Malam pertama sebagai seorang ibu memang suatu perkara yang sungguh mengujakan saya. Mana taknya, seminggu tidur di hospital hanya dapat melihat orang lain pegang baby, susukan baby, tukar lampin, pujuk baby dan macam-macam lagi. Sedangkan ada seorang pesakit tu bersalin pada usia kandungan dia 37 minggu tapi saya yang dah nak masuk 40 minggu ni tak bersalin lagi. Hati mana yang tak resah gelisah.
Bila dah bersalin dan baby dah siap dimandikan semua saya pun dibawa kembali ke wad. Hubby menemani saya sambil tengok je muka baby Muhammad Hanif. Terpancar sinar yang menyatakan bahawa sebagai seorang ayah dia memang tidak sabar ingin memeluk dan cium anaknya yang gebu masa tu. Sampai je di katil dia pun terus pegang Hanif. Pada mulanya agak takut-takut dan kekok. Maklumlah, sebelum ni mana pernah dukung anak orang. Siap tanya lagi "macam mana nak pegang nih?". Selesai sudah diazan dan diqamatkan oleh ayahnya sendiri barulah papa dia balik. Itupun sebab dah kena halau dengan Aunty Guard. Tapi Aunty tu baik, so dia bagi masa lagi dalam beberapa minit. Mesti papa balik tak boleh nak tidur malam tu sebab rindu dengan anaknya yang baru lahir.
Bermulalah episod hidup baru bersama Muhammad Hanif. Anak pertama, semuanya baru bagi saya. Semalaman saya tak dapat tidur sebab nak menyusukan Hanif. Memang saya dah nekad nak breastfeeding sahaja sampai umur Hanif 2 tahun. Bayi yang baru lahir memang susah sangat nak ajar breastfeed. Pada masa yang sama juga Hanif asyik menangis (suara kuat pulak tu). Menangis lapar dan "poo poo". Saya cuba nak meyusukan Hanif tapi disebabkan tak pandai lagi menghisap puting susu, habis melecet dikerjakannya. Sakit yang teramat sangat. Bila Hanif tidur saya makan. Bukan makan nasi tapi makan roti. Air saya minum sampai 3 liter dari malam sampai pagi. Sungguh dahaga sebab energy dah kurang dan darah pun dah banyak keluar.
Keesokan harinya, nurse inject BCG(Bacille Calmate-Guerrin) kat Hanif. Suntikan BCG tersebut bertujuan untuk mencegah tuberkulosi (TB) di kalangan bayi. Menjerit tak ingat Hanif masa tu. Menangis teruk. Adoi, bila dah saya dengar dia menangis macam tu saya pun hampir-hampir emosi. Selepas beberapa ketika dia pun diam dan sambung tidur semula.
Dah waktu tengahari hubby pun datang dengan ibu mertuaku, kakak-kakak ipar saya pun datang ke hospital semata-mata nak tengok anak buah yang baru lahir. Sebelum ini mereka semua memang tak sabar nak tunggu kelahiran si kenit mama nie heee~ Kira-kira dalam pukul 2 petang barulah kami anak beranak dapat pulang selepas urusan di hospital selesai. Bila sampai di rumah atuk Hanif memang dah tunggu cucunya. Ayah mertua saya tak dapat datang ke hospital oleh kerana masalah kesihatan yang dihadapinya. Jadi dia menolak ajakan hubby dan hanya menunggu di rumah sahaja kedatangan "orang baru".
Pertama sekali perkara yang saya buat ialah tunjuk baby kat abah, saya rasa terharu dan sedih bila melihat ayah mertua saya yang teruja sangat mahu mendukung Hanif walaupun pada masa itu kudratnya kurang tapi disebabkan oleh cucu kesayangannya, beliau bangun juga dan mendukung Hanif. Saya boleh lihat betapa terharu, sedih serta bercampur perasaan gembira di hati orang tua itu. Dengan ucapan rasa syukur yang tidak terhingga beserta air mata kegembiraan. Siapa yang tidak tersentuh pada waktu itu. Tidak boleh saya ungkapkan dengan kata-kata tentang reaksi ayah mertua saya pada ketika itu. Hanya sesiapa yang ada pada situasi tersebut yang tahu bagaimana rasanya. Muhammad Hanif, itulah nama yang diberikan oleh atuknya sempena dengan nama cucu Nabi Muhammad S.A.W. Doanya, semoga Muhammad Hanif akan menjadi seorang anak yang baik dan taat pada orang tua suatu hari nanti...
No comments:
Post a Comment