby tak keluar lagi. Saya tak stop langsung. Dengar suara-suara kat dalam tu "push Siti, push Siti" hehe.. kelakar kan. Tarik nafas pun tak sebab memang masa tu rambut baby dah nampak(siap panggil lagi my hubby untuk tengok) dan kepala keluar sikit jadi bidan tak dapat tarik lagi. Saya teran jugak sekuat hati dengan tenaga yang bersisa dan tepat 3.40pm, 19 Dec 2008 hari Jumaat, Muhammad Hanif pun lahir. Saya boleh rasa ada sesuatu yang keluar dari bawah mengelongsor beserta dengan cecair yang agak panas(darah pastinya). Alangkah leganya rasa hati..Alhamdulillah... Tapi rasa sakit masih tak hilang lagi sehinggalah uri dikeluarkan. Rasa macam tak percaya yang saya boleh melalui proses bersalin itu. Boleh dikatakan masa tu nak meraung sebab dah lepas azab bersalin.

inilah Hospital Bersalin HKL-nampak depan jer ;)

Bila baby dah keluar bidan yang bertanggungjawab tu tunjukkan baby kat saya dan tanya saya "baby puan anak apa?". Saya jawab "lelaki". Tak sabar rasanya nak pegang. Kemudian mereka bawa baby Hanif untuk dipotong tali pusat dan dibersihkan. Hubby pun ikut sekali. Bermulalah proses jahitan. Lama jugak bidan tu nak jahit sebab dia cakap macam koyak macam perut ikan (so faham-faham je la ye). Uikkss...bagi saya memang sakit juga bila bidan tersebut menjahit luka-luka selepas bersalin. Mujurlah bidan tu baik hati. Disuruhnya saya pakai oksigen  supaya tak rasa sakit dijahit. Minum Milo lagi. Yang bidan yang kecoh tu bising jugak saya pakai oksigen semasa jahit tapi bidan yang handle proses bersalin saya ni kata tak apa sebenarnya. Ko tak tengok koyaknya macam mana dan pada masa yang sama pulak seminggu sebelum bersalin ku terkena Hemmorrhoid Stage 3. Haaah, menangis saya tau selama seminggu menahan sakit.

Selepas itu, saya dibawa keluar dari labour room. Dalam pada masa itu, saya dah terbayang-bayang dah macam mana agaknya rupa anak aku tadi ye. Walaupun bidan dah tunjuk sebelum tu saya tak nampak sangat sebab pandangan mata sebelum tu kabur. Saya cuma nampak anunya sahaja :p.  Bila nurse letak je baby saya kat sebelah, Ya Allah, tanpa saya sedari airmata saya mengalir. Saya jadi sebak, sayu, terharu, gembira dan macam-macam lagi. Begini rupanya anakku. Sungguh comel sehingga menyentuh sanubari. Saya boleh rasakan bagaimana terbitnya perasaan sayang yang tidak berbelah bahagi terhadap insan kerdil di sebelah saya dengan kedua mata tertutup dan raut wajah yang tenang. Ahhh, memang masih terbayang wajahnya itu...

gambar masa sambut hari lahir yang ke-2 tahun

Memang perasaan yang tidak boleh dilupakan sehingga ke akhir hayat. Suatu hari anak-anak akan membesar. Bagi saya hanya itu kenangan yang paling berharga sekali buat saya. Tiada apa yang dapat merakam detik itu. Setiap saat pun saya takkan lupakan. Bagaimana wujudnya perasaan kasih sayang yang tidak terhingga dari mengandung sehingga ketika seorang anak itu lahir dan sekarang ketika mama menulis entri ini, anak mama sedang tidur dengan nyenyaknya di sebelah. Kedua mata yang tertutup rapat serta raut wajah yang sama. Bezanya cuma anak mama berusia 2 tahun, 1 bulan, 14 hari, 11 jam, 35 minit. Sungguh tenang. Terimbas kembali bagaimana mama marah anak mama di siang hari ketika tidak mendengar kata. Bila mama pukul Hanif akan terasa betapa panasnya tangan ini dan sekarang mama cium-cium tangan anak mama yang mama pukul tadi....

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...