Tuesday, February 8, 2011

Lain-lain kesakitan ketika hamil

1. Pedih hati ketika hamil
Pedih hati sesuatu yang tidak disenangi merupakan aduan yang lazim dan ia kerap berlaku pada peringkat akhir kehamilan. Ia berpunca dari laluan sejumlah kecil isi perut ke dalam bahagian bawah tiub makanan yang memanjang dari mulut hingga ke perut.
    Ketika hamil kejadian ini berlaku kerana injap yang mengawal pintu masuk perut megendur dan kerana uterus yang membesar itu menolak perut ke atas kerap kali menjadi lebih berat di waktu malam, apabila terasa pedih di bahagian atas abdomen.
    Ibu mengandung boleh melegakan pedih hati dengan memakan lebih kerap hidangan yang ringan, dan membawa segelas susu ke tempat tidur dan meminumnya jika berlaku pedih hati.
    Ia juga elok tidur lebih tinggi dengan menggunakan satu atau dua bantal tambahan. Andainya pedih hati terus berlaku, doktor menyarankan satu dari berbagai antsid atau megnesium, adalah lebih baik daripada jenis yang mengandungi natrium (garam).

2. Kekejangan ketika hamil
Sesetengah ibu mengandung mendapat kekejangan kaki di peringkat akhir hamil. Kejadian ini berlaku pada waktu malam dan puncanya tidak diketahui.
    Rawatan tidak begitu memuaskan, dan terdapat bukti bahawa ia mungkin disebabkan oleh pengambilan susu secara berlebihan. Jika pesakit mendapat kekejangan kaki, meminum susu mengikut sukatan yang disyorkan itu mungkin dapat meredakan.
    Bagaimanapun bukti bahawa susu yang berlebihan merupakan punca kekejangan kaki tidak begitu tepat. Menurut doktor bahawa kekejangan kaki akan berkurangan jika hujung kaki katil dinaikkan setinggi 25cm (10 inci).

3. Pendarahan hidung ketika hamil
Sedikit pendarahan dari hidung adalah perkara biasa ketika hamil. Ia berpunca dari peningkatan darah yang berlaku, dan dalam kebanyakkan kes ia tidak memerlukan rawatan. Ini tidak bermakna bahawa ibu yang mengandung mempunyai tekanan darah tinggi.

4. Mengidam ketika hamil
Kerana sebab-sebab tertentu yang cuba dihuraikan oleh ahli-ahli psikiatri, keinginan-keinginan terhadap makanan bahan-bahan selain dari makanan ia dipanggil "paika".
    Kebanyakkan wanita mengidam selalu mahukan karbohidrat, sama ada gula-gula atau bermacam-macam jenis buah-buahan. Sejumlah kecil dari mereka mengidam makanan seperti acar, pekasam atau buah-buahan ganjil. Ada pula yang terlalu kuat mengidam seperti memakan arang, tanah liat atau pensil. Sekiranya ibu yang hamil mempunyai keinginan yang ganjil terhadap makanan semasa hamil, ia harus sedar bahawa ia bukan tidak siuman bahawa keinginan itu memang wujud dan harus dikawal.

5. Ketenangan ketika hamil
Semakin hamil meningkat, si ibu mendapati diri mereka semakin tenang dan semakin mengantuk. Akan tetapi, perkara ini mengganggu ibu mengandung yang semakin cerdas akal fikirannya kerana pemikirannya tidak lagi tepat dan jelas sebagaimana keadaan sebelum hamil. Malah perkara-perkara yang tidak banyak melibatkan daya pemikiran menjadi begitu sukar untuk melakukan sesuatu seolah-olah sesuatu yang berat dan mulai bimbang kalau-kalau dia menjadi dungu.
     Ini adalah disebabkan peningkatan peredaran hormon hamil progesteron, dan wanita hamil tidak perlu bimbang kerana keadaan tersebut akan hilang sebaik sahaja bayinya dilahirkan. Sementara itu si ibu haruslah memikirkan kejadian menakjubkan yang sedang berlaku di dalam rahimnya.

6. Hubungan seks ketika hamil
Jika ibu yang mengandung itu normal dan tidak menghadapi kemungkinan bersalin tidak cukup bulan atau keguguran yang berulang hubungan seks boleh diteruskan dengan kekerapan yang normal bagi pasangan berkenaan.
    Sesetengah wanita hamil mendapati mereka inginkan persetubuhan yang lebih kerap ketika hamil. Ada pula yang mendapati kurang merangsangkan. Persetubuhan boleh dilakukan dengan lemah lembut pada setiap masa.
    Berbagai teknik seks yang boleh menimbulkan kepuasan yang selamat tetapi lelaki jangan sesekali meniup ke dalam faraj wanita yang mengandung semasa melakukan kunilingus. Ini kerana udara mungkin akan memasuki salur darah yang boleh menyebabkan embolisme yang boleh membawa maut.
    Kegiatan seks, termasuk persetubuhan boleh diteruskan sepanjang tempoh hamil sehingga ke tempoh bersalin dan boleh disambung semula selepas bersalin, jika wanita inginkan dan mendapati ia menyeronokkan.
    Kepercayaan bahawa kegiatan seks termasuk puncak syahwat pada wanita hamil yang normal boleh menyebabkan jangkitan pada fetus, bersalin tidak cukup bulan dan keguguran adalah tidak benar. Kegiatan seks boleh dilakukan sehingga sampai masa wanita itu dijangka bersalin.

