Monday, May 20, 2013

Konsert dalam perut

Alhamdulillah, minggu ni dah masuk 22 minggu usia baby dalam perut. Kira dah lima bulan lebih macam tu. Kiraan ni ikut kiraan klinik kerajaan. Kalau ikut scan kira dah masuk 23 atau 24 minggu. Lupa pulak dah. Morning sickness dah ok. Sekarang sakit pinggang pulak. Selera makan? Makan untuk baby. Nak buat kerja pun kena rehat lebih. Selagi boleh buat tu hadap je la. Dah tak boleh tu baring dan rehat.

Abang Hanif selepas 3 jam lahir  =)
Mood pun berubah-ubah. Ada masa tu nak marah je dan ada masa tu rasa stress. Ditambah pula dengan karenah Hanif yang kadang-kadang sungguh menguji kesabaran. Kesian anak mama. Selalu kena marah. Bila dah marah tak sampai lima minit cepat-cepat peluk dan cium. Rasa bersalah, terharu dan sayang bercampur-baur. Itulah perasaan seorang ibu. Bila dah marah tiba-tiba teringat baby dalam perut. Terfikir juga asyik marah abang, nanti tak geng pulak adik-beradik. Betul?? Itulah yang aku selalu fikir. Jadi, setiap hari berjanji dengan diri sendiri tak nak marah anak bujang kesayangan. Cuba bersabar selagi boleh. Hilangkan rasa marah dengan mengurung diri sendiri di dalam bilik bila marah sehingga rasa dah "cool".

Yang paling menghairankan, selalu je konsert dalam perut ni. Bukan konsert disebabkan kelaparan. Kenyang pun konsert. Dulu masa preggy Encik Hanif, rasa ada juga pergerakan aktif tapi tak lah seaktif adik dia sekarang. Aku pun pelik. Baru lima bulan dah rasa macam pregnant lapan bulan. Ada masa tu sampai nak fokus tengok movie best kat TV pun susah. Terganggu konsentrasi huhu... Malam pun selalu tak boleh tido sebab dok melayan anak orang dalam perut yang berkonsert. Sekarang banyak tidur yang terlelap sendiri dengan membaca. Cara untuk tidur yang paling berkesan bagi aku buat masa sekarang. Kalau dulu baca buku. Tapi sekarang ni semuanya di hujung jari. Ipad jadi buku rujukan, buku bacaan, majalah, sumber ilmu dan banyak lagi. Main game itu harus ('',).

Untuk situasi semasa, aku masih cuba untuk membiasakan diri. Takut jugak bila teringat pengalaman masa bersalin Hanif. Check-up seterusnya pada 29 Mei ni. Harap-harap tiada lagi isu darah cair. Lepas tu bila dah 28 minggu, sekali lagi kena minum air gula. Tak suka tetap kena minum. Semoga segalanya dipermudahkan sehingga tibanya tempoh waktu bersalin... Berdebar-debar rasa hati walaupun EDD in September.

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...