Seperti kebiasaannya, sebelum tidur malam super rajin membaca. Terbaca pula kesan dari anemia semasa hamil. Selama ni tak ambik tau sangat sebab masa Hanif dulu Alhamdulillah semuanya ok. Sungguh takut beb. Risiko bayi mandi dalam kandungan, risiko denyutan jantung bayi tak stabil, tumbesaran tak seperti sepatutnya atau terbantut, perkembangan otak yang kureng, lahir tak cukup bulan, anak lemas semasa lahir dan mati semasa dilahirkan. Semua risiko ni membuatkan aku bertambah cuak.
KEPENTINGAN HB KETIKA HAMIL
KANDUNGAN KURANG DARI LIMA BULAN
Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis (pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota-anggota lain). Jika darah kurang daripada 11g, jika jantung tidak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat (tiada kaki dan tangan yang sempurna). Manakala jika bayi sempurna sifat tetapi darah terlampau cair akan melambatkan proses pembentukan otak bayi , iaitu mungkin bayi akan selamat dilahirkan tetapi kurang pandai.
KANDUNGAN 5 BULAN KE 7 BULAN
Ketika bayi kita telah sempurna pembentukan sifat anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya boleh mati dalam kandungan ibu
KANDUNGAN 7 BULAN KE ATAS
Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung kepada kepekatan darah Hb. Jika Hb terlalu cair atau rendah iaitu kurang daripada 9g, jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain sedikit dimana bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.
Cara terbaik untuk meningkatkan paras hemoglobin dalam darah:
1. Makan makanan yang tinggi kandungan zat besi seperti
- Daging lembu sebesar kotak mancis: 2 keping
- Daging ayam: bahagian dada
- Kerang: 20 biji
- Ikan bilis
2. JANGAN ambil pil tambah darah dengan air susu (eg. teh susu dan kopi susu) kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin
- sebaiknya diambil bersama air masak atau air buah-buahan
HB akan bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan
Selama ni pun tak pernah nak ambik tahu cara pengambilan Iron Tablet dengan betul. Asal dah makan tu kira ok. Tapi HB masih rendah. Jadi, copy la info tentang iron tablet ni dari blog yang aku baca. Tuan punya blog pun dapat info dari ahli farmasi kat tempat dia check up. Syukurlah ahli farmasi tu bagi tahu. Kalau tak, aku pun takkan dapat info ni. Terima kasih kepada indahitukamu.blogspot.com dengan info yang dikongsikan.
Cara pengambilan Iron Tablet yang betul:-
- Iron tablet nie perlu di ambil sebelum bekpes pagi
- Dalam tempoh 3 jam pengambilan iron tablet nie, TAK BOLEH sama sekali minum minuman spt MILO, SUSU, TEH, KOPI, HORLICKS dan sebagainya.
- Cuma yg boleh dlm tempoh tue, AIR MASAK DAN JUS BUAH shj!!
- Selepas 3 jam, baru boleh minum semula MILO, SUSU dan sebagainya.
"Owhh...pas2 barula fhm cara yg btl, so lps bekpes tue dlm 30 min tue bolehla amek vit yg lagi tiga tue. Ada la tnya jgk, kenapa xboleh minum milo tue semua. Ahli farmasi tue ckp, kalo minum jgk ia tidak akan beri kesan apa2 pd kandungan darah dlm badan kita, mcm ia matikan khasiat dan kandungan iron tablet tue. Bila kandungan makin besar, darah akan makin diperlukan dan si ibu akan berkongsi darah dgn anak..kalo x mkn dgn cara yg btl, sbb tue kdg2 hb makin lama makin rendah. Mcm tue lah lbh kurg penjelasan ahli farmasi tue bg" - Dari Tuan Punya Blog :))
Sumber Rujukan:- indahitukamu.blogspot.com