7. Sesak nafas ketika hamil
Di peringkat akhir hamil sebilangan  ibu-ibu mengandung mendapati bahawa penggunaan tenaga yang lebih daripada biasa boleh menyebabkan sesak nafas. Meskipun kurang menyenangkan, tidaklah merbahaya jika doktor telah memeriksa jantung dan paru-paru pesakit dan didapati normal.

8. Berpeluh ketika hamil
Ketika hamil si ibu mendapati bahawa mereka labih mudah berpeluh dalam cuaca lembab dan apabila panas, mereka akan berasa panas tidak terhingga. Kadang-kadang si ibu juga akan berpeluh pada waktu malam.
    Peluh yang berlebihan ini berpunca daripada salur darah yang terbuka kerana hamil. Tidak ada rawatan yang khusus untuknya dan apa yang boleh dilakukan oleh ibu mengandung ialah mengelakkan penggunaan tenaga yang berlebihan, selalu berehat dan kerap mandi dengan air sejuk. Ibu yang mengandung perlu lebih banyak mengambil bendalir kerana berpeluh lebih banyak mengeluarkan bendalir.

9. Merokok ketika hamil
Pengaruh rokok terhadap hamil telah dikaji, dalam tempoh beberapa tahun yang lalu. Buktinya setakat ini, menunjukkan, bahawa menghisap rokok lebih daripada 10 batang sehari akan mendatangkan buruk ke atas hamil.
    Nampaknya risiko berlakunya keguguran telah bertambah dan besar kemungkinan berat bayi yang dilahirkan kurang dari berat bayi yang dilahirkan oleh ibu yang tidak merokok.
    Ibu-ibu yang mengandung harus menjauhi daripada merokok berlebihan ketika hamil. Bagaimanapun merokok mungkin merupakan punca bagi barah paru-paru, dalam tempoh hamil mungkin masa yang baik untuk terus berhenti.

10. Nasihat kepada ibu-ibu
- Ibu hendaklah memakan makanan yang berzat seperti sayur-sayuran, susu, telur, ikan dan kekacang.
- Jangan amalkan pantang semasa mengandung
- Berat badan hendaklah meningkat 10 hingga 12kg sebelum bayi dilahirkan.
- Elakkan menghisap rokok, mengambil dadah, dan meminum arak.
- Jika ibu gemuk kurangkan makanan berlemak dan berkanji.
- Menjarakkan kehamilan sekurang-kurangnya dua tahun dan elakkan kelahiran yang pertama sebelum  
   berusia 18 tahun atau selepas berusia 35 tahun.
- Ibu yang mempunyai risiko yang tinggi seperti darah tinggi dan sebagainya tidak mahu bersalin di hospital
   tetapi bersalin di rumah.
- Kelahiran tidak bersih apabila bersalin di rumah.
- Ibu tidak memakan ubat yang telah diberikan oleh doktor semasa mengandung seperti zat besi untuk ibu
   yang kekurangan darah.

11. Punca kelahiran tidak cukup bulan
Kebanyakkan kematian "perinatal" di negara ini masih disebabkan oleh kelahiran yang tidak cukup bulan atau disebut juga (premature).
      Kadar kematian perinatal (anak yang mati setelah kehamilan) meningkat lapan minggu ke atas hingga seminggu selepas dilahirkan ialah di antara 35 hingga 50 bagi tiap-tiap seribu kelahiran. Sebilangan besar daripada kematian tersebut adalah disebabkan oleh kelahiran yang tidak cukup bulan.
      Ramai ibu bapa yang kurang selesa menanggung perubahan-perubahan disebabkan oleh kehamilan. Malahan mereka perlu bersabar untuk menanggung tibanya peringkat sembilan bulan. Pada ketika ini kandungan kita telah matang dan selamat dilahirkan.
      Masalah yang dihadapi oleh anak yang tidak cukup bulan akan bertambah, jika peringkat kehamilan terlalu singkat dan berat badan sewaktu bayi dilahirkan terlalu kecil. Ini bermakna, lagi ringan atau lagi awal bayi tersebut dilahirkan, semakin banyak komplikasi dan lagi rumit perawatannya.

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...