Dari Pak Cik Google |
Kecantikan itu adalah subjektif. Ukuran sama cantik ataupun tidak banyak pro dan kontranya. Ia bergantung pada mata bagaimana yang melihat dan siapa tuan punya mata. Pada seorang lelaki "kaki perempuan", dia melihat semua wanita adalah cantik yang penting boleh memuaskan nafsunya. Pada seorang lelaki yang "gila seks" akan melihat kanak-kanak dan wanita tua pun boleh menimbulkan keinginannya. Pada seorang yang beriman, kecantikan dinilai secara keseluruhan seseorang wanita. Bukan setakat wajah yang cantik tetapi juga perangai, peribadi dan juga pengamalan agamanya. So, buat apa nak risau sangat tentang kecantikan sebab ia tak pernah sama antara seorang dengan seorang yang lain.
Cantik untuk siapa dan cantik untuk apa, merupakan persoalan yang kita sendiri harus jawab. Sebagai insan biasa, cukuplah dengan apa yang Allah telah berikan dan bekalkan untuk kita, kerana terlalu cantik akan tiba masanya buruk.
Banyak rawatan kecantikan yang popular pada masa kini. Antaranya ialah menyedut lemak, mencantikkan bentuk hidung, dagu, kening, mata, bibir dan tulang pipi serta rawatan antipenuaan seperti mencantikkan dan menegangkan kulit muka. Yang aku tau, rawatan yang semacam ini sentiasa ada risikonya. Kecantikkan yang diidam-idamkan kadang-kadang membawa kesan yang tak baik dan terpaksa ditanggung sepanjang hayat. Tak salah pun if obses sebab nak cantik. Tapi jangan sampai memudaratkan diri sendiri.
Kita kena tahu cantik dalam istilah sebenar bukanlah sekadar bergantung kepada rupa paras. Cantik juga adalah akhlak serta kejayaan-kejayaan yang mampu dibuktikan. Sekiranya kita sihat pun dah kira cantik, jadi kita berusaha untuk menyihatkan diri. Sihat itu merupakan sihat dari segi mental, fizikal dan spiritual. Sekiranya tiada salah satu maka hilanglah kesihatan dan musnahlah kecantikan.
Kita harus selesa dengan diri sendiri. Persoalan jodoh bukanlah semata-mata terletak pada wajah yang cantuik. Berapa ramai nenek yang kahwin dengan orang bujang dan berapa ramai wanita cantik berhadapan dengan masalah penceraian. Adalah kecantikan wajah yang menjadi isu? Yakin pada diri sendiri yang kita adalah cantik. Kalau ada yang kata tak cantik, orang tu sebenarnya bercakap mewakilkan diri sendiri sedangkan orang lain kata kita cantik kan hihi... Yang penting berusaha untuk mencantikkan hati kerana itulah sebenarnya ukuran di sisi ALLAH.
JANGAN lupa juga cantik untuk suami bagi wanita yang sudah berkahwin ;)